Pengalaman Pertama naik kereta perisai/kebal ACV 300 Adnan di Karnival Kem Batu 5 | Selamat hari kemerdekaan Malaysia!

by - Saturday, August 31, 2019

Selamat hari kemerdekaan Malaysia!
Assalamualaikum dan Hai. "Tanggal tiga puluh satu, bulan lapan lima puluh tujuh,Merdeka! Merdeka!Tetaplah merdeka, Ia pasti menjadi sejarah". Itu adalah sedikit bait-bait lirik lagu Tanggal 31 nyanyian Allahyarham Sudirman. Bila kedengaran lagu di siaran TV dan radio itu tandanya kita bakal menyambut hari kemerdekaan.

Pada tahun ini kita menyambut kemerdekaan tahun ke 62. Semoga negara Malaysia terus aman makmur dan maju selamanya.

Ada yang pergi tengok perbarisan merdeka ke?Tahun ni CR tak pergi sebab ada hal pagi ni dan tak boleh nak pergi. Kalau pergi mesti lagi terasa kehangatan semangat kemerdekaan itu. Dan selalunya akan ada perbarisan unit2 badan beruniform dan juga pejabat-pejabat kerajaan. Tahun dahulu CR pernah tengok di Temerloh, siap ada persembahan silat dan juga kereta perisai/kebal askar lagi. Memang teruja gila bila tengok dan teringin nak naik.


karnival kem batu 5


Dan nak dijadikan cerita,  impian CR nak merasa naik kereta perisai tentera berjaya apabila CR pergi ke Karnival Kem Batu 5 Mentakab bulan lepas. CR merasa naik kereta perisai ACV 300 Adnan. Nak tengok video CR naik kereta perisai?Boleh tengok di channel youtube CR.




Maaf video yang berterabur sebab abam askar tu bawa macam drift kereta dan lagi satu risau handphone terjatuh. Lama juga pusing2 dalam kem tu memang seronok la. Tak tergambar perasaan tu. Bila dah turun dan dengar bunyi kereta perisai tu rasa macam nak naik semula. :)


Ramai sungguh yang tertarik dengan kereta perisai ni dan semua orang memang taknak lepaskan peluang merasa naik kereta perisai ni. Tak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak. Bukan senang kan nak merasa naik melainkan ada karnival sebegini.
Semasa tunggu turn nak naik




Ustaz Syamsul Debat

Selain daripada aktiviti Joyride Kereta Perisai tu, malam sebelum tu ada ceramah perdana dari penceramah tersohor iaitu Ustaz Syamsul Debat. CR memang peminat dia dan bila tahu dia ada memang gigih ajak ma pergi walaupun tahu nanti mesti balik lambat sebab jauh jugak kem batu lima ni dengan rumah CR. 

Tapi demi Ustaz Syamsul Debat, kami pergi juga. Dan memang tak rugi bila pergi dengar ceramah dari Ustaz sebab banyak input yang kita dapat. Part kelakar tu memang tak boleh tinggal la.  Gelak saje dengar Ustaz bercerita. :)


Karnival Kem Batu 5

Ada juga pameran-pameran dari Agensi lain seperti Bomba, Pertahanan Awam , Hidupan Liar dan juga pelbagai lagi.  Sempat la merasa pegang kepada Harimau ni. :) Menurut encik yang memberi penerangan itu, ini adalah barang rampasan yang berjaya mereka rampas dari pihak yang tidak bertanggungjawab yang nak menjual kulit harimau ni. Dari kepala hingga ke kulit adalah asli dan diawetkan. Kecuali mata dan lidah harimau tu.

Karnival Kem Batu 5

Karnival Kem Batu 5

Karnival Kem Batu 5

Okay itu sahaja perkongsian CR mengenai karnival Kem Batu 5. Satu entri ada tiga kisah hehe. Harap2 tahun depan ada lagi Karnival Kem Batu 5 ni dan boleh lagi merasa naik kereta perisai. :)

You May Also Like

18 comments

  1. Ingatkan kem batu 5 Port Dickson tadi, hehehe. Baru nak cediih tak dpt jumpa kak reen. Rupanya kat pahang.

    Bestnya dapat pengalaman naik kereta kebal gituuu, nak juga rasaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Kalau kat PD dah roger2 Mai da. Hehehe..

      Nti tahun dpn meh dtg sini. Hehe

      Delete
  2. Wah bukan selalu ada peluang naik kereta kebal tu. Untung CR

    ReplyDelete
  3. Wahhh best nye dapat naek kereta kebal.. Tak sangka kete tu boleh bunyi Hon jugak ye

    ReplyDelete
  4. Kem Batu 5 ni yang terletak kat Jalan Ipoh, K.Lumpur Ke? Apasal tak de diwar-warkan di tv dan radio. kalau tak, mesti saya pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh takkk. Kem Batu 5 di Mentakab Pahang. 😊

      Delete
  5. Bestnya pameran2 mcmniiiii... Ust Syamsul debat tuuu, dpt naik kereta kebal lagi best best

    ReplyDelete
  6. wah..bestnya dapat merasa naik kereta kebal tu.

    ReplyDelete
  7. Bestnya reen. Bukan selalu dpt peluang mcm ni kan.

    ReplyDelete
  8. Woww...best tu pengalaman mcm ni. Bukan selalu boleh naik benda alah tu kan..hehe

    ReplyDelete
  9. Seronoknyaaaaa. I spent my merdeka day dekat rumah je :)

    ReplyDelete
  10. untung dapat naik kereta askar tu.. akak xpernah naik swaktu aboh berkhidmat dengan askar.. kalau trak tu rajin la hahaha...

    Ustaz syamsul debat memang lawak akak selalu gak layan ceramah dia

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.