Pengalaman kena Kayap di bulan Ramadhan. :)

by - Thursday, August 15, 2019

personal


Assalamualaikum dan Hai. Pada kali ni Cik Renex ingin berkongsikan pengalaman dijangkiti penyakit Kayap atau Shingles.  Siapa disini pernah mengalami sakit kayap ni? Ini merupakan pengalaman pertama CR kena kayap dan kena pula masa bulan Puasa. CR dapat penyakit kayap ni di penghujung bulan ramadhan. Masa tu tengah semangat nak buat kuih raya tapi apakan daya , bila dah kena kayap ni nak buat pun dah tak larat dan semangat pun hilang membawa diri entah kemana. :) Semangat nak buat kuih kacang mazola barang semua dah beli tapi tak de rezeki nak buat 


Gejala dan Tanda

Masa awal-awal nak jadi tu, CR rasa macam leher dan telinga CR panas dan sakit tapi tak tahu sebab apa. Mula-mula ingatkan sebab telinga tu sakit sebab terlipat masa tidur. Haha. Masa tu juga da rasa macam nak demam dan pedih kat area leher tu. Bawah telinga tu juga macam ada bengkak2 dan rasa panas je. Ingatkan da kena beguk dah. Tapi malas nak pergi check klinik lagi.

Tapi esoknya tak tahan sangat da sebab rasa macam ada keluar gelembung2 kat telinga dan leher. Pergi la juga ke klinik dan jumpa doktor. Masa sampai tu doktor tanya sakit apa, kita pun segan nak jawab dan tunjuk sebab doktor lelaki. 🙈 Tetapi yang bagusnya doktor ni panggil jururawat lain untuk tolong selakkan dan tengok apa jadi kat telinga dan leher CR.  Dah darurat semoga CR di ampunkan. :)

Bila tengok tu doktor ada la tanya soalan-soalan lain macam pernah alahan ke apa ke. Memang CR pernah sakit alahan tapi tak macam ni keluarnya. Kalau alahan lain simptomnya. Pastu Doktor pun cakap kemungkinan Kayap dan suruh datang semula esok kalau masih tak okay. Doktor juga ada bagi ubat CR. Ubat makan dan sapu. Dapatlah MC sehari.

Esoknya degil pergi kerja juga. (Sayang sangat kerja agaknya 😝😝) Malamnya tu CR terus tak boleh tidur sampai ke pagi sebab sakit sangat kat telinga dan bahagian leher tu. Terus amik cuti dan pergi semula Klinik Kesihatan dan jumpa semula doktor yang CR jumpa sebelum ni. Dia check semula dan dia cakap memang sah Kayap ni. Dia terangkan pada CR jenis-jenis kayap yang ada dan macam mana terjadi. Dr tu ada tanya pernah kena chicken pox tak sebelum ni?Sebab orang yang pernah kena chicken pox kebarangkalian nak kena tu tinggi. Dan CR memang pernah kena masa zaman belajar time degree dlu. Lama sangat dah.


Soalan pertama CR pada doktor lepas dia cakap Kayap adalah "Berjangkit tak dengan orang yang dekat dengan kita?" . Doktor cakap tak melainkan dia sentuh bahagian kayap tu dan berair. Alhamdulillah sebab risau nanti berjangkit dengan Ma dan Cha kat rumah tu. Masa tu memikirkan nak raya pulak, takkan duk dalam rumah je kan. Hehehe.

Doktor tu pun check juga dalam telinga sebab risau merebab dalam telinga. Alhamdulillah tak de dalam tu. Doc tu pesan juga kalau sampai berjangkit ke mata, kena datang cepat pada dia. Risaunya la masa tuu tapi Alhamdulillah tak kena sampai situ. Cuma dia berjangkit sampai ke belakang badan CR. 

Masa tu , sakitnya Ya Allah . Memang tak boleh tidur baring macam biasa sebab bahagian belakang ada juga. Pedihh. Nak pusing ke kiri tak boleh sebab ada di telinga kiri. Memang dugaan betul. 

Mak CR suruh juga berubat kampung jadi pergi la juga jumpa orang yang reti berubat. Masa tu pergi bawa air je suruh jampi, rupanya kena bawa sirih sebab dia nak sembur kat tempat yang kena tu. Nasib la CR tak bawa daun sirih sebab rasa macam tak sanggup lak kena sembur kat leher macam tu. 😬 . Last2 dia cakap nanti dia bagi kulit pokok apa tah, CR dah lupa dia suruh sapu pada luka tu. 

Jadi, CR makan  ubat yang doktor bagi, sapu ubat klinik dan  juga sapu ubat kampung tu juga. Alhamdulillah dengan izin Allah sembuh penyakit kayap CR. Hampir 2 minggu baru okay . 

Pantang makan?

CR pantang makan telur dan benda2 yang boleh menyebabkan gatal contohnya kacang. Pantang sampai ke raya dan CR hanya mampu tengok je bila orang makan nasi impit dengan kuah kacang. Kuih raya pun semua tak makan sebab kebanyakkannya semua letak telur kan. Jadi mampu berHUHU jela. Ayam pun mula2 CR tak makan lama2 baru berani makan. Lepas habis pantang terus qada' semula makan kuih. Haha..


Sedikit info tentang Kayap. 



Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Risiko-risiko utama penyakit ini adalah:
  1. Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan dan
  2. Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).

Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini.


Penyebab penyakit kayap adalah pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan manyebakan keradangan saraf tersebut.

Gejala dan Tanda

Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).

Tanda terawal penyakit ini adalah rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala. Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul. Ia lazimnya dialami oleh 80% pesakit. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.

Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.

Selalunya doktor akan dapat mengenali penyakit kayap sekiranya pesakit datang dengan tanda-tanda yang lazim bagi penyakit ini termasuk gelembong-gelembong air pada urat saraf di satu bahagian badan. Namun demikian, jikalau pesakit datang dengan tanda terawal tanpa tanda-tanda pada kulit, doktor mungkin mengalami kesulitan untuk membuat diagnosa penyakit ini.


Komplikasi

Komplikasi awal semasa adanya tanda-tanda kulit termasuk jangkitan kuman bakteria pada gelembong-gelembong air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembong-gelembong tersebut. Kadang-kadang gelembong-gelembong tersebut mungkin merebak ke kawasan yang lain. Ini selalunya berlaku pada pesakit-pesakit yang mengalami kelemahan sistem imun. Pesakit-pesakit tersebut juga mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa berpanjangan.


Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis).

Setelah tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut. Komplikasi kronik yang lain lazimnya adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi tersebut selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).

Rawatan

Tujuan-tujuan utama rawatan adalah untuk:
  1. Meredakan kesakitan
  2. Mengurangkan tempoh masa penyakit tersebut dan
  3. Mengelakkan komplikasi penyakit terutamanya ‘post herpetic neuralgia’.

Beberapa kaedah meredakan kesakitan penyakit ini termasuklah:

  1. Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air
  2. Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti diclofenac dan
  3. Menggunakan ubat neuroaktif seperti amitryptiline.

Penggunaan ubat antiviral dalam masa beberapa jam selepas gelembong-gelembong air timbul pada kulit dapat membantu mengelakkan komplikasi, mengurangkan tempoh masa jangkitan dan menghadkan jangkitan dari merebak. Ubat-ubat antiviral termasuk acyclovir, valacyclovir dan famciclovir. Ubat-ubatan tersebut lazimnya diberikan untuk tempoh seminggu. Kadang-kadang, pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kayap yang teruk berserta dengan sistem imun yang lemah akan memerlukan rawatan di wad dengan ubat antiviral intravena.

Pesakit dengan penyakit kayap pada bahagian muka yang berdekatan dengan mata perlulah mendapat rawatan segera daripada pakar mata. Pakar mata akan memeriksa dan merawat mata pesakit tersebut untuk mengelakkan komplikasi terutamanya menjadi buta.

Vaksin bagi menghalang penyakit herpes zoster boleh diambil individu yang berumur 60 tahun ke atas dan tiada kontraindikasi kepada vaksin tersebut.


Ok itu sahaja yang CR ingin kongsikan. Ada ke pembaca disini yang pernah kena kayap?Kongsikan la di ruangan komen yer. Alhamdulillah kayap CR dah okay tapi ada masa pedih juga di telinga tu dan Parut yang tinggal tu sedih tengok. Ada tips untuk cepat hilangkan parut kayap ni?



You May Also Like

14 comments

  1. Terima kasih perkongsian ini ya.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah kena kayap....macam tu rupanya kesan- kesan awalnya...

    ReplyDelete
  3. Kayap ni merbahaya dan ada pantang larangnya dan ada kes yg kayap boleh menyebabkan kematian..wallahuallam
    eh Umi ada kisah kayap bila hero no 2 kena kayap tapi tak sempat nk post lagi..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya umi. Mak CR ada citer dan paling takut bila kena kayap ular kan.
      nanti citer pulak taw..nak bacaa

      Delete
  4. Tau tak salah satu punca kita kena kayap adalah stress.
    So elakkan situasi2 yang boleh mengakibatkan stress.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah ada juga terbaca hari tu masa google2 cara nak sembuh kayap
      thanks WP. mmg aritu stress jgk sikit..huhuhu

      Delete
  5. Tq pengkongsian CR tentang kayap ni

    ReplyDelete
  6. huu akak x pernah kena ..makananya ia dah ada dalam badan tunggu nak aktif jer bila.. seram baca reen punya pengalaman.. mak saudara akak pernah kena.. datang sakit ni nak buat apa pun x boleh.. ..

    ReplyDelete
  7. CR berubat tradisional di mana ye

    ReplyDelete
  8. Cr berubat kampung di mana ye

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.