5 Aplikasi Edit Video Paling Best untuk Android

by - Thursday, March 07, 2019


 Aplikasi Edit Video Paling Best untuk Android

5 Aplikasi Edit Video Paling Best untuk Android | Assalamualaikum dan hai. Siapa disini suka edit video?Cik Renex adalah salah seorang yang suka edit video tapi hasil editting CR takde lah menarik pun, hanya biasa-biasa sahaja. CR suka tengok youtuber2 edit video, cantik sangat. Kalau CR entah hape-hape jadinya,asalkan boleh je. Video yang paling CR suka tengok adalah Yasmin Redzuan atau Princess Meenie dan Atiyah Saadon. 

CR selalu edit video guna laptop kesayangan Acer tu je guna software Wondershare Filmora tapi tu lah, kadang tak sempat nak edit video guna laptop. Bila edit guna laptop, confirm akan makan masa lama sebab jadi 'ralit' edit. :) Jadi, kadang-kadang tu CR akan edit menggunakan smartphone je. CR nak kongsikan beberapa aplikasi telefon pintar anda yang boleh kita gunakan untuk edit video yang simple2 je dan cepat.

CR akan kongsikan aplikasi yang boleh didownload dengan telefon yang ada software Android sebab CR guna android. Lets start!




1. FilmoraGo

5 Aplikasi Edit Video Paling Best untuk Android
FilmoraGo adalah salah satu aplikasi video yang CR paling suka sebab mudah untuk edit dan masukkan gambar atau video. Dan yang paling best, watermark dia hanya di hujung video, jadi kita boleh cut bahagian last video sebelum upload ke mana2 media sosial.
Berikut adalah video yang diedit dengan menggunakan apps FilmoraGo.




2. Viva Video

5 Aplikasi Edit Video Paling Best untuk Android
Viva video ni memang menjadi aplikasi kegemaran semua orang CR rasa cuma yang tak bestnya ada watermark. Untuk buang watermark kena lah bayar kan. :) Yang seronoknya apps ni adalah dia da sediakan template video yang cantik,tinggal kita je masukkan gambar dan trim apa yang patut.

Bawah ni contoh video yang CR edit guna viva video


3. Inshot

Edit video guna handphone
Perkara yang CR suka tentang aplikasi Inshot ini adalah dia boleh squarekan video kita jadi ssesuai untuk post di instagram. Boleh tambah perkataan dan filter pada video yang kita edit. Nak lagi best boleh terus beli yang premium, banyak sikit filter effect. 




4. Quik

Edit video guna handphoneQuik adalah aplikasi yang selalu digunakan  oleh pengguna GoPro. Untuk yang tiada GoPro pun boleh jugak gunakan. Quik ini yang bestnya dia dah ada template video nya sendiri yang menarik. Jadi mudahlah keje kita,pilih je mana yang berkenan kan. Yang paling CR suka bila guna apps ni sebab dia akan tolong editkan terus video kita ikut rentak muzik yang kita letak. 

Bawah ini salah satu contoh yang CR pernah edit.



5. KineMaster


Edit video guna handphone
Kinemaster CR tak pernah guna tapi selalu tengok ramai kawan yang menggunakan apps ni. Pasti ianya mudah kan. Nanti CR cuba pulak.



Jadi, antara lima ni mana apps yang menjadi pilihan kegemaran anda? Tiada satu pun diatas? Sudi lah berkongsi aplikasi apa yang anda gunakan pulak. Boleh CR cuba nanti. Untuk edit gambar  CR pernah berkongsikan juga aplikasi yang best untuk edit. Klik link dibawah untuk baca.

You May Also Like

14 comments

  1. dulu liez pakai viva.. the lepas phone kena reformat pakai filmora..lg best filmora..

    ReplyDelete
  2. Viva & fulmora pernah guna...tapi yang lain tak tahu pun kewujudannya...hehehe ..tq share..boleh acu cuba try test nanti

    ReplyDelete
  3. Kinah suka filmora dan quik. Sekarang bagi menjimatkan space phone kinah guna quik je

    ReplyDelete
  4. menariknya...akak selalu pakai movie maker kat laptop je..hahahha..tak puas kalo pakai fon ni..

    ReplyDelete
  5. jarang edit video. nanti la nak mula berjinak2...

    ReplyDelete
  6. semua pernah guna..dan sekarang suka filmora..hehe

    ReplyDelete
  7. Paling suka Quik dan filmora laa.hehee yang lain install uninstall balik 😁

    ReplyDelete
  8. Ana guna viva dengan inshot je. Tp prefer viva lg sebab dah biasa dan senang nak guna.

    ReplyDelete
  9. x penah lgi edit guna hp.. thanks kak for sharing

    ReplyDelete
  10. Takat ni kinemaster paling best..

    ReplyDelete
  11. Semua yg di atas pernah guna.setakat ni guna inshot leh tahan hp ni hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.