Pertama kali makan makanan korea di DubuYo dan kek Second Cup di Sunway Putra

by - Sunday, November 25, 2018


DubuYo

Assalamualaikum dan Hai. Sebelum cerita panjang Cik Renex belanja dulu sekeping gambar di depan DubuYo sebab itu cerita utama entri kali ini. Awal bulan baru ni iaitu 10 November 2018 , CR dan kawan-kawan plan nak ke rumah kawan kami di Kajang untuk melawat baby Amina Saffiya. CR naik bas ke sana dan bila sampai pekeliling ,kawan kami Intan ambil kami dan terus ke rumah member CR.



Tadaaa, perkenal baby Amina yang suka bergambar. Pantang nampak handphone , terus je pandang dan get ready untuk selfie. Akan tetapi cuba tengok gambar Amina kat atas tu, dia dah bosan melayan auntie2 n uncle yang giler bergambar ni. hee. Sorry Amina, awak comel sangat dan kami ni memang jenis teruja dan gila bergambar. haha. Thanks Yusyi, sedap nasi ayam aok masak. Next time kami datang lagi.


Selepas siap berborak kami pun menuju ke Sunway Putra Mall untuk mengisi perut yang memang dah sedia penuh tapi still ada ruang lagi. Bila lepak dengan mereka ni, misi diet memang terpaksa dilupakan. Sapik ajak makan makanan korea dan bila diajak sebegitu rupa memang CR teruja lah sebab first time nak cuba merasa makanan korea ni. Jadi kami semua ke DubuYo Sunway Putra Mall.





Sebenarnya tujuan lepak kali ni pun nak celebrate birthday kawan kami yang sepatutnya esok tarikh birthdaynya. Tetapi dah alang-alang datang KL kan terus je la sambut  walaupun awal sehari. Belon tu pun beli last minute. Oklah dari takde kan. DubuYo terletak aras 4 Sunway Putra Mall dan kami memilih ruang makan di bahagian luar. Di bahagian dalam ada juga tetapi lebih selesa di bahagian luar. 

Disebabkan first time makan disini memang tak tahu nak order apa. Jadinya Sapik lah yang orderkan. Nak tengok apa yang kami order? Jom.

Pertama kali makan makanan korea di DubuYo
Kimbap Beef

Pertama kali makan makanan korea di DubuYo
Dak Galbi


Pertama kali makan makanan korea di DubuYo
1. Korean Spicy Wings
2. Honey Mustard Wings

Pertama kali makan makanan korea di DubuYo
Golden Crispy Beoseot


Pertama kali makan makanan korea di DubuYo
Maandu

Antara kesemua makanan tu, CR paling suka Honey Mustard Wings tu. Rasa dia Kawww sangat. Yang korean spicy tu kurang sikit bagi CR, dia pedas tapi bila makan rasa lambat je nak habiskan. :) Dak Galbi pula ada campuran ayam dan rasa manis pedas yang tak pelik sangat dan boleh diterima tekak ini. Dan secara keseluruhannya CR suka dan berpuas hati makan disini. Maybe boleh repeat lagi di lain waktu untuk rasa menu yang lain pulak. Ada yang nak belanja?? 



Second Cup Sunway Putra Mall

Lepas dah makan kenyang2 di DubuYo, Sapik ajak beli Kek lak di Second Cup. Tak ingat Intan order air perisa apa tapi rasanya sedap walaupun dah makan banyak tadi. 





Second Cup Sunway Putra Mall
Hasil tangkapan di Second Cup



Oklah sekian kisah pertama kali mencuba makanan korea dan sesi lepak bersama kawan-kawan. InshaAllah ada rezeki kita jumpa lagi. 


You May Also Like

7 comments

  1. macam sedap jah CR...bila laa cikma nk berkunjung ke kedai makan korea nihh

    ReplyDelete
  2. mmg nak kena try gi sini la...tetiba pepagi ni lapar la pulak ehehe

    ReplyDelete
  3. Seronok dapat gathering sambil makan-makan.. Nampak happy CR..
    LZ tak pernah lagi makan di Dubuyo atau Second Cup..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya korean spicy wings tu. selalu makan kat restaurant korea mesti ada korean spicy wings.

    ReplyDelete
  5. Siqah tak suka sangat Dubuyo. Pernah makan sekali je dan tak suka. Tak pernah masuk dah lepas tu. Hii. Bab bertemu dengan kawan2 tue best! Happy tengok Reen happy bersama kawan2 :)

    ReplyDelete
  6. Wahh seronoknya.. makanannya pun nampak best-best je semuanya tu

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.