Peniaga dah isytihar pendapatan tahunan ke? #eFiling

by - Wednesday, July 04, 2018



Apa itu e-filing?e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui Internet. Pembayar cukai digalakkan menggunakan e-Filing kerana ianya Mudah, Cepat dan Selamat.

Senang je nak daftar. Pergi ke  laman web ezHASIL (https://ez.hasil.gov.my) atau klik ikon e-Hasil di laman web utama LHDNM (http://www.hasil.gov.my)



  1. Log masuk laman web ezHASiL. Masukkan No. Pengenalan dan Kata Laluan.
  2. Pilih Perkhidmatan e-Filing -e-Borang. Pilih e-borang yang dikehendaki dan isi semua maklumat.
  3. Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara dalam talian.
  4. Cetak pengesahan penerimaan e-Borang.



Aplikasi e-Filing adalah merupakan sistem yang membolehkan pembayar cukai membuat pengisian dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan borang anggaran secara dalam talian. BNCP dan borang anggaran yang disediakan dalam e-Filing adalah seperti di bawah.

  • Borang B/BT (e-B/e-BT) - Ada Punca Pendapatan Perniagaan/Pekerja Berpengetahuan atau Berkepakaran
  • Borang BE (e-BE) - Tiada Punca Pendapatan Perniagaan
  • Borang P (e-P) - Borang Nyata Perkongsian
  • Borang M/MT (e-M/e-MT) - Borang Nyata bagi Individu Bukan Pemastautin/Pekerja Berpengetahuan
  • Borang E (e-E) - Borang Nyata Oleh Majikan
  • Borang C (e-C) - Borang Nyata Syarikat
  • Layout Maklumat Praisi 2017 - Borang Nyata Koperasi
  • Borang R (e-R) - Penyata Baki 108 Tersemak
  • Borang CP204 (e-CP204) - Borang anggaran cukai Syarikat/Koperasi/Badan Amanah
  • Borang CP204A (e-CP204A) - Borang pindaan cukai Syarikat/Koperasi/Badan Amanah Pindaan ke-6 atau Pindaan ke-9
  • Borang TF (e-TF) - Borang Nyata Pertubuhan
  • e-Permohonan Pindaan BE - e-Permohonan Pindaan BE adalah permohonan pindaan atas kesilapan atau khilaf bagi Borang Nyata Cukai Pendapatan yang telah dikemukakan secara e-Filing atau m-Filing dalam tempoh
  • Semakan Pengesahan - Semakan semula pengesahan penerimaan borang yang telah dihantar secara e-Filing. Pengguna boleh menyimpan ataupun mencetak semula pengesahan tersebut.


You May Also Like

2 comments

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.