Tuesday, March 27, 2018

OST Rahsia Hati Perempuan : Lirik Lagu Rahsia Kita ; Khai Bahar dan Fatin Husna

Lirik Rahsia Kita ; Khai Bahar dan Fatin Husna

Selepas lagu Luluh yang meruntun kalbu CR, Khai Bahar telah muncul dengan lagu baru tetapi bukan versi single sebaliknya versi duet bersama Fatin Husna yang sebelum ni pernah keluarkan single yang bertajuk Terlepas cinta.. Kedua-duanya adalah artis baru yang muncul pada awalnya dengan apps Smule. Rezeki mereka untuk terus kekal dalam dunia seni suara kan. Suara pun bagi CR boleh tahan. :) CR memang peminat suara Khai Bahar ni,tu kalau ada lagu baru dia laju je follow. Hee.

Luluh adalah lagu favourite CR. Tak pernah jemu dengar lagu tu. Ni dah ada lagu baru, haruslah kena dengar kan. Tahniah dah trending mv ni di Youtube. 



Jom kita layan lagu baru mereka berdua yang bertajuk Rahsia Kita



Lirik Lagu Rahsia Kita ( Khai Bahar dan Fatin Husna )

Komposer : Harris Yusoff
Lirik : Jim Bimasakti


Angin perlahan menyentuh jantungku 
bercerita tentang kita
Tak ku temukan sebuah jawapan 
dalam ketenangan

Haruskah ku simpan semuanya 
rahsia antara kita berdua
Bakal kau temui setelah ku tiada

Tak ku sangka sesuatu darimu
Indah umpama langit
Namun akhirnya dirimu
membuatkan aku terluka

Hati meruntun mencari pandangan
akhirnya tak kelihatan
Tak ku temukan sebuah jawapan
dalam kepalsuan

Haruskah ku simpan semuanya
Rahsia antara kita berdua
Bakal kau temui setelah ku tiada

Tak ku sangka sesuatu darimu
indah umpama langit
Namun akhirnya dirimu
membuatkan aku terluka

Nafas menanti kepastian
Hilang mencari jawapan
Cintamu pada diriku
Terhenti buat seketika

Tak ku sangka sesuatu darimu
indah umpama langit
Namun akhirnya dirimu
membuatkan aku terluka

Nafas menanti kepastian
hilang mencari jawapan
cintamu pada diriku
terhenti buat seketika

13 comments:

  1. Thanks for the lyrics CR hehe >_<

    ReplyDelete
  2. Suka lagu ni juga. Sedap sangat. Tak jemu dengar. :)

    ReplyDelete
  3. ramai artis daripada smule loni kan.. xtaw pun khai bahar ada lagu baru hihihihi

    ReplyDelete
  4. Husniey tak pernag dengar lagi lagu ni.. Nak dengar sekarang jugak😳
    Macam best je liriknya

    ReplyDelete
  5. busyra tak dngar lg.. okay nak p dngr skrnggg. hehe

    ReplyDelete
  6. tapi e'in tak kenal pun fatin husna nie.. huhu

    ReplyDelete
  7. Ala sis belum dengar lagi lagu ni Cik Renex..
    Pasni nak cari kat YouTube, hehehe..

    ReplyDelete
  8. alamak baru pertama kali dengar lagu ni..tapi mmg minat lagu luluh Khai Bahar..hehe. Lagu ni pun sedap didengari..

    ReplyDelete
  9. My cousin is going to love this song. She's a huge fan of Khai Bahar.

    ReplyDelete
  10. dah dengar tapi suara fatin tu macam xmenarik dekat telinga saya...hehe
    suara khai power

    ReplyDelete
  11. Mai suka suara Fatin. belum dengar lagi lagu ni.

    ReplyDelete
  12. I like what you guys are up also. Such intelligent work and reporting!
    Carry on the superb works guys I've incorporated you guys to my blogroll.

    I think it'll improve the value of my website :).

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.