Taman Tasik Maran

September 04, 2016

Maran. Bandar Ayam Kampung. Salah satu daerah dalam Pahang jugak. Kalau pergi Kuantan memang akan lalu daerah ni. Tapi jarang sangat singgah bandar Maran ni. Cuma lalu jer. Selalunya kalau tengah berhenti kat Traffic light selalu perasan satu taman ni dan selalunya akan cakap kat ma

"Ma,nanti kita singgah situ la. Jalan2 tengok taman orang"


Jadinya,semalam barulah berkesempatan singgah situ. Kebetulan je. Tak plan awal2 pun. Cuma rasa nak berjalan. Nama pun perempuan,nak berjalan kuar aje. Tak kisah tak beli barang pape yang penting jenjalan. Tu aku lah. Korang tak taw lag. Lain orang lain caranya.


Ni masa mula2 sampai. Singgah kat kedai beli makanan nak makan tepi tasik tu. Banyak chalet kat sini. Tapi aku xpasti rate harganya. Chalet2 ni untuk orang yang nak memancing. Sebab ada pakcik sorang ni cakap tempat ni tempat orang memancing. Kadang tu dapat ikan patin. Kebetulan masa aku sampai tu pun ada lah beberapa orang memancing.




Ni salah sebuah chalet tu. Cantik kan.


Cantik kan. Taman Tasik Maran. Belakang tu Padang Golf Maran.



Acah2 feeling la tu.hahaha. Mendamaikan sungguh. Ramai orang jogging jugak mase ni. Iols nk jogging tapi pakai skirt lak. Hahaha #alasan



Kat Taman Tasik Maran ni jugak ada di sediakan pondok kecil. Boleh la kalau nak bawak bekal makanan dari umah ataupun beli kat kedai makan kat sini. Sampah jangan lupa buang dalam tong sampah. :)



Taman ni jugak dekat ngan masjid As-Syakirin. Ni view dari atas bukit masjid tu. Cantik.


Ok lah. Itu saja nak share. Nanti kita g terjah tempat lain pulak.

You Might Also Like

0 komen

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Subscribe