Suatu hari di perhentian bas

July 11, 2011

suatu hari,aku duduk di perhentian bas menunggu ketibaan bas.aku memerhatikan orang,itu je yang aku mampu buat sebab sangat bosan menunggu bas yang dah dua jam tak bergerak2 lagi.sebelah aku ada seorang makcik dalam lingkungan umur 40an.aku senyum pada dia,dia pun senyum.aku memerhatikan dia seorang yang baik,dan tengah berada dalam keadaan lapar sebab dia tengah khusyuk sekali makan roti.:)


di sebelah kiri aku pula,ada tiga orang budak sekolah.berpakaian lengkap uniform sekolah.ketiga-tiga comel.yang seorang ni putih sangat,seorang lagi cantik dan seorang lagi nampak macam tomboy dan bertindik di bawah mulut.topik perbualan mereka;boyfriend,kawan2,cikgu. aku terdengar dieorang berkata,"kau tak kantoi ke tindik kat bawah mulut tu?" member die selamba je jwab,"cikgu ada aku letak la handplast.pandai2 la beb".

aku yang kat sebelah ni senyum je la..:)

kemudian,ada dua orang gadis yang sangat cantik berpakaian ala-ala orang KL dengan pakai wedgesnya mengheret beg beroda.baru balik dari KL kot.kehulu-hilir macam model.tak tahu motif mereka,mungkin takut ketinggalan bas.maybe-tapi last2 aku tengok dua orang ni pergi menghala ke tempat teksi.tak tahan panas menunggu bas rasanya.


disuatu sudut sana pulak ada sekumpulan remaja lelaki yang duduk lepak beramai2 sambil gelak2.tak tahu apa topik mereka,mungkin menceritakan hal awek cantik.maybe.


dan ada juga seorang lelaki yang merayau-rayau mencari apa pun tak diketahui.sekejap ke sana,sekejap ke sini.sekejap duduk sana,sekejap duduk sini.sekejap baring.aku yang duduk sorang2 mulai cuak sebab takut pada lelaki tersebut tapi still wat muka rilex.haha.kemudian aku nampak die mengambil bekas air yang orang tinggalkan,dan terus minum air lebihan tersebut.memang la bagus kan habiskan sisa makanan sebab membazir amalan syaitan kan.tapi agak-agak la kan.bekas orang tu.dari segi fizikal aku tengok dia dalam 30an,masih mampu berjalan normal.aku rasa dia takde masalah untuk cari kerja untuk dapatkan makanan.tak tahu ape masalahnye.mungkin ada penyakit,penyakit-malas ;|


dan disatu sudut,ada seorang lelaki.nampak macam pendiam dan pemalu:)))



anda suka entry ni.sila tekan LIKE. TQ

You Might Also Like

3 komen

  1. Budak sekolah zaman sekarang ni advanced betull! Haha :)


    ehh, jumpa siapa yang macam pendiam dan pemalu tu? Akim ke? ;)

    ReplyDelete
  2. kdg2 best jgk kan memerhati gelagat org dsekeliling kita..hehe

    ReplyDelete
  3. syue - mmg advanced giler weh..

    p/s-jumpe kembar akim je..hehe

    syaza - mmg best,,tpi bahaya jugak,,hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

BANTAL ADA NAMA SENDIRI?

Assalamualaikum dan Hai. Untuk makluman blogger sekalian, Cik Renex ada wat barang dari kraf secara kecil-kecilan. Saja. Dari minat ja...

Hasil Merepek

Ohsem blogger