Cara padam/delete akaun Instagram bagi pengguna yang sudah meninggal dunia


Cara delete akaun Instagram bagi pengguna yang sudah meninggal dunia


Assalamualaikum dan Hai. Sebelum ni Cik Renex pernah berkongsi tentang cara untuk padam akaun instagram kita. Tapi sebenarnya bukan padam terus tapi pihak Instagram disable akaun kita sahaja. Bila kita log in semula dia akan jadi aktif semula.

Untuk baca boleh klik link di bawah.



Untuk kes  ini,kita nak melaporkan pengguna akaun instagram tersebut sudah meninggal dunia pada pihak Instagram.  Kadang-kadang tu kita perlu padam akaun sebab mungkin ada gambar yang tak sesuai untuk ditayangkan dan juga mungkin sesetengah waris tak nak akaun tersebut masih aktif.


Tapi ada sesetengah orang dia akan membiarkan sahaja akaun Instagram tersebut tu aktif sebagai kenangan mereka. Terpulang pada diri masing-masing.

Jika anda sebagai waris nak melaporkan akaun arwah/simati pada instagram caranya mudah sahaja. Tetapi laporan ini hanya boleh dilakukan oleh waris atau orang terdekat sahaja sebab kita perlukan maklumat berkaitan dengan arwah/simati.

Langkah untuk alih keluar/ delete akaun instagram.


1. Klik link ini.



2. Isi maklumat yang diperlukan

Delete acc instagram orang yang dah meninggal dunia


Ahli keluarga terdekat yang disahkan boleh meminta pengalihan keluar akaun orang yang disayangi daripada Instagram. Apabila anda menyerahkan permintaan untuk pengalihan keluar, kami memerlukan bukti bahawa anda ialah ahli keluarga terdekat bagi si mati, seperti:
  • Sijil kelahiran si mati 
  • Sijil kematian si mati 
  • Bukti daripada pihak berkuasa di bawah undang-undang tempatan bahawa anda ialah wakil yang sah bagi si mati atau bagi harta pusakanya
Sumber : https://en-gb.facebook.com/help/instagram/264154560391256?helpref=hc_fnav


3. Tunggu maklum balas dari  pihak instagram 

Cara delete akaun Instagram bagi pengguna yang sudah meninggal dunia
Sumber : https://help.instagram.com/231764660354188



Okay. Itu sahaja. CR tak pernah mohon untuk delete akaun instagram. Cuma kongsikan info bagaimana sahaja. Bagi siapa2 yang pernah buat, boleh la kongsikan pengalaman anda. 






7 comments

  1. Sangat bagus info ni, tak orang lain, satu hari nanti kita juga kann...makaseh Cik!

    ReplyDelete
  2. Tq reen for sharing. Bookmark entri ni terus.

    ReplyDelete
  3. nice sharing. Berguna utk semua. Sebagai langkah berjaga2, jgn la dok post benda yg bukan2. Kita pun taktau bila masa kita kan. Semoga apa yg jadi baru2 ni jadi pngajaran kpd kita semua

    ReplyDelete
  4. wah baru tahu
    terima kasih sangta-sangat atas perkongsian nih

    ReplyDelete
  5. Tq sharing nanti boleh share kalau yg memerlukan nanti

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex