Lirik Terlalu Memuja - Wany Hasrita | Ost Curi-curi Cinta

by - Thursday, April 18, 2019

Ost Curi-curi Cinta terlalu memuja


Assalamualaikum dan Hai. Siapa disini peminat Wany Hasrita? Sep sikit sebab Cik Renex memang suka dia. Lagu yang paling CR suka adalah lagu Menahan Rindu. 😍 Pada tahun ni Wany Hasrita keluarkan single terbaru yang bertajuk Terlalu memuja. Pernah dengar ke tak pernah? Selalu kalau dengar radio Suria FM kerap mereka mainkan lagu ni.

Mana yang tak pernah lagi boleh ke youtube channel FMC untuk dengar lagu sambil layan musik video dia yang meruntun jiwa tu. Hee.

CR juga akan kongsikan sedikit Wany Hasrita yang lagu Terlalu Memuja ni secara live. Kebetulan CR dapat jumpa dia di Kuantan City  Mall Kuantan pada 24 Mac 2019 baru ni.  Suka tengok dia. Cantik dan tak sombong, PA dia Nisa pun sama.

Cik Renex bersama dengan Wany Hasrita dan PAnya Nisa :)





TERLALU MEMUJA
WANY HASRITA

Komposer : Sharon Paul
Lirik : Fedtri Yahya & Gouffran
© 2019 FMC Music Sdn Bhd 


Berulang suara hati
Berbicara tentang dia
Senyuman pun canda bahagia
Kini sepi dalam memori semalam

Hanya aku yang tahu
Hanya aku yang menanggung
Segala erti pengorbanan
Ku tempuhi dalam kedukaan

Biarlah aku sendirian tanpa cinta
Dari menyaksikan sebuah kepuraan
Tibalah waktunya aku
Harus tinggalkan dia

Hamparan hati yang dulu pernah kuberikan
Kini menjadi kehilangan melukakan
Apakah silapku hooo
Terlalu memuja

Disini berakhir segala
Episod bersamanya

Hanya aku yang tahu
Hanya aku yang menanggung
Segala erti pengorbanan
Ku tempuhi dalam kedukaan

Biarlah aku sendirian tanpa cinta
Dari menyaksikan sebuah kepuraan
Tibalah waktunya aku
Harus tinggalkan dia

Hamparan hati  pernah kuberikan
Kini menjadi kehilangan melukakan
Apakah silapku 
Terlalu Memuja

Aku dipersia
Tibalah waktunya
Rintihan berlalu


Oh ya, lagu ni akan menjadi lagu tema atau OST untuk drama terbaru di Astro lakonan #ZahirAH iaitu Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza yang bertajuk Curi-Curi Cinta. Tak sabar pulak tunggu drama ni ditayangkan. πŸ€—πŸ˜

You May Also Like

4 comments

  1. sedap jgk lama2 dngar lagu ni.. hehe

    ReplyDelete
  2. Sukaaa lagu baru wany ni.. best jugak lirik nya

    ReplyDelete
  3. Seronok dpt bertemu artis mcm ni, tambahan lagi artif feveret.. Wani Hasrita mmg lagu dia sedap dan penerampilan dia pun sopan.. pengalaman yg menarik :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.