Warong Selai Paya Pulai Pahang ; Cafe vintage dan unik :)

Tempat makan best di Temerloh Pahang

Assalamualaikum dan Hai. Hari ni Cik Renex ingin berkongsi satu cafe atau kedai makan yang diberi nama Warong Selai. CR tahu mengenai kedai ni melalui Group Facebook Temerloh dimana ada pengguna yang berkongsi di group tu. Masa mula-mula tengok tu memang berkenan terus dengan hiasan dalaman kedai ni. Sangat unik dan vintage. Lain dari yang lain. 

Jadinya, memang terus masuk dalam wishlist tempat makan. Kebetulan Rabu minggu lepas ,CR ada janji dengan kawan dan terus pilih kedai ni untuk lepak. Tak jauh manapun. Warong Selai terletak di Kampung Contoh Paya Pulai Pahang. Kalau dari Hospital Temerloh (Hoshas) hanya ambil masa dalam 10 minit je. Kalau dari bandar Temerloh dalam 20minit macam tu je.


Tempat makan best di Temerloh Pahang

Masa mula-mula sampai dah teruja dengan decoration kedai ni. Masuk masuk je kedai kita akan ditemani musik lagu klasik. Sesuai dengan tema kedai ni. Masa sampai tu ada dua tiga meja yang ada pelanggan. Jangan risau sebab meja makan banyak disediakan. Pilih je nak duduk di mana.

Tempat makan best di Temerloh Pahang

Meja dan kerusi untuk para pelanggan pun sangat klasik. CR suka betul dengan deco dia. Dah macam lepak rumah sendiri bukan kedai makan. :)

Apa menu yang ada di Warong Selai?


Tempat makan best di Temerloh Pahang

Makanan yang CR cuba malam tu adalah Spicy Grilled Chicken.  Puas hati sangat sebab sedap. Juicy! Besar pun besar ayam dia. Cuma kalau ada mayonis lagi best. Hee

Tempat makan best di Temerloh Pahang

Makanan kedua adalah Spaghetti Bolognese. Yang ni pun banyak juga portion dia. CR siap kongsi dengan rakan sebab tak larat nak habiskan. 

Tempat makan best di Temerloh Pahang

Air pula CR order Apple Juice dan Milo. 

Selain dari menu ni, Warong Selai juga ada Spaghetti Aglio Olio, Congo Bar, kek dan Brownies. Kalau tak suka menu western, boleh cuba menu tradisional iaitu Nasi Lemak, Mee Kari dan juga Lontong. Nanti datang lagi sekali CR nak cuba Mee Kari pulak.


Jom kita tengok decoration dalam cafe ni. Sangat CANTIK DAN VINTAGE. Amat sesuai untuk yang gemar bergambar dan selfie.

Review Cafe

CR memang jenis suka bergambar. Jadi layankan je la gambar dari CR ni yer. Belakang tu ada sudut letak buku.

Blogger Review

Belakang tu menu di Warong Selai. Tengok hiasan di belakang tu. Cantikkan? Menambahkan lagi unsur2 vintage di Warong Selai.

Tempat makan best di Temerloh Pahang

Masa ni dah takde customer. Memang tunggu customer smua balik. Sebab nak bergambar. Rugi kalau tak bergambar di tempat cantik kan. Dengan hiasan lampu dan meja kerusi klasik lagi menambahkan keunikan Warong Selai ni.


Tempat makan best di Temerloh Pahang

So, kalau ada berpeluang datang ke Temerloh boleh la makan disini. Hanya guna maps senang je nak jumpa. Warong Selai terletak di tepi jalan utama di Kg. Contoh.

 Untuk maklumat lanjut boleh ke hubungi:

Warong Selai

Facebook :

Instagram : 

Waktu operasi : 
5pm-12am
(Isnin TUTUP)

Lokasi :



16 comments

  1. cantik decoration warung tu.. Makanan Spicy Grilled Chicken tu nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
  2. vintage sangat ni. mknn pun nampak sedap

    ReplyDelete
  3. Memang instagrammable sungguh kedai tu reen. Nampak klasik pun ada.
    Tgk gambar makanan tu pun dah boleh bygkan betapa besar portion dia. Berbaloi makan.

    ReplyDelete
  4. cantik! saya suka cafe-cafe yang menggunakan konsep macam ni. hehhe. nanti bolehlaa saya roger cik renex kalau nak gi situ. kita pergi sekali

    ReplyDelete
  5. cantik nya.. tak pernah sampai ke Temerloh lagi

    ReplyDelete
  6. Cantik deco kedai ni.. kalau ke Pahang, bolehlah singgah ni :)

    ReplyDelete
  7. Spicy Grilled Chicken tuh nampak menyelerakan lah. Favourite tuh. Segala apa jenis masakan kalau ada ayam memang nampak sedap. Deko kedai pun nampak klasik dan cantik

    ReplyDelete
  8. Cantik hiasan dan deco tempat makanan ni.. Nanti nak pi lah kalau singgah ke sana..

    ReplyDelete
  9. saya di kuala krau pahang sis..blehla pg termerloh nanti singgah makan2 kan..cantik decoration kedai

    ReplyDelete
  10. Memang vintage habis ni..macam dalam hutan pun ada..hehee..bgusla macam ni..lain dari lain..nak makan pun seronok

    ReplyDelete
  11. Ada lagu klasik ye, memang nostalgia la teringat kecik2, mesti sedih bila ingat waktu kecik yg takde masalah

    ReplyDelete
  12. Yang suka bergambar mesti suka tempat makan macam ni..Makan sikit bergambar lebih,.hahha..Nampak selesa tempat makan ni.Macam dalam rumah kampung pun ada..kan?

    ReplyDelete
  13. Sekarang warong pun jual menu western... Hahahaha...portion dia betul nampak besar betul.

    ReplyDelete
  14. Simple tapi yang pasti menu dia boleh tarik ramai pelanggan yang sukakan western..

    ReplyDelete
  15. kedai diaa lawa hispter gitu. menarik menarik =)

    ReplyDelete
  16. Best makan kat cafe vintage and hidden macam ini. Lepas ni tempat ni meletup la.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex