Throwback Iftar di Sidin Cafe Temerloh

by - Thursday, July 05, 2018

Assalamualaikum dan Hai. Walaupun dah masuk bulan Syawal,aku tetap nak share cerita aku berbuka puasa dengan kawan-kawan sekolah rendah di Sidin Cafe yang terletak di Bukit Angin Temerloh. Walaupun dah berbulan berlalu. hee.

Iftar ni bukan la acara wajib tiap-tiap tahun cuma tahun ni kami terrajin pulak nak beriftor bersama-sama. Seperti biasa ini lah muka biasa kawan-kawan aku yang selalu aku lepak bersama-sama. Azuwa, Wani , Sapik dan Faiz. Semua ni adalah kawan sejak dari sekolah rendah sehingga ke hari ni dan yang masih bujang.

Seperti biasa, nak pilih tempat berbuka, Wani ditugaskan untuk mencari tempatnya dan dia memilih Sidin Cafe yang terletak di Bukit Angin. Kami semua on je asalkan bersama-sama kan. Makanya berbuka la puasa kami Sidin Cafe yang mengetengahkan menu2 western. Bukan selalu berbuka ala-ala Barat kan.


Muka sebelum berbuka puasa. Dari kiri (Faiz, Cik Renex, Azuwa, Wani dan Sapik)

Sidin Cafe

Sidin Cafe

Sidin Cafe

Nampak menyelerakan ke idok? Kalau terasa nak merasa boleh la ke Sidin Cafe yer. Kami order Grill Chicken Chop, Country Chicken  Chop dan Cheesy Nachos. Nak tambah nasi pun boleh kalau rasa tak lengkap tanpa nasi kan. :) Gambar air xingat nak snap. Rasa makanan di sini boleh tahan sedap cuma kalau size ayam tu besar sikit ok jugak. Sos dia CR suka dan cheesy nachos dia terbaek. 

The Girls

Tempat dia pun menarik dan luas. Ramai juga yang buat supprise birthday di sini. Kalau nak bergambar cantik2 di cafe ni pun sesuai sebab dia cafe hipster. hee. 



SIDIN CAFE
WHATSSUP 017-696 1764
No:29-31,Tingkat 1,Jalan Dagang 2,
Dynaton Bukit Angin,28000 Temerloh,
PAHANG 

OPERATION HOUR:
5.30pm-11.00pm (LAST ORDER) 
12.00am CLOSED

You May Also Like

8 comments

  1. Kalau dekat, Sha singgah nie.. Cheezy Nachos tu nampak best..

    ReplyDelete
  2. Mrs. A kalau berbuka belum pernah lagi western hahaha... perut melayu nak nasi jugakkkk....

    ReplyDelete
  3. terbaek menu :)

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/hindari-sifat-malas.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html

    ReplyDelete
  4. Nampak menarik dan sedap menu2 tu reen. Nama kafe pun unik. Kalau ke Temerloh boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  5. dah lama x iftar dgn rakan2 sek men dahulu. Last buat 8 thn lps...

    ReplyDelete
  6. menu menyelerakan, deco cafe pun unik dan cantik

    ReplyDelete
  7. hye orang pahang..saya org temerloh heheh

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.