Burger Ayam Mexicana , Menu Baru McDonald's Malaysia

McDonald’s Malaysia perkenal Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua untuk Kempen Discover the World


Turut melancarkan Pai Kastard Strawberi baharu


PETALING JAYA, 23 Julai 2018 – Citarasa enak dan eksotik dari Mexico kini boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana oleh McDonald’s – menu kedua di bawah kempen tahunan Discover the World selepas menu pertamanya iaitu Burger Rio yang diperkenalkan bulan lalu.


Burger Ayam Mexicana , Menu Baru McDonald's Malaysia



Kepingan ayam rangup bersaiz besar ini dilimpahi dengan mayonis tomato istimewa dan sos jalapeno untuk rasa yang sedikit pedas seumpama hidangan tradisional Mexico. Burger Ayam Mexicana ini juga ditambah dengan campuran lada benggala merah, salad, tomato dan keju cheddar putih. Disertakan dengan ban lembut, hidangan ini semestinya membawakan citarasa hebat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kempen tahunan Discover the World seringkali mengetengahkan keunikan rasa dan budaya berbeza dari seluruh dunia untuk penggemar hidangan McDonald’s di Malaysia. Rakyat Malaysia yang menantikan tawaran menu istimewa McDonald’s pastinya tidak akan kecewa dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana ini.


Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua yang ditawarkan di bawah kempen Discover the World membawakan citarasa negara luar, dan kali ini Mexico menjadi negara pilihan, dengan citarasanya yang unik.

“Seperti Burger Rio, kami ingin membawakan citarasa unik dari negara luar untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia. Kempen Discover the World membolehkan kami memperkenalkan pelbagai citarasa antarabangsa ke restoran-restoran kami di seluruh negara,” kata beliau

Sama ada menu sedia ada atau baharu, McDonald’s amat mementingkan kualiti penyediaan makanan dari awal hingga akhir – bermula dari ladang kepada pembekal, sehinggalah ke dapur dan akhirnya kepada pelanggan. McDonald’s percaya bahawa makanan yang baik bukan pada rasanya sahaja. Selain kenikmatan yang dirasai semasa memakan hidangan McDonald’s, pelanggan juga diberi jaminan bahawa setiap hidangan disediakan segar dengan bahan-bahan berkualiti, dan mematuhi piawaian Halal dan standard kebersihan makanan yang ketat.

Burger Ayam Mexicana boleh didapati dengan harga RM15.95 untuk set medium dan RM12.50 untuk ala carte.



Burger Ayam Mexicana , Menu Baru McDonald's Malaysia

Selain Burger Ayam Mexicana, McDonald’s turut memperkenalkan buat pertama kalinya hidangan pencuci mulut dengan dua jenis inti – Pai Kastard Strawberi (Strawberry Custard Pie), pai rangup berinti strawberi dan kastard berkrim. Pai Kastad Strawberi (Strawberry Custard Pie) ini boleh didapati dengan harga RM3.30.


Burger Ayam Mexicana , Menu Baru McDonald's Malaysia


Selain itu, McDonald’s juga membawakan kembali hidangan pencuci mulut Strawberry Cone. Ia boleh dinikmati oleh semua penggemar aiskrim sundae strawberi dan juga mereka yang ingin merasai perisa aiskrim sundae selain vanilla dan coklat. Pai Kastard Strawberry (Strawberry Custard Pie) dan Strawberry Cone pastinya memberi kepuasan kepada penggemar hidangan pencuci mulut yang inginkan kelainan.


Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Discover the World oleh McDonald’s Malaysia, sila layari http://www.mcdonalds.com.my/.


14 comments

  1. Replies
    1. hee thanks Ray, last minit wat,asl ade.hehhee

      Delete
  2. dessert tu nampak sangat menarik... Strawberry pai..

    ReplyDelete
  3. Jom jom serang mcd, ira terliur nau tengok pie sexy nau :P

    ReplyDelete
  4. fuhh tengok dah macam nak gi mcd terus hii ,,

    ReplyDelete
  5. ada tgk iklan beger baru ni tp tk cuba lg..ada kwn dh mkn yg strawberry custard pie tu katanya sedap..nanti bole la cuba

    ReplyDelete
  6. Wah, terliur tengok burger mexicana ni...

    ReplyDelete
  7. kena gi ke mcd Kok Lanas ni. x jauh...dlm 30km je.

    ReplyDelete
  8. uishh mahal betol burger mekdi ni ya. saya suka chocotop tu, sedapppp

    Hi, slmt bkenalan jugak. saya newbie lagi sini. kalau ada masa boleh singgah blog saya
    https://belogmyhidop.blogspot.com/

    thank u awk

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex