All You Can Eat D24 Durian McFLurry

Assalamualaikum dan Hai. Baru-baru ni laman sosial Cik Renex ramai sangat kongsikan gambar tentang durian. Ada yang berkongsi durian kat kebun masing-masing, ada yang berkongsikan gambar durian yang mereka beli dan juga tempat murah untuk beli durian. Boleh dikatakan minggu ni adalah minggu durian. Atau bukan minggu tapi bulan durian. Hehe

Mc Donalds seperti biasa tidak akan lupa untuk berkongsi detik-detik ini dengan mempromosikan McFlurry Durian pulak. CR kerap jugak tengok sahabat-sahabat CR update tentang kesedapan menikmati McFlurry Durian ni. Dari semalam nak pergi beli tak berkesempatan lagi


Jadi, hari ni CR pergi juga ke McD Temerloh untuk menikmati kesedapan McFlurry Aiskrim ni. Memang sedap wehhh rasanya, tak de pun muak2. Rasa durian tu memang terasa sangat dan sedap sangat. 


Kejap je dah nak habis. Tak cukup beli satu je. hehe Gabungan aiskrim vanilla dan durian D24 yang nikmat sangat. Lagi-lagi bila makan tengah panas macam ni.





Pada peminat tegar McFlurry Durian bolehlah datang ke satu program anjuran MCD iaitu All You Can Eat D24 MC Flurry Durian. Kita boleh makan sampai puas selama satu jam.

Tarikh : 17 Julai 2018, Selasa

Masa :
Sesi 1 : 3 - 4 petang
Sesi 2 : 5 - 6 petang

Satu sesi limit pada 20 orang sahaja. Siapa cepat dia dapat. Datang awal setengah jam untuk pendaftaran ye.

Tempat : Semua cawangan McD di Malaysia

Harga :
RM10 ( dewasa dan kanak² berumur dari 4 tahun)
Kanak2 berumur 3 tahun percuma sahaja.

Untuk maklumat lanjut boleh ke Page FB McDonald atau klik link di bawah ini.


Jom serbu McD yang berdekatan dengan anda pada 17 Julai 2018 ni. Save the date!


15 comments

  1. McD depan umah aje. 5 minit.
    Mcm menarik :-)
    Tq for sharing.

    ReplyDelete
  2. Syoknya layan aiskrin tengah panas terik tu CR 😍
    Btw bestnya kalau dapat join event MCD tu, boleh refill banyak kali

    ReplyDelete
  3. bestnyaaa.. makan spuasnya.. busyra tak penah try lg durian. sbb busyra tak makan. hehe

    ReplyDelete
  4. alamak. selasa ni dah. tapi waktu kejeeee. huwaaaa!

    ReplyDelete
  5. makan masa cuaca panas ni memang sedap sangat..

    ReplyDelete
  6. oh 20 org je per session ..sure rmi nk try tu utk yg blum try... dh bli ms awal kuar aritu time raya tp yg 2nd time mcd kuarkan ni tk seummmppphhhh ms yg 1st time dlu....yg 1st time dlu lg sodap rsnya..

    ReplyDelete
  7. Selamat mencuba semua. Ana dah rasa smlm. Lepas lah rasa teringin tu. Hehe

    ReplyDelete
  8. sape nk dating, buleh pilih date ni. heheheh. order satu pastu kongsi. sweet gitu

    ReplyDelete
  9. Dapnyaa!! ni seronok ni bila dapat makan durian Mcflurry banyak-banyak dengan hanya rm10

    ReplyDelete
  10. happynya dapat makan banyak dengan harga murah!

    ReplyDelete
  11. alahai best nya. tapi kena hari kerja lak. melepas. hehe

    ReplyDelete
  12. I got what you mean, regards for posting. Woh I am happy to find this website through google.

    ReplyDelete
  13. Okay this durian D24 Mcflurry ni mmg sdp tak tipu. dah byk kali mira repeat! kih3

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex