Cerita Syawal 2018

by - Tuesday, June 26, 2018

Assalamualaikum dan Hai. Lamanya tinggal blog, aishhh. Hari ni baru ada masa untuk menaip. Cemburu tengok blogger yang lain yang begitu semangat menaip dan publish entri setiap hari. :) Rasanya belum terlambat untuk Cik Renex mengucapkan Salam Aidilfitri pada semua rakan blogger dan pembaca blog ini. Semoga syawal kali ini memberi sejuta makna kepada kalian semua. Ampun maaf dipinta sekiranya pernah terasa hati dengan penulisan CR yer. Maaf Zahir dan Batin.


Jadi, kali ini CR nak berkongsikan kisah Syawal Cik Renex. Syawal CR masih sama seperti tahun sebelum. Masih beraya "single" hehe. Namun begitu, syawal tetap terasa meriah dengan keluarga CR sendiri dan jugak saudara-saudara yang balik ke kampung. CR takde kampung, rumah yang CR duduk sekarang adalah kampung CR dan tunggu je saudara mara datang beraya ke rumah.


Apa tema baju raya korang? Tema keluarga kami adalah warna Navy blue atau biru gelap. Memang setiap tahun CR dan kakak akan pilih satu warna untuk sedondon satu family. Barulah nampak raya. Hee


Tempat wajib ambil gambar time raya. Sepupu pun semua bergambar depan umah ni. Heee

2018

Kat tangga ni pun sama. Tempat wajib ambil gambar hehe. Ni adalah family CR. Tak ramai pun. Ada seorang lagi takde dalam gambar. Dia beraya tempat lain. 

blog cik renex
 Mak saudara, ayah saudara dan sepupu CR.


blog cik renex

Raya kedua pula CR tunggu orang datang beraya ke rumah. Tak banyak sangat pun ambil gambar. Hee. Raya kedua juga CR pergi ke rumah ayah saudara di Felda Triang 1. Malam tu pulak beraya le rumah kawan CR di Kerayong dan juga Temerloh. Gambar pun tak snap jugak. Wat IG story je.huhu


Raya ke tiga,kawan-kawan CR pulak datang beraya ke rumah CR.  Ketiga-tiga mereka ni adalah kawan CR dari sekolah rendah lagi. Tinggal kami je yang bujang lagi makanya selalu la jumpa kan. Kalau dah berjumpa mulalah lama mengonion. Hehe.
blog cik renex
blog cik renex

Raya ke 4 Isnin tu CR dah mula bekerja. Dua orang je bekerja masa tu. Bosan lah jugak menunggu sampai habis waktu bekerja tu. CR kerja sehingga hari Rabu je, Khamis dan Jumaat turn CR pulak untuk bercuti. Heee. Kasi can kita pulak raya sakan kan.


Khamis tu juga, CR dah booking untuk photoshoot gambar raya di white Studio di Temerloh. Lambat sikit photoshoot sebab nak tunggu CR cuti, akak pulak balik umah mentua dan jugak tunggu sikecik Farisha tu balik rumah. Dah lengkap semua baru lah boleh ambil gambar reramai kan.






whitestudio photoshoot raya

whitestudio photoshoot raya

Cantik tak gambar kami? Lama dah teringin nak bergambar satu family di whitestudio,akhirnya misi tercapai. Hiks.
Kalau ada sesiapa berminat untuk ambil gambar boleh terus ke FB beliau. Dijamin puas hati dan harga yang berpatutan.


Itulah sahaja cerita syawal Cik Renex. Cerita syawal anda pula bagaimana? Kalau sudi, share la link nanti CR terjah bila ada kelapangan. Kbyeee.

You May Also Like

24 comments

  1. Lawanya port ambik gambar hee. Selamat hari raya sis :)

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/06/ending-rahsia-hati-perempuan-spoiler.html

    ReplyDelete
  2. Kat tangga senang nak susun kedudukan, gambar pun cantik.. Selamat hari raya CR..

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya, Bestnya balik kampung kumpul ramai2 kan meriah je raya

    ReplyDelete
  4. Cantik betul rumah awak CR dan gambar photoshoot memang nampak classy.. Walaupun ahli keluarga tak ramai, tapi ianya tetap nampak meriah dan riuh rendah kan.. Apapun akak nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya reen.. Cantik suasana rumah reen.. Kayu2 suka tengok.. Gambar kat studio pun cantik..

    ReplyDelete
  6. Salam Aidilfitri CR,
    Cun cun gambor dia.. 😍

    ReplyDelete
  7. kita pun tak cerita pasal raya lagi..hahahaa..blog pun start sebab job..ni baru semangat..org start sekolah, kita pun start kerja.

    ReplyDelete
  8. cantiknya halaman rumah..kenapa tak photoshot kat laman rumah je..selamat hari raya..maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  9. kawasan rumah cantiknyaaa kemas dan jelas suasana kampung. CT xde da rumah kampung semua jadi batu da. serious lawa memang cantik ambil gambar.

    salam aidilfitri maaf zahir batin CN ^^

    ReplyDelete
  10. Sama lah kuta. Geng navy blue tahun ni. Cantik kawasan tangga tu untuk bergambar.

    Teringin nak amik gambar kat studio tapi tak berkesempatan lagi.

    ReplyDelete
  11. follow sini. harap sudi follow blog ejulz jugak :)

    ReplyDelete
  12. warna rumah tu cantik sangat la..

    selamat hari raya dan maaf zahir batin..

    selamat berkenalan sebab saya 'pendatang baru' hahahahaha

    ReplyDelete
  13. Selamat hari raya Aidilfitri CR.
    Cantik tema color navy blue.
    Itulah Mrs. A pun ada plan nak bergambar sekeluarga kat studio harap-harap menjadilah

    ReplyDelete
  14. Salam aidilfitri CR.... comey blako sek kita... hehe

    ReplyDelete
  15. wah! beraya sakan cik renex thn ni.

    ReplyDelete
  16. Alahai comelnya rumah tu..teringin nak datang beraya kat rumah unik camni..

    ReplyDelete
  17. Salam Aidilfitri jugak cik renex!!! ^^

    ReplyDelete
  18. Cantik rumah CR. Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin...

    raya di kampung ni lain suasananya berbanding di bandar

    ReplyDelete
  19. cntiknya smua.. selamat hari raya CR.. sempat lagi kan busyra nak wish. hehe

    ReplyDelete
  20. tahun ni ramai yg ambik dekat white studio kan. mek pn macam teringin jgk sbnrnya. hikhik. slmt hr raya babyy

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.