Sunday, April 15, 2018

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Ancasa Royale, Pekan

Sedar tak sedar, lebih kurang 30 hari lagi bulan yang kita nanti iaitu Bulan Ramadan akan menjelma. Memang menjadi kebiasaan apabila menjelang bulan Ramadan, setiap hotel-hotel akan memperkenalkan menu ramadan yang terbaik dan istimewa sepanjang bulan Ramadan untuk para pelanggan mereka. Begitu juga dengan AnCasa Royale, Pekan Pahang yang tidak akan melepaskan peluang untuk memperkenalkan menu terbaik mereka. Pada tahun ini AnCasa Royale , Pekan telah memilih tema 'Kampung Boy' bertepatan dengan kempen 'Stay, Dine & Win' yang sedang berlangsung dan akan berakhir pada 14 Julai 2018 di mana tarikh akhir bagi perlawanan World Cup 2018.

Pada tahun lepas, AnCasa Royale, Pekan tetap mengekalkan konsep masakan yang bercita rasa kampung di dalam buffet Ramadan tahun ni seperti mana tahun lepas. Ini kerana citaras kampung mendapat sambutan dan respons yang menggalakkan dari pelanggan hotel.

Sempena tema 'Kampung Boy', gabungan idea chef-chef dari AnCasa Royale, Pekan yang berpengalaman dalam masakan tradisional Melayu khususnya masakan tradisional negeri Pahang yang bakal menampilkan kelainan dalam setiap resepi dan menu yang akan disajikan pada tahun ini.

Lebih dari 120 menu sajian masakan Melayu yang akan diperkenalkan. Antara sajian yang akan diperkenalkan adalah 'Seafood Kandar' ala AnCasa Royale, Ikan Patin masak Tempoyak, Gulai Kawah, Daging Opor Pahang, Kambing Golek Chef Pak Tam, satay, pelbagai jenis kerabu, Daging Salai Masak Lemak, Ayam Panggang Madu, Ikan Bawal Berlada, Lala Masak daun Selasih, Sambal tumis ikan bilis, Kailan goreng ikan masin dan pelbagai lagi. Jom kita tengok satu persatu  yang sempat CR ambil gambar.



Ancasa Royale, Pekan


Ancasa Royale, Pekan 
 Ancasa Royale, Pekan

Ancasa Royale, Pekan

Ancasa Royale, Pekan

 Ancasa Royale, Pekan

Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan
Ikan patin tempoyak!

Buffet Ramadhan
Kambing golek adalah salah satu kegemaran CR juga. Alhamdulillah dapat merasa kambing golek ni hari tu sebab memang ianya menjadi pilihan tetamu yang datang.


Nasi kandar
Kalau nak fefeling duk di utara boleh pilih nasi kandar. :)

Ancasa Royale, Pekan
Sedap sangatttttt. Lagi lagi tang petai tu dan sambal tempoyak.

Mee
Kalau dah bosan untuk makan nasi, kita boleh berbuka puasa dengan mee pulak :)



Selain itu, AnCasa Royale, Pekan turut menyajikan pelbagai aneka kuih muih tradisional seperti Sagu Gula Melaka, Kuih Bakar, Kuih Talam, Puding Raja, Lepat Pisang dan Bingka Ubi. Selalu masa berbuka puasa memang CR akan cari kuih sagu gula melaka dan ianya memang menjadi kuih kegemaran CR

Buffet Ramadhan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan


Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan


AnCasa Royale Pekan juga turut menyajikan gerai murtabak, roti canai, pisang goreng, cucur serta 'churros' dan juga pelbagai manisan seperti ais kacang, aneka bubur serta puding. CR memang serang port bahagian manisan dulu lagi-lagi bahagian kek, semua rasa nak rasa tetapi apakan daya perut ni tak mampu nak makan semua banyak2. 

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan



Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan


Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Pencuci mulut yang sangat sedap iaitu buah-buahan tempatan seperti buah mata kucing, buah naga, pisang dan pelbagai lagi untuk dinikmati.

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Sambil kita menikmati hidangan yang sedap , kita akan ditemani dengan nyanyian dari mereka yang sangat sedap suaranya. 

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Jangan risau dengan harga pakej buffet ramadan kerana pihak AnCasa Royale, Pekan menawarkan harga yang berpatutan untuk semua pelanggan mereka. Harga yang ditawarkan adalah RM68 untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak dengan harga RM40. Tetapi jika anda membeli baucar sebelum 12 Mei 2018, anda akan dapat harga yang murah iaitu RM58. Jadi moh la kita dapatkan baucar tu lebih awal, lebih murah dan jimat kan.
Untuk maklumat lanjut ataupun ingin membuat tempahan boleh layari laman sesawang mereka di www.ancasahotels.com atau hubungi 03 2026 6060 untuk mendapatkan harga yang berbaloi.

AnCasa Royale Pekan Pahang

No 2670, Jalan Pekan - Kuantan. Pahang, Pekan, 26600, Malaysia

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan
Kami yang seronok dapat menikmati hidangan buffet ramadan dari Ancasa Royale Pekan. 

17 comments:

  1. template baru ke kak? lawanya blog kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Rabia, baru tukar minggu lepas,.hee..thankss dik

      Delete
  2. Alhamdulillah, menu2 yg sedap sangat dekat ancasa royale ni.. Next time boleh lah bawak family pula berbuka kat sini

    ReplyDelete
  3. Sekejapnya nak Ramadan, puasa ganti tak abis lagi OMG. Risau pula . Macam-macam juga makanan kat situ rupanya.

    ReplyDelete
  4. menu2 yang dihidangkan memang citarasa kampung ni.. bestnya kalau dapat menikmati suasana berbuka macam ni..

    ReplyDelete
  5. wah nampak menarik je gmbr2 semua.. Dah masuk tv1 kan ancasa ni.. Harga pon boleh tahan...xla mahal sgt...

    ReplyDelete
  6. MasyaAllahhhh CR ! Banyak giler choice makan. Memang mek recommend untuk sebulan dlm pose untuk berbuka tempat cam ni, satunya sebab reward diri sndiri dn juga celebrate ramadhan dgn family. So, tempah la awal awal untuk dptkn yg murh skit.

    ReplyDelete
  7. 120 sajian..wow..sure best pelbagai masakan kampung yg dh lama kita x mkn bleh rasa kt buffer ni jan

    ReplyDelete
  8. semuanya nampak sedap...lagi2 kerang tu..adouhai..untung la orang2 pekan..

    ReplyDelete
  9. Sedapnyaaaa tengok lauk pauk selera kampung macam niii. Dah la kita puasa hari ni, haha

    ReplyDelete
  10. Apa menu baqah kuih pelita tu..makanan kampung memang best dan sedap..boleh menambah kalau makan

    ReplyDelete
  11. Banyaknya menu best best. Semua nampak sedap

    ReplyDelete
  12. Menunya best best la. Tapi syng nya jauh pula nk ke sana. Hukhuk

    ReplyDelete
  13. bnyknya menunyaa. mcm2 boleh buat pilihan sndiri.

    ReplyDelete
  14. fehhh, nampak sedap2 sumenya....best!

    ReplyDelete
  15. wah cix renex pun ke sini?
    byk jugak aida baca review best buffet sini.
    aida x pernah sampai ke pekan lagi. in shaa Allah one day :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.