Promosi Watsons Malaysia lagi dan lagi

by - Sunday, February 11, 2018



Promosi Watsons Malaysia lagi dan lagi | Sejak minggu lepas, memang Watsons menjadi viral di laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Masing-masing semua share mengenai promosi yang berlangsung di Watsons Malaysia. Jadi, sebagai rakyat malaysia yang sukakan promosi, Cik Renex tak kan lepaskan peluang untuk menjenguk di Watsons sebab memang nak cari stok barang personal. 

Minggu lepas ada juga promosi dan minggu ni pun ada lagi tapi bukan untuk semua barang. Minggu ni macam lebih kepada promosi alat-alat makeup dari Maybelline, Silky Girl, Revlon dan pelbagai lagi. Jadi kebetulan malam semalam CR keluar Temerloh untuk hantar mak saudara balik Johor naik bas, jadinya terus ke Watsons Temerloh

Sampai-sampai je Watsons tu terkejut kiteee. Sebab ramai sangat dalam tu, sebelum ni takdelah crowded sangat kan. Hajat di hati nak beli perfume je tapi terbeli benda lain pulak. Hahaha. Konon tak nak guna lagi gaji, tapi dah terguna pulak. Over budjet wehhh. Sis redho. So, Jom tengok Watsons's Haul versi Cik Renex. 



Watsons Malaysia

Antara barang yang CR beli semalam. Tak banyak mana pun. huhu


Lipstick Maybelline The powder mattes

Lipstick Maybelline dan Eyeliner dari SilkyGirl. Sorry guys,dah terbuang resit watsons, tak tahu harga yg sebenarnya. Mybad. Cik Renex memang pergi kerja atau outing sekadar pakai bedak dan eyeliner sahaja. Tak reti nak makeup yang letak shading bagai tu. Kebetulan lama tak beli lipstick ,makanya amik la satu, warna Touch of Nude. Harga lipstick around Rm14 dan eyeliner RM9. Ada la diskaun dari harga biasa. :)

Enchanteur Paris Perfume

Minyak wangi ni pulak adalah satu untuk CR dan satu lagi untuk adik CR. Yang CR haruslah dari Enchanteur Paris. CR pilih yang ni sebab bau ni wangi dan menyenangkan. Lama sebenarnya tak beli minyak wangi Enchanteur ni. 

Jadi, mana-mana yang teringin nak shopping barang makeup better pergi Watsons yang berdekatan dengan anda sekarang jugak. Last offer sehingga hari ni sahaja. Doa-doa lah supaya Watsons buat offer macam ni setiap bulan. 



You May Also Like

14 comments

  1. kejap lg nak pegi jgk ni...sbb faun-daiyen revlon yg biasa RM65++ tu arini jd RM30++ jer..kene beli ni kalau dah separuh rega..hahaha..

    kite ade jgk lepetik cam awak punye tu,.,,beli bulan lps klu x silap..x ingat rega...hehehe tp mmg besttt

    ReplyDelete
  2. Ana pun ke watson smlm. Memang ramai giler org. Harga pun ada yg murah especially for members lah kan.

    ReplyDelete
  3. Walau pun offer, semaklah harga.
    berbelanjalah dengan berhemah.

    ReplyDelete
  4. sparuh harga kan, kwn pergi banyak barang dah habis..huhu

    ReplyDelete
  5. Bahaya taw sale cmni sedar2 banyak pulak belanja hahhaha

    ReplyDelete
  6. Pergi jugak watson ritu.. Tp tak de apa yg nak dibeli.. So, keluar tanpa membeli.. hehe

    ReplyDelete
  7. heheh mellya pun p gak tapi p yang guardian. Beli age rewind concealer harga asal almost 40, discount jadi 19 jaa. nyesal tak beli banyak huhu

    ReplyDelete
  8. Hana pun gila pegi watsons jugak hahah! ^^

    ReplyDelete
  9. Watson n guardian buat sale2 kaw-kaw .. berhimpit2 juga la nk grab sesuatu barang

    ReplyDelete
  10. Akak pun ingat nak pegi masa ada promosi tue tapi bila fikir tak larat nak beratur ramai-ramai tue, akak lupakn hasrat hati..

    ReplyDelete
  11. Siqah suka pergi Watsons! Kadang2 tetap pergi walaupun takde apa nak beli. Saja suka tengok2 barang. Hehe. Siqah pakai eyeliner Silky Girl jugak :D

    ReplyDelete
  12. Comelnya packaging diaaa. Suka tngok.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.