Cik Renex turns 29 yo!!

by - Tuesday, February 20, 2018



Cik Renex turns 29 yo!! | Assalamualaikum dan Hai. Lamanya Cik Renex tinggalkan dunia Blog. Tak tahu la busy apa sampaikan blogwalking pun tak sempat. Sori gais! Nanti lah CR balas kunjungan yer.  Tanggal 18 Februari baru ni, umur CR dah menginjak ke umur Dua Puluh Sembilan Tahun. Ya Allah tahun terakhir angka dua kat depan angka umur tu. Hehe

Terima kasih atas doa dan ucapan kalian di whatsapp , facebook dan Instagram. Semoga segala doa dan ucapan itu dimakbulkan oleh Allah. Aminnn. 

Tahun ni Cik Renex dapat cheese tart yang comel tahap maksimum dari family terchenta.  COMEL sangat kann? Masa mula-mula dapat tu ya Allah terus menjerit sebab comey cute , sampai sayang nak makan. 




Comey ke idok? Tema nya adalah Sewing dan Owlie. Dua-dua kegemaran Cik Renex. Tak sangka cantik sungguh kejadian cheese tart demuk ni. Sungguh kreatif orang yang buat ni. Gambar gunting mesin jahit benang pin burung hantu dan zip tu comel sangat. Excited sangat-sangat bila tengok cheese tart ni. 
Kek ni pula hasil tangan dari kami bertiga. Kek viral dua bahan iaitu Susu Dutch Lady dan biskut Oreo. Sedappp dan manis. Lepas ni boleh la buat lagi. Mudah sangat nak buatnya. Blend je dua bahan tu dan kukus sehingga masak. :)
Ini projek makan-makan dan Cik Renex Jalan Jalan (CRJJ) ke Johor Bahru sehari sebelum birthday CR. Memang plan lama dah nak ke IKEA JB masa cuti panjang tahun baru cina ni. Rugi lah kalau tak ke melawat IKEA JB  sebab katanya IKEA ni lagi besar dari Damansara dan Cheras. Bila sampai Sabtu baru ni, Ya Allah ramainya manusia dan macam biasa parking pun payah nak dapat. Nasib parking untuk family ada kosong. Dah alang-alang sampai tu, g la makan  meatball. Meatball dan IKEA berpisah tiada. Bila dah ramai orang, lama gila nak tunggu order dan meja kosong.

Moist choc cake ni pula CR tempah dengan Farah dari Lipis. Sedap sangat dan banyak coklatnya. Hmm macam mana misi diet ni? Thanks dik, belanja kek ni terus merangkap hadiah besday katanya. :)



Tiada apa yang CR inginkan melainkan dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dan tidak lupa juga dipertemukan jodoh yang baik. Tahun ni sedikit sedih masa birthday CR sebab ex CR kahwin sehari sebelum birthday CR, macam takde tarikh lain je kannnn. Takpelah, dah jodoh dia. *tepukbahusendiri


Disaat sahabat lain ditemani kekasih hati,
Kamu hanya ditemani rakan rakan..

Disaat teman sebilik mendapat kejutan dari teman lelaki,
Kamu menjalani hari jadi tanpa sebarang surprise dan kejutan.
Tanpa mawar merah, tanpa kata - kata “i love you” , tanpa coklat, tanpa patung beruang.

Pada usia kamu yang bertambah,
Saat teman - teman risau mencari.
Kamu tetap tenang menanti.

Saat teman - teman bimbang mengharungi perhubungan,
Kamu masih sabar mengharungi kehidupan bersendiri.

Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin kuat dalam pengharapan.
Kamu semakin teguh dalam penantian.
Berkongsi keluh kesah mu bukan pada lelaki tapi pada Ilahi…
Bercerita tentang pengharapan bukan pada kekasih tapi pada Rabbi…

Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin yakin.
Bahawa penantian adalah ujian, dan perjalanan adalah pengalaman.
Bersungguh dan semakin teguh dalam istikarah cintamu.
Menanti DIA mngutuskan seseorang.
Mengharap DIA menunjukkan jalan.



copy paste from Apricot Pie
Age is just a number gais. HAHAAHA


You May Also Like

13 comments

  1. Sanah helwah reen. Semoha dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
    Comelnya cheese tart tu reen. Mesti sedap kan.

    ReplyDelete
  2. wahh
    hepi bornday renex
    Semoga panjanh umo dan sntiasa dimurahkan rezeki
    salam kenal dari ayu
    Balas kunjungan
    done follow sini
    #697

    ReplyDelete
  3. Happy Belated Birthday CR!!! Jangan lupa tukar sidebar xD

    ReplyDelete
  4. Happy Birthday Reen! Semoga bahagia selalu dan diperkenankan segala doa dan impian 💕 Comel betul cupcakes Reen. Sayang nak makan bila comel2 camtu 😁

    ReplyDelete
  5. seronok lah dapat hadiah
    den nih siap gtau tapi haram tak dapat hadiah
    hahaha

    ReplyDelete
  6. happy birthday reen!! dah 29 dahhhh, kita tak masuk 29 lagi =P. haha!

    biarkan dia dan labu2nya, yang penting kita happy dengan kehidupan kita. InsyaAllah, ada jodoh menanti

    ReplyDelete
  7. Happy Birthday Cik Renex ^^ semoga makin cun! makin wiser! and happy go lucky selalu ^^ - sincerely Hana :3

    ReplyDelete
  8. Besday CR sma dgn besday bff busyra. Btw hepy belated besday akak. Smoga CR sntiasa berada dalam lindunganNYA. amin.

    ReplyDelete
  9. Alamak harap belum terlambat. Happy belated birthday akak...Semoga terus ceria dan bahagia.

    ReplyDelete
  10. waaa !
    happy birthday CR.
    semoga dilimphkan kerahmatan Allah

    ReplyDelete
  11. Happy belated birthday CR.. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.. Aamiin..

    ReplyDelete
  12. semoga hidup cix renex lebih happening.
    yg indah-indah saje ye.
    and moga cix renex menjadi blogger yg beri manfaat kpd org lain :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.