Puteri Harbour Iskandar Puteri Johor Bahru

by - Wednesday, January 24, 2018


Puteri Harbour Iskandar Puteri Johor Bahru   Sebenarnya ini kisah tahun lepas tapi Cik Renex baru nak kongsikan pada tahun ini. Kira macam throwback zaman berzaman la namanya. Lama sangat duduk dalam draft makanya, mari lah kita tekan publish. Seperti biasa, bila ada cuti, CR akan ke Kluang Johor iaitu melawat rumah kakak CR yang terletak di bandar Kluang Johor. Jadinya, kalau ada masa memang kami akan berjalan ke Johor Bahru.

Plan kali ni adalah ke Puteri Harbour yang terletak di Iskandar Puteri Johor Bahru. Kali pertama CR pergi Puteri Harbour adalah pada tahun 2014 dan 2017 baru kembali semula. Mula-mula pergi sini pada tahun 2014 tu kami fokus ke indoor macam Cafe Lat, Hello Kitty dan pelbagai lagi. Tapi just jalan kedai luar je,tak masuk dalam. hee.

2017 ni pulak bersiar-siar ke luar pula sebab sebelum ni ada pernah tengok kawan share gambar cantik di sini. CR bila tengok view cantik mulalah akan teringin nak pergi jugak; CR memang seorang "viewhunter". Asal nampak tempat cantik, memang takkan lepaskan peluang untuk bergambar. :) Siapa macam ni kita geng!



Puteri Harbour Iskandar Puteri

Menarik tak arca LOVE di atas ni? CR saja malas nak selfi di love memandangkan CR single. Haha. Sebenarnya arca-arca ini dibina sempena Program Iskarnival Sama-Sama yang berlangsung pada penghujung 2016. Arca yang dibuat daripada buluh yang dibuat oleh artis dari negara kita dan ASEAN dengan bermatlamat mempromosikan buluh sebagai bahan yang mampan dan serba boleh bagi reka bentuk atau bangunan, selain mempamerkan bakat kreatif dari rantau ini.

Puteri Harbour Iskandar Puteri

Yang ni pun nampak unik. Ada banyak lagi sebenarnya arca disitu tapi CR tak ambil gambar semua. 

Puteri Harbour

Bila tengok arca ni macam bentuk tikus kan. Tak berapa seni sangat mata CR nak tengok bentuk dia ni. hehhe


Ni pula himpunan buluh-buluh. Haha. Boleh la main cak-cak disitu kan. Masa CR datang sini kebetulan hari Sabtu. Ramai pasangan pengantin photoshoot disini. Memang tak dinafikan memang cantik di sini. Sebab tu ramai yang datang sini, seronok lak tengok orang photoshoot gambar kahwin. 


Puteri Harbour Iskandar Puteri
Tengok la pulak tuan belog berposing dalam buluh ni. Gambar-gambar juga, tapi hati-hati yer.

Puteri Harbour Iskandar Puteri


Ini kisah tahun lepas, tahun ni tak pasti masih ada lagi ke tak arca-arca ni. Nak tahu ada ke tak, korang kena la jenguk jugak ke sini. 



Baca ini juga:

1. Forest City Johor Bahru
2. Laman Kreatif Kluang
3. Pantai Air Papan

You May Also Like

9 comments

  1. wow banyak arca menarik kat situ, yang kelakarnya bila CR kata tikus tu. aira pandang lama sebab dekat mana bahagian tikusnya? sebab aira lagi tak berseni, tak nampak apa-apa bentuk. haha. and pastu, kat sini rupanya buluh2 tu.. selalu jgak tengok gambar macam tu. hehe tq sharing! :D

    ReplyDelete
  2. masa pergi dulu tak ada lagi arca ni, menarik!

    ReplyDelete
  3. cantiknyaaaaaaaaaaaaaa! yang last gambar tu macam dekat korea. ada pokok pokok rapat tu. boleh photoshoot jugak kan kat situ :D

    ReplyDelete
  4. Cantiknya tempat nie, memang sesuai untuk dibuat outdoor photoshot, kan..

    ReplyDelete
  5. Wahhh macam menarik! Nanti saya sampai johor boleh singgah sini! :)

    ReplyDelete
  6. Arca-arca tu menarik. No wonder ramai org ke sini setiap petang. Yg best free je nak masuk sini kan.

    ReplyDelete
  7. tak sangka ada arca pelik2 macam ni kat malaysia ya. hihihi

    ReplyDelete
  8. serius cntik tempat ni CR!! nak pergi jgkkkk. plis bwkkan. haha

    ReplyDelete
  9. Cantiknya arca yang di kreatif tu.. View gambar pun sangat lawa tu..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.