Nour Ain Beauty Care

by - Wednesday, January 10, 2018



Nour Ain Beauty Care | Assalamualaikum dan Hai. Siapa disini mengalami masalah kulit berminyak dan jerawat? Cik Renex mengalami masalah ini lamaa dah sebab memang dari duluuu memang jenis kulit diri ini berminyak dan akan ada jerawat yang tak pernah segan silu untuk singgah di dahi dan pipi. Sedih kadang-kadang tu.

Nour Ain ni memang jalan terakhir CR setelah pelbagai skincare yang CR cuba. Sebenarnya banyak jugak skincare CR cuba dan ada yang tak okay. Malah makin teruk dan tinggalkan parut jerawat. Bila cuba produk ni baru lah okay sikit dan jerawat tetap kuar tapi berkurang dari biasa lah.

CR dah guna NourAin ni since 2016 sehingga sekarang. Alhamdulillah okay untuk CR tapi tidaklah flawless sangat , jangan tertipu dengan gambar yang CR upload di laman sosial Facebook dan Instagram. CR takdelah seflawless sebegitu rupa, penuh dengan jerawat dan parut jerawat sana sini.

NourAin Beauty Care

Kalau yang masih belum kenal atau tahu apa itu Nour Ain , meh sini CR share sikit hasil dari research di google.Nour Ain sebenarnya adalah produk tempatan yang kilangnya berada di Sungai Petani Kedah. Jadi jangan risau atau ragu-ragu.

NourAin Beauty Care sebenarnya produk yang berasaskan herba-herba terpilih yang mampu menyihatkan kulit wajah serta mengembalikan seri wajah yang hilang berpunca daripada kulit rosak. Herba-herba terpilih yang terdapat di dalam produk Nourain, menjadikannya produk yang berkualiti tinggi yang mampu memberi kepuasan yang maksima kepada para penggunanya. Sangat berkesan untuk kulit normal dan kulit yang mempunyai masalah jerawat serta jeragat.

Ciri-Ciri Product NourAin

* Beraskan Herba-herba terpilih
* Mengandungi vitamin C
* Sesuai untuk semua jenis kulit
* Tiada berlaku pengelupasan
* Memberi Keseimbangan kelembapan pada kulit
* Menyerikan kulit wajah
* Sesuai untuk lelaki dan wanita

Produk Nour Ain telah didaftrakan dengan KKM:

1.Nour Ain Beauty Soap (Not120503661k)
2.Nour Ain UV Foundation (Not10903959k)
3.Nour Ain Night Cream (Not120506492k)
4.Nour Ain Facial Toner (Not120905482k)
5.Nour Ain Vit-C Serum (Not120503660k))
6.Nour Ain Multi-V Cream (Not120600653k)
(sumber google)


Banyak kan produk dari Nour Ain ni tapi CR tak pakai semua , CR pernah pakai sabun dan foundation dia. Tahun ni baru nak cuba serum dia. Jom kita tengok apa yang ada dalam setiap produk dia.

NourAin Beauty Care

Nour Ain Beauty Soap

Sabun ni produk pertama yang CR pakai sehingga kini. Dulu packaging sabun ni lain, sekarang dah upgrade makin kemas. :) Senang nak simpan sabun tu bila dah potong kecil-kecil.

Nour Ain Beauty Soap

Kandungan : Water,Cocos Nucifera Oil,Olive Oil

Berikut merupakan kebaikan sabun NourAin ni:

  1. Bertindak sebagai agen pembersih
  2. Menjadikan kulit yang gebu dan lembut
  3. Penggunaan yang berterusan akan meredakan pertumbuhan jeragat dan jerawat
  4. Meresap jauh ke setiap liang roma untuk menyinkirkan kotoran yang terpendam
  5. Mengawal penghasilan melamin agar kulit cerah berseri
  6. Sesuai untuk lelaki dan wanita,remaja dan dewasa

NourAin Vit-C Serum

NourAin Vit-C Serum

Berikut merupakan kebaikan Vita-C Serum ni:

  1. Bertindak sebagai perawatan terapi pada kulit
  2. Mampu mengatasi masalah radangan kulit
  3. Menyediakan vitamin C semulajadi pada kulit yang tidak bermaya
  4. Kulit menjadi lebih anjal, tegang dan lembap,bebas dari garis halus dan kedutan (anti penuaan,tanpa suntikan)
NourAin Vit-C Serum


NourAin Vit-C Serum

Cara penggunaan Vita-C serum pun amat mudah. Hanya perlu titiskan beberapa titis pada tapak tangan, sapukan pada kulit yang bersih pada seluruh wajah dan leher, Biarkan beberapa saat hingga meresap pada seluruh kulit sepenuhnya. CR guna sebelum pakai makeup pergi kerja dan sebelum tidur.

Harap sangat kulit CR makin elok sebab liang pori CR jgak besar dan juga masalah whitehead yang selalu singgah di hidung tu. Stghesss ase. Lagi-lagi ada masalah emosi tahun lepas, memang makin rancak jerawat dan whitehead keluar gara-gara hormon tidak stabil. huhu. Doakan kulit CR makin sihat yer!

You May Also Like

16 comments

  1. Moga mendapat kesan yang positif...

    ReplyDelete
  2. Hana lepas spm barulah jerawat terhegeh-hegeh nak keluar... pelik,pelik...

    ReplyDelete
  3. Roomate saya dulu pakai NourAin ni, haha, dia pernah bagi try sabun tu sbb kesian tengok muka mai breakout teruk masa tu. Memang best pakai.

    ReplyDelete
  4. IQ sekarang dah risau nak guna skincare sejak pakai satu produk tu tempoh hari. tapi kesannya, lepas kulit menggelupas habis, kulit jadi licin benau, hehehe

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah akhirnya ada produk serasi dengan kulit reen. Memang kena try and error sebelum jumpa yg sesuai. Ana pernah juga dgr produk NourAin ni. Boleh pakai dgn selamat sebab dah ada kelulusan KKM kan.

    ReplyDelete
  6. Mama suka tgk color Dan packaging dia

    ReplyDelete
  7. Dulu pernah pakai Nour Ain ni. Bukan main ye packaging dia sekarang advance heheh.

    ReplyDelete
  8. nak cantik kena berkorban kan sis heheh try and error tu pasti.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.