Lirik Lagu OST Kekasih Paksa Rela [Dia -Qody]

by - Thursday, January 11, 2018

ost kekasih paksa rela
"Terpaksa mencintai, Terlanjur Menyayangi"

Lagu OST Kekasih Paksa Rela Dia - Qody | Siapa di sini layan drama tv3 yang bertajuk Kekasih Paksa Rela? Cik Renex mula-mula taknak layan drama ni takut terminat dan nanti mulalah asyik tertunggu-tunggu je drama ni. Tapi apakan daya, disebabkan hero adalah hero pujaan daku iaitu Remy Ishak, terus tengok dari episod 1. 

Drama ni bagi CR dari awal-awal episod dah best. Maybe sebab faktor hero jugak dan heroinnya sangat lah kecil molek orangnya dan comel. Lakonan Remy Ishak dan Intan Najuwa memang menjadi walaupun baru pertama kali digandingkan bersama-sama.

Jom kita tengok sedikit sinopsi drama Kekasih Paksa Rela ni.

Drama ini mengisahkan pasangan suami isteri Adham (Remy Ishak) dan Rosnaida (Ain Edruce) yang bernikah selepas mereka tamat belajar. Perkahwinan mereka ditentang keras oleh bapa Adham iaitu Datuk Azman (Jalaluddin Hassan).
Adham cuba memulihkan hubungan Rosnaida dengan bapanya, tapi Rosnaida ada sikap keras kepala sehinggalah dia buat keputusan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat, kononnya tak tahan dengan sikap mentua.
Selepas tiga tahun Rosnaida tidak pulang ke tanah air, Adham terserempak dengan Hanan Khaira (Intan Najuwa) yang masih melanjutkan pelajaran, tapi terpaksa menjaga bapanya yang sakit. Disebabkan ibunya, Suraya (Emelda Rosmila) menjalin hubungan sulit dengan Yusman (Fizz Fairuz), Hanan dipulau keluarga dan jiran.
Adham menawarkan sejumlah wang kepada Suraya dan Yusman kononnya mahu mengambil Hanan bekerja. Hanan dijaga dengan baik dan meneruskan pelajarannya.
Bagaimanapun, bagi mengelak fitnah, Hanan terpaksa bernikah dengan Adham. Lagipun, mereka mendapat tahu Yusman mahu menjual Hanan kepada bapa ayam.
Selepas bernikah, Adham tidak melayan Hanan sebagai seorang isteri. Dia bernikah atas dasar simpati, tetapi Hanan berusaha untuk memenangi hati Adham bagi membalas jasa baiknya.

Dan seperti biasa,aku suka dengar lagu yang menjadi runut bunyi atau OST sesuatu drama. Kali ni, lagu nyanyian Qody Mentor yang menjadi pilihan aku untuk menjadi lagu fav kali ni. Mula ingatkan lagu dari negara seberang, rupanya lagu kita. Memang best bagi CR. Jom layan video dan lirik lagu Dia nyanyian Qody ni.




Lirik Lagu Dia – Qody

Rebah Hati menemankan cinta yang kembali
Merelakan Hati yang pernah dilukai
Tak Mahu ku kenang tak mahu ku berserah
Biar Perih pergi tinggalkanku

Kini Aku ada dirimu
Yang Selalu bersama
Dengan Harapan kau jagakan
Diri Ini

Tetapkanlah Dengan ku
Tetapkanlah Dirimu
Menyayangiku Selamanya

Dia Yang setia
Dia Yang ku cinta
Dia Yang melengkapkan
Cintaku Seadanya

Dia Lah penawar hati ini
Yang Akan ku miliki
Hingga Akhir hayatku


Selain lagu Dia ni, OST drama Kekasih Paksa Rela ni adalah Lagu Pasti nyanyian Cherpen Band, Cincin di Jari nyanyian Jamiel Said, dan banyak lagi sebenarnya. Semua best lagu tema dalam drama ni yang menjadikan kita terfeeling jugak masa tengok setiap scene tu sebab kena je lagu tu dengan sesuatu scene tu.

Tak sabar nak tengok cerita ni minggu depan pulak sebab Pakcik dah sayang dengan Hanan Khaira. Suweett sangat pakcik dalam ni yang membuat CR tersengih-sengih layan drama ni. Harapnya Hanan takde pape lah kan dan jangan lah bagi Rose tu terserempak dengan diaorang. huhu..


Siapa peminat drama ni? Kita geng. 

You May Also Like

14 comments

  1. Ana terlayan episod malam td. Tetiba rasa mcm makin lawa si remy ni. Padahal dulu biasa2 je. Haha. Scene malam td lawa giler dkt belitung kan. Rasa mcm nak ke sana pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia macam kurus skit.huu..
      aah belitung. cantikkkk sangat2 tmpt dia ana.
      pleasee nk follow jgak p sana.jee

      Delete
  2. byk ost dlm darama ni..suka lagu PASTI

    ReplyDelete
  3. Hero mmg hensem ya ampun, hahahaha.

    ReplyDelete
  4. Wah inilah dia ost drama yg tengah hangat diperkatakan~ hehehe gituw! ^^ salam jumaat sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sbtu dik! hee ada lagi lagu lain yang best2 utk drama ni ;)

      Delete
  5. Akak pun layan jugak drama nie gara-gara terpengaruh dengan hubby.. Mulanya takdelah layan sangat tapi bila hati nie nak tahu selanjutnya, tue yang tertacap kat tv tue.. Adoii.. kuat sungguh godaan daripada hubby.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee. bgus hubby akk lyn drama ni. dia suka la tu jalan citer ni kan tu layannn.hehehe..

      Delete
  6. najuwa ni blogger jugakkan tp dah takaktif. suka cite pasal pakcik remy jurr. hahahaha

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.