Sunday, January 21, 2018

Idea Bilik Menjahit Idaman


Idea Bilik Menjahit Idaman   | Sesungguhnya memang dalam wishlist nak ada ruang untuk bilik menjahit. Bila dah ada, senang untuk kemaskan dan asingkan barang-barang menjahit mengikut jenis barang. Sekarang CR tiada bilik menjahit hanya menjahit di dalam bilik tidur CR je. Ianya mudah sebab CR menjahit guna mesin menjahit portable makanya ia tidak memakan ruang yang besar.

Namun begitu, CR tetap angankan bilik dan ruang sebegini rupa yang CR akan kongsikan bersama anda sebentar lagi. Oh lupa nak bagitahu yang CR memang menjahit bantal hiasan dan keychain. Jadi memang perlukan ruang ni sangat2. Nak tengok contoh hasil kerja CR boleh klik SINI.

Jom kita tengok contoh idea bilik menjahit yang dikongsikan di Facebook. Semua nya cantik2.


Idea Bilik Menjahit Idaman 

bilit menjahit
CR dah lama mencari board belakang tu. Siapa tahu ada jual di mana yer. Tak ingat pula nama board apa tu. Senang nak gantung barang menjahit nanti contohnya gunting, note order customer, benang dan pelbagai lagi.

bilit menjahit

bilit menjahit
Kreatif sangat dengan gunakan badan mesin jahit lama,kita hanya perlu cat bagi nampak baru. :)

bilit menjahit
CR berkenann dengan pin besar yang kat dinding tu. Rare!

bilit menjahit
Ini pun nampak nice.Tak terlalu sarat.

bilit menjahit
Nampak tak rak benang di dinding tu? CR dah jumpa di Lazada, harga dalam RM50lebih tetapi CR tak beli lagi sebab rasa macam tak sesuai nk letak luar benang tu. CR nak cari macam rak berlaci untuk benang dan bobbins baru nampak kemasa. 



Dan bawah ini adalah yang menjadi Favourite Cik Renex. Senang nak letak kain dalam laci tepi tu. Lebih tertutup dan nampak kemas. Tepi tu board yang CR cari tu. Ada sape2 tahu nama dia inform ea, lupa dah namanya.



Jangan lupa singgah Instagram @Bycikrenex untuk dapatkan bantal hiasan untuk dihadiahkan pada yang tersayang. :)




8 comments:

  1. Cantik. Kalau gini rupa duk dalam bilik jahit berjam pun tak kisah. Mood pun ON je :)

    ReplyDelete
  2. wah sis suka menjahit ye? tahniah sis :D azah tak suka menjahit. haha. ada satu mesin jahit kat rumah diam diam je dalam stor :P

    thank you join bloglist azah. azah dah letakkan list blog sis di ruangan sidebar blog. done follow sis renex :D #689

    ReplyDelete
  3. Semua comel!! ^^ tapi yg last tu super comel bagi Hana sebb ada bunny! ^^

    ReplyDelete
  4. Cantik-cantik design bilik tu CR. Suka yang 1st , 3rd and 4th tu je. Board tu kite pun tak taw sangat mana nak carik. hihi

    ReplyDelete
  5. Cantik dan kemas, sukanya Husniey tengok! Ni kalau dapat dekorasi macam ni tenang je nak buat kerja

    ReplyDelete
  6. mek vote untuk gambar yang pertama.
    macam yg tu paling simple dan selesa.

    ReplyDelete
  7. Nama nye peg board

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.