Pengalaman ambil Lesen Memandu Kereta

Lesen
[Sumber]

Pengalaman ambil Lesen Memandu Kereta | Assalamualaikum dan Hai pada anda yang sedang membaca entri ni. Dah breakfast ke belum tu? CR belum lagi ,ada yang nak belanja tak? hehe. Kenapa tiba-tiba CR nak bercerita pengalaman ambil lesen yang dah berkurun lama tu?? Ini disebabkan masa rehat semalam CR ke Triang ada hal untuk diselesaikan. Masa tengah syok-syok feeling memandu kereta depan brek mengejut. Ingatkan kenapa lah, CR fikir mungkin ada lori yang slow. Bila tengok-tengok semula,rupa-rupanya ada ujian memandu depan tu. Lupa yang hari ni Khamis, sebab masa CR test JPJ memang akan dilakukan pada hari Khamis.

CR dapat bayangkan perasaan yang dialami oleh driver tu sebab En. JPJ ada disebelah kan. Kereta tu sampai dah masuk lorong bertentang sedikit dan CR yang dibelakang pulak risau dengan cara pemanduan driver tu.

Gaya cakap macam lah CR terer sangat drive kan padahal masa kena test JPJ dulu,nebesss macam tu jugak. 😂 Cuba teka berapa kali CR buat ujian JPJ baru lulus?


Jawapannya adalah sebanyak TIGA kali baru lah En. JPJ meluluskan CR. Ujian untuk bukit,tiga penjuru dan parking sekali je terus LULUS. Dengan En JPJ untuk ujian atas jalan tak lulus.

Ujian pertama , macam biasa memang buat semuanya. Pakai seat belt, betul cermin sisi dan pandang belakag dan drive la ke Triang macam biasa. Bagi Cik Renex okay dah rasanya sekali bila sampai dia cakap Tak Lulus. Kecewa rasanya. Dekat situ ada beberapa yang CR tak buat seperti pandang cermin sisi masa nak masuk simpang, ikut terlalu rapat dan ada lagi la,tak berapa ingat.  Bila abah datang jemput tanya lulus ke tak, hanya mampu wat muka kecewa je. Marah jugak arwah abah masa tu. huhu.

Jadi, CR ambil ulangan untuk kali kedua. Nak dijadikan cerita GAGAL juga lagi. Disebabkan salah CR sendiri. Masa dekat dengan traffic light ,lampu da tukar kuning tapi CR boleh drive lajuu sebab nak cepat. Haha. Lepas tu baru teringat yang sebelag kita ni ada JPJ. Dia pandang CR, CR pandang dia. Nak gelak ada, nak menangis pun ada sebab dah tahu confirm Gagal. 

Redha untuk ambil ujian Kali ketiga dengan En JPJ. Arwah abah marah betul sebab dua kali failed. Ampun abahhh. So kali ketiga ni memang buat bersungguh-sungguh dan Alhamdulillah lulus. Mula-mula nak tipu dekat abah tapi abah dah boleh agak sebab dari jauh CR dah sengih2. 

Dan Patutlah arwah abah suruh cepat-cepat ambil lesen sebab lepas sebulan CR lulus, arwah abah meninggal. AlFatihah.  Sepanjang CR drive dah dua kali mengalami kemalangan. Pertama kena langgar di parking Megamall Kuantan dan kali kedua CR yang sondol kereta akak CR semasa nak reverse keluar parking. 

Begitulah pengalaman CR dengan kereta dan sejarah ambil lesen. Awak pula?


10 comments

  1. Ana alhamdulillah sekali jalan je amik lesen. Tp lama juga belajar kereta tu. Adalah dalam 2 3 bulan. Mula2 belajar bawa kereta semua divider dlm driving school tu ana naik. Haha. Tu yg lama kena belajar sblm duduk ujian. Haha

    ReplyDelete
  2. Rabia dah ada lesen kereta.tapi jarang2 sgt bwk kereta sebab takut :) tapi kena bawak jugak kalau ada kecemasan kan.susah jgk kalau xbwk nanti

    ReplyDelete
  3. Ain dua kali baru lulus. First time test, terturun dari bukit sebab tersilap teknik tak tekan minyak dulu sebelum lepas hand break. Hihihi. Ain plak dah tiga kali langgar kereta org lain. Nasib baikla x laju. Huhu

    ReplyDelete
  4. semoga semua urusan dipermudahkan lepas ni. in shaa Allah.

    ReplyDelete
  5. Husniey dulu pun 3x baru lulus, haha kat tempat Husniey ni jpj sangat strict.. Ada satu cara nak lulus mudah.. Ramai yang terpaksa buat 'cara mudah tu' sebab taknak buang masa banyak kali ambik test

    ReplyDelete
  6. Sha pun tak lulus ujian jalan.. Lupa turunkan handbrek.. Sha amik dua kali.. Pengalaman kan CR.. Sha pun pernah kemalangan juga...

    ReplyDelete
  7. Hahaha, alhamdulillah dah lulus. Memang pernah fail jugak skali, bila dah lulus ALLAH je tahu betapa happynya rasa dekat hati :)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah busyra lulus dan dah habis lesen P.. tp kena denda sikit haritu sbb lambat renew lesen. haha. busyra time amek lesen dulu kena dgn JPJ prempuan.. alahai kerek jugak. tp nasib dia bg lulus.. hehe

    ReplyDelete
  9. dah ada lesen senang la nak ke mana-mana... hehe... tahniah...

    ReplyDelete
  10. Tahniah atas pencapaian anda. Bukan mudah tapi kamu sudah Berjaya!

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex