Tukar template blog hobi Cik Renex

by - Thursday, November 02, 2017

Assalamualaikum dan Hai



Tukar template blog hobi Cik Renex | Siapa disini yang perangai dan hobi dia macam daku yang suka tukar baju blog dia? Cik Renex memang dari dulu suka tukar template. Masa sebelum diperkenalkan dengan responsive template lagi lah kerap tukar. Blog CR dulu guna template classic dari website Blogskins. Masa tu gigih edit satu-satu code dia dan belajar tutorial dari blogger lain. Berpinar mata tengok coding tapi seronok.

Dan akhirnya awal tahun baru ni blog CR tukar kepada responsive dengan bantuan blogger cantik manis Noor Maizan atau dikenali dengan nama Mayy Jie. Masa mula-mula tukar memang zero bila tengok coding template tu dan memang tak berani nak ubah pape melainkan tambah gadjet. Baca sini https://renex89.blogspot.my/2017/01/blog-bertukar-dari-simple-ke-responsive.html

Selepas beberapa bulan, CR mula terasa teringin nak cuba template lain. CR try tukar template kat blog baru CR iaitu blog bisnes CR. Lama-lama baru reti tengok code2 dia tu tapi ada juga tanya blogger2 lain. Nak tengok blog bisnes CR klik link ni ye. http://bycikrenex.blogspot.my/ . CR guna template yang simple je untuk blog tu jemputlah tengok ye.

Bila dah reti sikit barulah CR tukar template untuk blog personal ni pulak. Tu pun tak ubah apa sangat pun,cuma CR tukar warna utama dan juga buang gadjet yang taknak je. Kiranya ni baju baru untuk blog sempena tahun baru la kan. :) Nak tukar warna tu pun guna kaedah try and error. Banyak error dari menjadi. Huhu.


responsive templates

Header yang pakai sekarang ni design dari Mai, memang tak plan nak tukar lagi sebab dah rasa okay dan cantik header ni. :) Thanks Mai.


CR selalu gunakan dua website ni je untuk tukar layout iaitu Sora Templates dan Gooyaabi Templates. Blog sekarang CR ambil dari Sora Templates untuk blog bisnes dari Gooyaabi Templates. Senang je nak guna templates tu dan ada yang berbayar dan ada yang percuma. CR guna yang free je jadi nak edit memang limited sedikit lah. Edit mana yang boleh je.  Cari je template yang berkenan dan download. Kemudian upload je di blog kita.


Tapi CR ada baca yang kerap tukar  template boleh efek pada PV blog kita. Tapi apekan daya, daku ini cepat bosan tengok template tak bertukar. Tak pun mungkin lepas ni tukar2 warna jer baru nampak kelainan kan.

Jadi, awak awak yang tengah baca ni ada tak perangai macam cik renex ni? 

You May Also Like

14 comments

  1. Samalah..cuka kak PC kalau nak tukar kena betul-betul bersedia...tenang...kalau tidak kelautan nanti jadinya..

    ReplyDelete
  2. rajin nya dia..cik nor klu godek2 blog bukan mkn cantik..lagi hancur adalah..haha

    ReplyDelete
  3. Samalah Ira pun macam tu sebelum ni hehe. Tapi sekarang dah insaf sejak terbeli template berbayar. Kalau tak tiap bulan asyik baju baru je lepastu pening sendiri nak edit hahaha

    ReplyDelete
  4. tetiba dpt ilham. asa mcm nk tukar template blog jugak

    ReplyDelete
  5. Mcm nak tukar juga tp byk nak kena take into consideration. Tgk mcm mana nanti. Hehe.

    Kemas dah ni reen. Tak serabut ana tgk.tahniah ye.

    ReplyDelete
  6. cantik dah blog ni reen .. stop lah nak niat nak tukar tu. akak baru sekali tukar hii

    ReplyDelete
  7. Amer pun teringin nak tukar2 template tpi tak jumpa yg berkenan di hati hahaa

    ReplyDelete
  8. samalah dgn rabia.suka tukar template..godek2 coding.

    ReplyDelete
  9. hehe, sama la, tapi IQ takut nak tukar risau PV dan UV jatuh jugak, sebab template kne cari yang SEO baru produktif..

    ReplyDelete
  10. Husniey pun suka try and error tukar template.. Tahun ni banyak kali jugakla duk tukar.. Yang ni dah macam cantik CR, tak loading lama pun..👍🌸

    ReplyDelete
  11. Tak pe, ubah selera dan sambil tu boleh belajar coding juga... nice template...

    ReplyDelete
  12. Siqah pun ada baca gak orang kata kalau selalu tukar template boleh bagi kesan pada PV. Tapi tu lah, nak jugak tukar template. Boring gak tengok template sama je. Sekarang Siqah tengah cari template baru gak :D

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.