Idea hadiah untuk hari pertunangan sahabat

by - Thursday, November 30, 2017

Assalamualaikum dan Hai

Idea hadiah untuk hari pertunangan sahabat Cuti sekolah telah bermula, pastinya hujung minggu kita akan dipenuhi dengan jemputan kenduri sama ada sempena hari pertunangan atau perkahwinan. Sememangnya cuti sekolah akan menjadi pilihan untuk membuat majlis keraian kerana pada ketika itu sanak saudara mempunyai masa terluang sikit berbanding hari biasa.

Hujung tahun ni juga aku juga menerima beberapa jemputan kenduri dan ada salah seorang sahabat aku akan bertunang. Jadi, dalam fikiran aku nak hadiahkan apa ye sempena hari bahagia sahabat aku ni? Eh ingat kahwin je ke boleh bawa hadiah, masa tunang pun boleh jugak. Mesti sahabat kita akan teruja dengan hadiah yang kita bagi selain dari doa.

Jadi aku mencari-cari juga idea hadiah apa yang nak hadiahkan pada sahabat aku yang sorang tu. Aku teringat mengenai satu website ni iaitu Printcious yang memudahkan kita untuk mereka hadiah khas dan boleh customize sendiri design apa yang kita nak.

printcious
https://www.printcious.com/my ]


Mana-mana yang belum tahu apa itu Printcious meh sini aku nak kongsikan sedikit. Ianya satu website yang membolehkan kita mereka pelbagai hadiah untuk dijadikan hadiah mahupun untuk kegunaan diri sendiri. Pelbagai barang yang kita boleh buat seperti contoh di gambar atas. Antaranya adalah Grafik Tshirt,  Mug, Magic Mug, Bantal , Casing handphone, puzzle gambar, keychain, kanvas, tote bag dan pelbagai lagi.

printcious


Printcious juga telah memudahkan kerja kita dengan memberi contoh design untuk setiap majlis keraian sebagai contoh majlis hari jadi, perkahwinan , pertunangan, hari kekasih, Hari Ibu, Hari bapa dan sebagainya.

printcious
https://www.printcious.com/my/gifts/occasions/engagement

Jadinya, aku ingin mencari hadiah sempena pertunangan sahabat, jadi aku hanya tinggal klik bahagian engagement occasion. Klik Gift-Occasion- Engagement. Bila kik engagement (pertunangan) , akan keluar idea untuk contoh hadiah yang paling terbaik untuk kita hadiahkan pada sahabat kita.

CONTOH HADIAH DARI PRINTCIOUS UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN

1. PUZZLES/CANVAS/BANTAL

printcious

2. TSHIRT (GRAPHIC TEE)

printcious

3. MUGS

printcious
Untuk setiap barangan tu kita boleh customize design apa yang kita nak.  Aku ingin hadiahkan puzzle kepada sahabat baik aku tu. Nampak lain dari yang lain sikit , hehe. Bosan-bosan boleh leraikan puzzle tu dan cantum semula.  

Langkah pertama adalah kita klik size yang kita nak tempah untuk puzzle kita tu samada size A5 ke A4 ke. Dan kemudian kita akan klik "Start Designinng". 


Akan keluar macam ni, jadi kita hanya perlu tambah gambar dan ayat-ayat yang kita nak letak diatas puzzle tu. Aku akan letak gambar kawan aku dan tunang dia, baru lah cantik puzzle tu nanti. Kalau bosan-bosan tengah dating boleh la mereka main puzzle tu.


Mudahkan? Jadi,kalau nak tempah boleh ke website Printcious. Selamat mereka hadiah yang cantik2.

“Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”






You May Also Like

8 comments

  1. rasanya puzzle memang sesuai kot hehe kalau nak menang voucher dari printcious boleh join ga kat blog sha :D

    ReplyDelete
  2. aah bagusnya beli dari printcious untuk hadiah pertunangan, mesti kawan happy :D

    ReplyDelete
  3. untungnya kawan tu.Moga murah rezeki CR..

    ReplyDelete
  4. Comel kan semua hadiah2 dkt printcious ni. Ana sampai 2x order dkt sini.

    ReplyDelete
  5. saya pun order puzzle jgk utk kwn. hehehe sbb nampak unik.
    bagi kat dia dalam keadaan berterabur, nti pandai2lah dia susun sendiri.. huhuhu

    ReplyDelete
  6. Boleh design sendiri memang best.. Dan juga satu kelainan buat yang menerima hadiah tu..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.