Cover Photo Facebook Cik Renex

by - Thursday, October 26, 2017

Assalamualaikum dan Hai

Cover Photo Facebook Cik Renex | Masa mula-mula facebook update baru dan wujudnya cover photo memang tak suka. Sebab nampak serabut tapi lama-lama  seronok je sebab boleh tukar-tukar cover photo. Bagi CR cover photo penting juga untuk memperkenalkan siapa kita selain di ruang About Me. 

Selain itu ,ianya memudahkan orang yang tak friends dengan kita tahu kita siapa serba sedikit sebab kita dah letak info dalam cover photo tu. Bagi orang bisnes lak, cover photo boleh dijadikan satu platform untuk mempromosi barang-barang jualan kita kan.

CR dari dulu memang suka edit-edit gambar tapi edit yang biasa-biasa aja kok. Bukannya edit yang luar biasa. Makanya, kali ni CR nak kongsikan pada anda semua contoh cover photo timeline Facebook yang berjaya di edit oleh CR sendiri. 

Amaran: Entri kali ni sarat dengan Gambar. *Warning*


Cover photo
 Cover photo yang pertama CR edit tahun 2011 kot. Edit dengan mengguna Photoscape. Masa tu tengah pro sangat dengan Photoscape,sekarang dah lupa dah. Huhu. Quote dalam gambar siap untuk all my friend tuu. Rasanya ni disebabkan rindu dengan member2 zaman uni dan kebetulan masa tu dah sibuk dengan kerja di pasaraya. Jadi takde masa nak contact kawan2. Tu kuar ayat diatas tu. 😅

CR memang suka buat CoverPhoto dengan ayat-ayat jiwang. Kalau tak jiwang,bukan Cik Renex lah tu. 


"Ouh. Cik Renex ada belog. Ini dia websitenye" . Hahaha. Kelakar je ayat zaman muda mudi.  


"It takes someone very special to help you forget someone very special"
Ni quote dari arwah abah. Abah tulis dalam album dia masa zaman muda2 dia. So jiwang la abah. 😊❤ Alfatihah. Suka dengan kartun tu tapi semua gambar dah hilang. Kena cari semula. 


Cover photo seterusnya jiwang lagi. 😝😍


Ayat jiwang lagi. Layankan la. Siap edit tulis "Nama Glamer". Omg.



Dua-dua cover photo ni ada doodle yang sama sebab Cik Renex menang giveaway di blog. Hadiahnya adalah doodle ni. CR pun dah lupa blog mana,lama sangat dah.



Dannn ini adalah cover photo favourite CR. Lama guna yang ni. Dari 2013 sampai 2016 kalau tak silaplah. Dapat ni dari freebie di google. Comel sangat. Bila orang ada niat nak stalk Facebook kita pastu terbaca cover photo ni. Terus tak jadi stalk. 😄😝


Start tahun 2015 dah matang sikit cover photo sebab tengah fokus pada bisnes. Cover photo pun kena la promote bisnes kan. Start dari sini dah edit pakai picsart sebab lagi mudah dan cepat.  



2017 coverphoto promote blog dan bisnes craf sekali.  CR tak kreatif,pakai edit je mana yang suka. 


Dan akhir sekali ada cover photo timeline Facebook CR sekarang. Promote sekali blog dan bisnes. 

Sekiannn dari CR. CR edit semua ni dengan guna picsart dan awal2 tahun 2012 2013 je edit guna photoscape. Jadi, cover photo timeline FB korang pula camne? Suka letak macam ni atau gambar? Share la kat komen nanti ye. Thankss for reading!


You May Also Like

12 comments

  1. baguslah awak berbisnes..saya support awak..semua design cover fb awak cantik

    ReplyDelete
  2. wow kreatifnya hahaha saya letak gambar bunga je tapi yang sekarang pakai poster movie Neerja.

    ReplyDelete
  3. Bestnya ada nama samaran. saya takde ni, nak jugaaa..malas pakai nama sendiri nanti bos cepat detect hahaha.

    ReplyDelete
  4. Rajinnya reen tukar cover photo tu. Boleh nampak perbezaan dari yang pertama sampai skrg. Ana pun mcm reen kdg nak tergelak baca ayat masa muda dulu. Haha

    ReplyDelete
  5. cantik-cantik semua cover fb CR.. jeles taw!

    ReplyDelete
  6. cantiknya akak.. smuanya ada gaya tersendiri .

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.