Saturday, August 26, 2017

7 Cara mohon maaf dengan ikhlas

Assalamualaikum dan Hai.

Minta maaf
Owlie omey!
7 Cara mohon maaf dengan ikhlas | Kita sedar kita ada buat kesilapan dengan orang lain tapi kita terlalu ego untuk meluahkan perkataan maaf tu. Ego ni memang ada dalam diri kita. Jadi kita mesti ketepikan ego tu dan membuang rasa malu tu jauh-jauh dan memohon maaf. 

Bagi CR kalau CR ada buat salah dengan orang memang akan terus rasa serba salah dan tak senang duduk selagi tak minta maaf. Bila dah minta maaf dan orang tu dah maafkan baru lega hati ni. Jadinya kali ni, CR nak kongsikan cara untuk mohon maaf dengan seseorang dengan ikhlas. 



7 CARA MOHON MAAF DENGAN IKHLAS


1. Tentukan waktu yang tepat untuk memohon maaf. Kadangkala lebih cepat lebih bagus,tapi kadangkala adalah lebih baik meminta maaf apabila keadaan sudah semakin tenang.

2. Cara terbaik adalah face to face. Minta maaf dengan bersungguh-sungguh dan akui kesalahan.

3. Jika terlalu sukar untuk meminta maaf secara bersemuka,gunakan cara lain. Contohnya kirimkan kad. Katakan pada individu itu yang kamu memang terlalu takut untuk berhadapan dengannya. Jadi,kad itu dihantar sebagai pengganti diri.

4. Jangan gunakan perkataan yang memperlihatkan bahawa kamu seperti tak menyesal. Contohnya, " Saya melakukan salah.. tapi.." . Bila ada perkataan tapi tu seperti kita tidak setulus hati.

5. Tunjukkan bahawa permintaan maaf kita tulus dan keinginan kamu untuk memperbaiki hubungan memang kuat.

6. Kamu juga boleh cuba tanyakan pada orang yang kamu minta maaf,apa yang mampu kamu lakukan untuk dia memaafkan.

7. Akhir sekali,sabarlah. Tak semua permintaan maaf kamu bakal diterima secara mudah. Berikanlah waktu untuk mereka memaafkan.
Sumber : Remix


Dan jika seseorang tu memohon maaf dari kita pulak,jangan lah teragak-agak nak memaafkannya. Banyak kebaikkannya bila kita telah memaafkan seseorang tu. Antaranya ianya dapat mengurangkan kadar stress yang timbul disebabkan tidak memaafkan orang lain. Selalunya bila kita tidal memaafkan orang,kita akan mengalami masalah emosi seperti sakit hati,dendam , marah , benci, trauma, dan macam-macam lagi. Bila kita memaafkan jugak sebenarnya kita dapat membaiki hubungan silahturahim yang renggang.

Orang yang mudah memaafkan juga lebib disenangi dan mempunyai ramai kawan. Bagi yang pendendam pula lebih sukar membina hubungan kerana mereka terlalu emosi walaupun hanya perkara kecil yang terjadi.


Jadinya, kita harus lah saling maaf dan memaafkan orang bagi membantu penggembangan diri kita yang lebih positif. Kalau CR ada buat salah, CR minta maaf ye.  


8 comments:

  1. setuju dengan semua perkongsian CR. yup nak mintak maaf kenalah bersungguh2 kan. tu paling penting :) moga dapat melembutkan hati insan tersebut.

    ReplyDelete
  2. Saya lebih suka memohon maaf secara specific (sebut salah) daripada

    ReplyDelete
    Replies
    1. *daripada just cakap 'SORRY' tapi tak tau untuk apa.


      HAHAHA tak sempat komen habis tertekan publish.

      Delete
  3. hmm, yang penting tahu ap salah kita. jangan nk tegak benang yang basah. hihi

    ReplyDelete
  4. Ego selalu punca perbalahan jadi panjang. Tak salah malah dpt pahala kalau kita yg memohon maaf dulu. Hati pun jadi lebih tenang.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Wmbrth

    Salam hari isnin cik renex

    kita dah minta maaf selebihnya Allah yang bantu bukakan hati orang tu

    ReplyDelete
  6. setuju dengan semua points. hidup nak harmoni, ego kena buang jauh2. kita bukan manusia sempurna, mesti ada buat salah silap jgak on off. jadi meminta maaf dan memaafkan lah jalan terbaik utk hati tenang. :)

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan semua points terutama no 2. Kalau minta maaf, lebih elok face to face. Kadang2 malu nak mengaku salah tapi lebih elok mengaku daripada nanti duk pendam dan hati tak tenteram.

    Minta maaf adalah jalan paling baik untuk menjernihkan keadaan :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.