Pengalaman shopping di Sgshop Malaysia

July 11, 2017

Assalamualaikum dan Hai



Lamaaaaaaa sangat tinggal blog. Bukan sebab busy sebab media sosial lain CR update je. Mungkin mengalami simptom 'Blogging Slump'. Sekarang tengah memaksa diri update blog. Hee. IQ cakap kena membebel dalam entri baru lah entri panjang dan adseng sudi menerima lamaran blog ni. Tapi itu lah nak membebel dalam blog tak pandai kalau membebel luar blog boleh sebab itu memang selalu. Ok lah. Ini entri pertama CR untuk Julai 2017. Dah sebelas haribulan baru nak update. Memang bukan blogger tegar. 😑


Entri kali ni CR nak kongsi pengalaman membeli di SgShop Malaysia. Mana yang masih tak tahu SgShop ni adalah satu website yang membantu kita membeli barangan dari China. Website yang biasa tu ,Taobao tu dalam bahasa China memang tak faham la kita kan. Jadinya web SgShop Malaysia ni akan membantu kita membeli di website tersebut. Sebelum ni akak CR pernah beli baju guna website taobao tu tapi dengan bantuan kawan cina dia.

APA YANG CIK RENEX BELI?


Taobao
CR beli handbag yg comel ni dan 3helai baju.


Sebenarnya CR join satu GA di facebook,saja2 cuba nasib. Sekali ada rezeki menang. Dapat la kredit RM100 untuk shopping di SgShop. Banyakkk kan. Mula-mula memang nak simpan je RM100 tu sebabnya nak tunggu result GA yang kat IG lak. Sekali yang tu takde rezeki lak. Kalau dapat RM200 memang dah plan nak sambar apa kat web tu. Jadinya terus la beli guna kredit 100 yang menang GA kat FB tu. Banyak sangat barang-barang yang menarik minat CR sebenarnya tapi kena tengok budjet jugak. Dan,postage untuk sgshop adalah mengikut size dan berat. Make sure check betul2 berapa postage okay. Dan boleh pilih untuk guna postage yang mana satu. Ikot je step by step yang diajar oleh sgshop okay.

Berbalik pada barang yang CR beli. Handbag yang comel dan kecil tu CR pilih sebab memang minat design dia yang simple tapi smart bagi CR. Harga pun murah je . Nanti kalau CR dah guna,CR share gambar okay. Manakala tiga elai baju tu satu untuk CR ,akak CR dan adik CR. Untuk ma je tak tahu nak beli apa. Next time plak ye ma. Sepatutnya CR ada beli satu lagi barang tapi disebabkan barang tu tak de size untuk kereta CR makanya ,kena refund. Jangan risau,sgshop sangat mementingkan kualiti. Sebab kalau ada masalah dengan order kita dia akan direct sms kita dan emel. Cepat dan pantas. 2



Pada siapa yang belum daftar boleh klik link kat bawah ni. Cuba la survey2.kot ada yang menarik dan menawan hati.


http://www.sgshop.com.my/






Nanti CR balas kunjungan ye. Maaf sangat2 mana2 yang CR tak berbalas knjungan lagi. 


You Might Also Like

11 komen

  1. Comel sgt beg tu reen. Ana pun nak cr beg comel mcm tu.

    ReplyDelete
  2. wahhh, jangan lupa kongsi gambar yer.

    akhirnya dapat la baca entry reen panjang sikit. Dah nampak bakat bebel dekat blog tu, kena rajinkan untuk update blog setiap hari plak yer. hehe

    ReplyDelete
  3. ju pun dpt rm100 sg shop tu tp blm shopping lagi =D

    ReplyDelete
  4. kite pun menang sgshop shopping kredit..tengah tunggu barang sampai..naik kapal selam..lambat skit..mklum la shopping xhenggat smpai kna cas rm1** jgk la..hihi

    ReplyDelete
  5. Wah! sampai tiga helai sekali beli.
    Kenapa lipat tak puas tengoknya hiks!

    ReplyDelete
  6. Thanks cik reenex.
    Kalau tak baca tak tau tadi.

    ReplyDelete
  7. Siqah suka tengok handbag Reen. Cantik!! =) Suka warna merah. Hihi.

    Siap bagi link ye Reen. Macam memanggil siqah pergi jenguk website tu je =D

    ReplyDelete
  8. WAHHH,, bestnya.. CR pernah beli through Shopee.My tak?

    Kalau ada nak minta buat review jugak boleh.. hhihi

    ReplyDelete
  9. Beli jugak tapi belom sampai lagik.. borong baju anak jerk.. Hiks..

    ReplyDelete
  10. senang sekarang hujung jari saja..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Subscribe