Syawal 2017!

Assalamualaikum dan Hai.


"Tetamu datang tetamu pergi . Namun tak tiba orang ku nanti"
Rasanya belum terlewat lagi Cik Renex nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ampun maaf dipinta andai selamat kita kenal dalam dunia blog ni,ada yang terasa hati,terguris perasaan,tersentap dan macam2 ter lagi lah. Maaf zahir dan Batin ye. So camne dengan raya korang? Mesti meriah kan. Tahun ni kat kampung CR meriah berbanding tahun lepas. Mungkin turn balik kampung sini kot. Jalan raya pun sibuk sangat. Nak melintas jalan ke rumah mak sedare kat depan tu ambil masa lama gila. Tiba-tiba masa raya kampung boleh jem. Hehe.  Jom CR ringkaskan Syawal Pertama hingga ke Syawal ketiga.

1st Syawal

Kesayangan Cik Renex!
Tema tahun ni kami pilih warna hitam. Sebelum2 ni kami beli kain pasang sedondon,tapi tahun ni kemalasan nak hantar ke kedai jahit. Beli siap jer. Raya pertama ,selepas sembahyang raya baru lah mula salam2 mintak ampun. Kemudian baru g ziarah kubur arwah abah. Alfatihah. Tak lama lepas tu adik-beradik belah abah singgah beraya. Raya pertama kami hidangkan lemang,ketupat,rendang daging, nasi impit kuah kacang dah lontong. Lepas Zohor baru lah turn kami keluar beraya ke Sungai Kemahal rumah kakak Mak CR. Malam pun ada saudara datang beraya ke rumah. Sakan raya yer tahun ni.


2nd Syawal

Sepupuuuuuu

Raya kedua pulak macam biasa ada tahlil arwah di kubur. Kalau masa CR budak-budak dulu,memang rajin g tahlil kubur sebab dapat duit dari org sedekah tahlil tu. Ni dah besar malas da. 😊😁 Petang lepas asar baru gerak ke Triang 1 pulak. Pergi beraya rumah abang mak CR. Sepupu pun ramai dah berkumpul sana. Lepas isyak gerak ke Felda Sebertak pulak sebab saudara belah arwah abah CR buat BBQ. Dan2 pulak masa kami sampai elektrik terputus, blackout. Makan lah kami ala-ala candle light dinner. Hee.

3rd syawal

Geng bujang 2k17


Raya ke tiga pulak Intan ajak open house umah dia. Pergi lah kami berempat. Orang dah jemput kan. Rugi tak pergi sebab mak intan masak nasi minyak best gilerrr. Hee. Kami berlima ni memang tiap2 tahun beraya sama. Sebab kami je bujang lagi,yang lain ramai dah berkahwin. 

Jadi inilah rumusan selama tiga hari beraya. Hari ni dah start kerja okay! 😴


Siapa dah mula kerja harini? Kita geng!


21 comments

  1. Walaupun tak ramai tetap nampak meriah keluarga CR ni.. Pape pun selamat hari raya ye CR.. Maaf ye andai ada salah silap terkasar bahasa spjg kenal ni.. :)

    ReplyDelete
  2. Cantik juga warna hitam. Tema raya ana 3 tahun lepas tak silap.

    Selamat kembali bekerja reen.

    ReplyDelete
  3. Salam hari raya.
    Ada kuih lagi ke.

    ReplyDelete
  4. Kita tak berapa nak geng lah Reen sebab Siqah dah start kerja raya ketiga. Hehe.

    Best kan beraya!! Suka bab ambil gambar jugak. Sesi photoG je dah lama. Hehe..

    Best tengok gambar sepupu Reen. Akrab nampak =)

    ReplyDelete
  5. Kita start keje isnin ni..! hehe.. Selamat Hari Raya Cik Renex.. :3

    ReplyDelete
  6. "Tetamu datang tetamu pergi. Namun tak tiba orang ku nanti."

    Tunggu saya ke sana.

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya ye CR.. <3 bestnyaa tngok.. meriahhh. hehe

    ReplyDelete
  8. Belum terlewat lagi. selamat hari raya CR :)

    ReplyDelete
  9. Salam Aidilfitri Cik Renex 😍
    Boleh kata meriah juga sambutan Hari Raya CR.. Meriah makan-makan tak pernah miss di samping ziarah-menziarahi.

    LZ tak pernah tahu tentang tahlil kubur.. Warna hitam itu menawan 😄..

    ReplyDelete
  10. Selamat hari raya . Chik Tie baru start kerja hari ni. Seminggu cuti. Nak mula kerja balik macam nak masuk darjah 1 balik nih hahaa bencinta sangat

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya reen! tak per, nanti ada yang datang beraya nanti, tunggu!!

    ReplyDelete
  12. Hai CR! Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin!
    Harap belum terlambat lagi ni hehe.

    ReplyDelete
  13. seronoknya beraya..

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN..
    Nak duit raya boleh tak ? ^_6

    ReplyDelete
  14. Selamat hari raya Aidilfitri untuk CR sekeluarga.. =) maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
  15. selamat hari raya awak.. mintak maaf ye kalau ade salah silap..

    ReplyDelete
  16. hye cik renex. thanks sudi drop link aritu. uyul da masukkan dalam bloglist julai. yuhuu
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  17. Selamat hari raya, hihihik. Raya kan sebulan :P

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex