Tuesday, April 25, 2017

Profesor Cendol Ayer Hitam | Makan sampai kenyang!

Assalamualaikum dan Hai.

Ayer hitam

Semalam dalam perjalanan balik ke Bera Pahang dari Kluang sempat singgah satu kedai ni. Rasanya ramai dah tahu mengenai Professor Cendol ni sebab dah banyak cawangan di buka di daerah2 setiap negeri kan. Di Pahang rasa takde cawangan lagi kot. Semalam CR singgah yang di Ayer Hitam. Masa sampai tu ramai sangat orang. Memang takde meja kosong so plan nk bungkus jela cendol tu. Tapi alhamdulillah ada rezeki kami. Ada satu meja tu dah siap makan.

Apa lagi,terus beratur la nak beli cendol tu. Konsep kedai ni bayar dulu kat kaunter, dapat resit tunjuk pada orang yang buat cendol tu. Nanti dia watkan.

Ayer hitam
Cendol RM2.00

Ayer hitam
Laksa RM4.00

Ayer hitam
Rojak passemboq RM4.00


Yang seronoknya datang kedai ni kita boleh tambah. Tambah PERCUMA pulak tu. Siapa yang tak suka weh. Bawak je piring yang dah abis tu ke kaunter nanti dia refill. CR tambah sekali je cendol,lepas tu kenyang dah. Tak larat dah.

"Tambah percuma,layan sampai kenyang "

Ni antara menu di Professor Cendol Ayer Hitam

1. Cendol RM2.00
2. Laksa RM4.00
3. Rojak Passembor RM4.00
4. Rojak Buah RM3.00
5. Nasi goreng RM5.00
Semua menu ini boleh tambah. PERCUMA SAHAJA.  
Yang nasi goreng tu je ,nasi percuma, lauk ikan kena tambah RM2.

Senang je nak cari. Lokasinya di Taman Kirana berdekatan Petronas Tol Ayer Hitam. Keluar tol ,belok ke KIRI

Waktu operasi : 10 am- 7pm
Alamat kami :No 51 Jln Kirana 1 Tmn Kirana 86100 Ayer Hitam


Semoga tuan kedai dimurahkan rezeki.

27 comments:

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

  1. Dah beberapa kali singgah.
    Makanannya biasa2 aje cuma yang bestnya boleh tambah sampai kenyang.
    Tapi kebanyakannya tak tambah pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CR Bru first time try. Jd teruja sikit g tmbh. Haha. Cndol dia CR suka sbb fav mmg cndol. 😆😊

      Delete
  2. nanti boleh la sy pulak try kalau ke area sana..yeahhh kita sama CR..sy pun peminat cendol...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay. Geng! Hehe try la nti kalo ada lalu area situ ye

      Delete
  3. Nampak macam sedap..
    Tak kira nak cuba dan nilai sendiri..
    Sis pun suka cendol dan laksa..
    Apa pun senaraikan dulu dalam journal "tempat makan untuk diterjah", hihihi 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laksa dia walaupun nampak cam kuah xpekat tp sedap jugak. Hehe. Ye ye ptut diterjah. Hehe

      Delete
  4. bagusnya kedai ni 'tambah percuma'..kalau bawak mangkuk dari rumah boleh tak? haha.Gurau sikit aja petang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Haritu tu pernah terpikir macam SP. Bwk mgkuk besar trus. Hee

      Delete
  5. Mak ai tambah percuma tu, best giler!!

    ReplyDelete
  6. Macam best je professor cendol ni, banyak juga nampak buka cawangan kat kuala Terengganu ni.. Menarik betul boleh tambah dgn percuma 😍😍

    ReplyDelete
  7. Wahhh bestnyaa. Dahlaa harga dia murah je, pastu boleh tambah pulaktu. Nyumnyum

    ReplyDelete
  8. ingatkan apa tadi nama restoren rupanya. hihi. sedap2 tgk semuanya. terliur je dibuatnya

    ReplyDelete
  9. pernah makan kat caw Kuala Tganu. best gak.

    ReplyDelete
  10. peh bestnye! tambah sampai kenyang tu..

    ReplyDelete
  11. Menariknya cendol dengan laksa tu! Memang feveret tu huaaaa.

    ReplyDelete
  12. perhhh kalau sabah ada mcm ni best..hihihih,,, smpai kenyang tu

    ReplyDelete
  13. terliurrrr cik renex!! sebab busyra suka cendolll!. hehe

    ReplyDelete
  14. menariknya! kan best kalo banyak cwngn..jimat student makn smpai kenyang

    ReplyDelete
  15. Bestnya boleh tambah percuma 😍

    ReplyDelete
  16. yaAllah sedapnya. harga di pun nice siap boleh tambah percuma lagi. i loikeee

    ReplyDelete
  17. sedapnye cendol tu.. panas2 ni kalau pekene abc atau cendol mmg syiok..

    ReplyDelete
  18. KALAU KELUAR DARI TOL AYER HITAM TU KENA BELOK KANAN PATUTNYA..MENGHALA KE KLUANG..BELOK KIRI MEMANG TAK WUJUD KEDAI TU..SIAN KAT DIORANG YG NK MERASA, TESALAH ARAH PULAK

    ReplyDelete
  19. KALAU KELUAR DARI TOL AYER HITAM TU KENA BELOK KANAN PATUTNYA..MENGHALA KE KLUANG..BELOK KIRI MEMANG TAK WUJUD KEDAI TU..SIAN KAT DIORANG YG NK MERASA, TESALAH ARAH PULAK

    ReplyDelete

"KEEP CALM AND SEW ON".
VISIT @bycikrenex UNTUK HADIAH YANG RARE

♡ Ohsem blogger ♡

♡ Blogger Pantai Timur ♡