BANJIR di Bera 2017

Assalamualaikum dan Hai. Sekarang kat area rumah Cik Renex ada yang dah dinaiki air. Banjir dah tiba di Pahang. Doakan agar kami semua s...

Assalamualaikum dan Hai.

Sekarang kat area rumah Cik Renex ada yang dah dinaiki air. Banjir dah tiba di Pahang. Doakan agar kami semua selamat dari banjir besar macam 2007 dan 2014. Ingat lagi masa banjir 2014, kampung reen dah macam laut. Nampak bumbung rumah je. Alhamdulillah rumah reen tak kena. Tapi terkepung dan terputus bekalan elektrik dan air. Line telefon pun takde.


Nak mandi pun terpaksa ambil air sungai. Redha je la terpaksa mandi dengan air sungai yang gaya air teh tarik kaw. Balik umah tapis ngan kain batik buang habuk sampah2. Redha. Itu pengalaman dan dugaan Allah bagi kat kita supaya kita sentiasa bersyukur.


Sekarang. Banjir 2017. Mula naik hari Khamis baru ni. Hujan pun kadang2. Masa khamis tu CR pergi kerja lagi. Tapi minta balik awal sebab risau jalan tutup.

Banjir 2017
Ni gambar dekat waterfront Bera. Khamis 26 Jan 2017.

Bera
Tapak pekan sehari. Khamis 26 Jan 2017.


Bera
Jumaat 27 Jan 2017. Masa ni memang jalan dah ditutup untuk kenderaan ringan. Jadinya CR tak boleh nak kemana2 dah. Ke Temerloh tak boleh ke Kerayong pun tak boleh.


Banjir
Ni gambar dari member. Restoran Gobang Maju Temerloh. Air naik tapi dengan kadar slow.


Sekarang ni air makin naik lagi. Tak pergi lagi tengok air. Harap2 air makin surut. Bekalan elektrik baru je terputus ni. Huhuhu. Mesti tak lama lagi bekalan air paip pulak. Mohon bertabah CR dan semua. Maaf sebab tak sempat nak balas komen. Balas blogwalking. Nanti CR blogwalking.


Doakan Kami semua terselemat dari banjir besar.

You Might Also Like

12 komen

  1. take cik renex n sume yg terlibat.Hopefully tak teruk sgt bnjir kli ni.Semoga cpt surut..harini nmpk cuaca cerah

    ReplyDelete
  2. jaga diri cik renex. Kami semua doa yang baik baik saja

    ReplyDelete
  3. Take a good care CR. Semoga dipermudah segala urusan.

    ReplyDelete
  4. Teruk juga naik air dekat Pahang kali ini, moga semuanya selamat..

    ReplyDelete
  5. mujur la banjir kali ni x seteruk versi 2014 dulu..

    ReplyDelete
  6. Ya Allah. smoga dipermudahkan smuanya cik renex

    ReplyDelete
  7. Dugaan.. siannya. Moga terus tabah dan moga Allah swt permudahkan semuanya. insyaAllah. aminn

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah terima kasih atas doa semuanya.
    banjir dah ok..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah kalau banjir dah ok, hujan lebat dah tak ada da kan di pantai timur sebab IQ balik kampung pun cuaca terik sangat, sampai balik kL pun rasa nak demam jer.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah IQ dah okay dah banjir. Smua jalan dah boleh lalu. Tp kadang2 hujan petang.

      Delete
  10. Teruk jugak kat bera ye. Tk sgka mcm ni. Smpai trputus bekalan letrik ni. Serik dengan banjir 2014 dulu.

    ReplyDelete
  11. Ahamdullilah banjir dah okay sekarang.. jaga diri baik2 ye CR :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)