SARANGHEYO - Single terbaru kumpulan Voice of Men & Menangi RM1000 dengan menyertai Pertandingan Musik Video

SARANGHEYO - Single terbaru kumpulan Voice of Men

SARANGHEYO - Single terbaru kumpulan Voice of Men & Menangi RM1000 dengan menyertai Pertandingan Musik Video | VOICE OF MEN (VMen) ialah sebuah band vokal yang telah ditubuhkan sejak tahun 2007, dianggotai oleh Fath, Nasrul, Yus, Amirul dan Lutfi yang merupakan graduan dari UTM Skudai (Sama dengan CR dan ada seorang tu alumni Kuatagh sama juga dengan sis). Lagu-lagu yang telah mereka hasilkan rata-ratanya bergenre Balada, R&B, dan Pop, dengan dipengaruhi oleh bunyian kumpulan-kumpulan vokal seperti VE, Ruffedge, Nsync, Mirwana dan Backstreetboys. VMen pernah muncul sebagai peserta dalam sebuah rancangan realiti saluran TV9 iaitu Akademi Nasyid pada tahun 2008 dan semenjak itu mereka mula bergerak dan berkarya secara sendiri melalui jemputan persembahan secara langsung dan juga melalui pengisian-pengisian atas talian menggunakan saluran Voice of Men di Youtube.

Keamanan, kecintaan, dan keharmonian merupakan elemen-elemen indah yang sangat diperlukan oleh manusiawi untuk bahagia di alam fana juga alam yang kekal selamanya. Maka, pendengar akan mendapati kebanyakan lagu-lagu yang diilhamkan oleh Vmen tidak dapat dipisahkan dengan elemen-elemen tersebut. Pada tahun 2012, lagu yang dihasilkan Vmen dengan kerjasama ahli kumpulan VE, Damian Mikhail Seet bertajuk “Laungan Cinta” telah mendapat respon positif para pendengar tempatan apabila lagu tersebut telah menjuarai carta radio IKIM untuk beberapa minggu, selain memperoleh bilangan tontonan yang memberangsangkan di Youtube.



Ost nasi kerabu untuk che abe

Masih mengekalkan elemen cinta, pada 20 Mac 2020 VMen secara rasminya telah mengeluarkan sebuah lagu bertajuk “Sarangheyo” yang dirilis secara atas talian melalui Youtube dan media-media sosial utama seperti Facebook dan Instagram. 

Video muzik lagu ini secara ringkasnya berkisar tentang cinta antara suami dan isteri yang akhirnya terpisah oleh dua alam berbeza kerana pemergian sang isteri. Kehilangan selebriti tanah air pada usia muda seperti yang berlaku pada Abam Bocey dan Ashraf Sinclair mutakhir ini sangat dekat dengan bibit-bibit lirik lagu “Sarangheyo” yang ditulis oleh pasangan suami-isteri, Fathul Rahman Misbah dan Kartini Kamaruzzaman. 

VMen melalui lagu ini ingin mengajak para pendengar agar sentiasa menghargai insan-insan yang disayangi tidak kira masa dan tanpa bergantung kepada keadaan (unconditional love). Menariknya, penghasilan single baharu VMen pada kali ini telah mendapat sentuhan pemenang vokal terbaik anugerah juara lagu (AJL) 2007 iaitu saudara Lah Ahmad yang juga merupakan ahli kumpulan VE. Ini merupakan kali kedua VMen bekerjasama dengan ahli kumpulan VE selepas “Laungan Cinta”.

Untuk yang masih belum tengok musik video lagu ini boleh la ke Youtube rasmi Vmen dan di bawah ini CR ada sertakan sekali lirik lagu ini. 

Lirik lagu Saranghaeyo (사랑해요)

Komposer : Fath Voice of Men & Firdaus Mahmud
Lirik : Fath Voice of Men & Kartini Kamaruzzaman

Masih kah kau ingat
Saat yang berlalu
Detik pertemuan kita dulu

Yang tak pernah ku alami
Dan tak mungkin ku ulangi
Kisah cinta kau dan aku tetap bersemadi

Kali pertama kau tersenyum
Memikat hati ini
Ketika kau memandangku luruh jiwa ini

Seandainya ku gapai bahagia
Akan ku semai semua
Untuk kau yang tercinta

Ratuku, nyata segalanya
Takkan mungkin pernah
Kekal selama lamanya

Maafkan salahku
Kerna pernah menyakiti, mengabaikan dirimu

Kali pertama kau tersenyum
Memikat hati ini
Ketika kau memandangku luruh jiwa ini

Saat itu aku lafazkan
Kata-kata yang ku pendamkan
Saranghaeyo

Namun kau pergi jua tinggalkanku
Tinggalkanku
Tinggalkanku
Tinggalkanku...



Sebagaimana setiap kali menghasilkan karya baharu, anggota kumpulan VMen sentiasa mengalu-alukan maklumbalas dari segenap lapisan pendengar.

Yang menariknya juga, pihak Vmen juga telah mengadakan peraduan musik video Saranghaeyo iaitu  Saranghaeyo Music Video Contest! Hadiah sangat menarik iaitu wang tunai RM1000.

Syarat-syarat: 
1) Terbuka kepada semua (individu mahupun berkumpulan).
2) Muat naik 1 video berdurasi minimum 1 minit menggunakan lagu “Saranghaeyo” ke YouTube.
3) Guna ‘Saranghaeyo MV Contest #saranghaeyoMV #voiceofmen’ sebagai tajuk video.
4) Kreativiti: Anda boleh cover semula lagu Saranghaeyo dalam bentuk video ATAU cipta video kreatif menggunakan lagu Saranghaeyo ATAU berlakon dan gunakan lagu Saranghaeyo sebagai muzik latar.
5) Pastikan berhemah dan tidak mencemari tatasusila dan budi pekerti kita.
6) Pemenang akan dinilai menerusi video terbaik (jumlah like dan komen turut dinilai).
7) Akhir sekali, kongsikan link video Youtube anda ke private message page Facebook Voice of Men.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20/4/2020. Keputusan adalah muktamad.

Jangan lepaskan sebab korang berpeluang untuk menang hadiah wang tunai RM1,000! Sempena tempoh Peraturan Kawalan Pergerakan ini, boleh la cari idea macam mana nak sertainya yer. Selamat mencuba dan All the best!

Voice of Men

Instagram: @voiceofmen

9 comments

  1. Wow! tahniah kumpulan VOICE OF MEN

    ReplyDelete
  2. Wah bagus student UITM Skudai sangat berbakat, best lirik lagu Sarangheyo ni..

    ReplyDelete
  3. takpernh tau pasl group ni..kene dengr la..hehee..

    ReplyDelete
  4. bru festime dngr lagu ni.. jarang dengar lagu2 baru hehe kdg2 lagu viral da berbulan kite baru nk dngr =P

    ReplyDelete
  5. First time dengar lagu ni. Best juga laa.. Hehe
    Sejak sejak kesibukan ni, tak dengar sngt dah lagu lagu baru. ����

    ReplyDelete
  6. wah ni la dia kumpulan V.O.M tu ea..sblm ni pnh dgr nama je..xamik tau sgt..huhu

    ReplyDelete
  7. Lumayan jugak ya dia punya hadiah. Siapalah yg menang nanti tu ekkk

    ReplyDelete
  8. tak perasan pulak kumpulan ni tapi hari tu tgk kat blog siapa tah pastu dgr lagu tu...sedap mcm ala suara Lah Ahmad

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex