Resepi Mudah Dalgona Coffee #kopiviral

by - Tuesday, March 24, 2020

Resepi Mudah Dalgona Coffee #kopiviral

Resepi Mudah Dalgona Coffee #kopiviral | Assalamualaikum dan Hai. Sudah masuk hari ke Tujuh Perintah Kawalan Pergerakan atau dalam bahasa inggeris nya Restricted Movement Order (RMO). Semoga dengan berakhirnya tempoh RMO berakhirlah jugak wabak Covid-19 di Malaysia dan juga seluruh negara. 

Dalam tempoh RMO ni memang kita dikehendaki duduk di dalam rumah sahaja dan tidak dibenarkan keluar melainkan ada hal penting dan membeli barang keperluan. Hanya seorang sahaja dibenarkan keluar dalam satu masa. Tapi CR tengok ada jer yang keluar beramai-ramai dalam kereta. Haish. Degil sangat mereka ni.


Bila kita duduk dirumah sahaja, banyak aktiviti yang kita boleh lakukan bersama orang tersayang. Sebagai contoh, memasak, mewarna, berkebun dan pelbagai lagi. Baru-baru ni viral di social media fenomena buat Dalgona Coffee. CR pun apa lagi, terus la save resepi dan cuba buat. Mudah sangat buatnya dan bahan-bahannya pun sikit jer.

Resepi Dalgona Coffee

Bahan-bahan
1. 2 sudu Nescafe
2. 2 sudu gula
3. 1 cawan susu kotak Full Cream
4. 2 sudu air panas
5. Ais

Cara bancuh
1. Campurkan 2 sudu Nescafe , 2 sudu gula dan 2 sudu air panas di dalam mug.
2. Kacau 3 bahan tersebut sehingga sebati dan bertukar warna seperti gambar di bawah. Boleh kacau menggunakan garfu, pemukul telur atau blend sahaja. CR guna garfu je. Tapi lama la sikit kena kacau/godek tu.

Resepi Mudah Dalgona Coffee #kopiviral

4. Ambil gelas atau mug , isikan ketul ais dan susu ke dalam gelas tersebut.

Resepi Mudah Dalgona Coffee #kopiviral

5. Kemudian letakkan hasil yang kita kacau tu diatas air susu tu seperti gambar diatas ni. Isi la secukup rasa kemudian dah siappp dan siap untuk diminum.

Untuk bancuhan ni, boleh disediakan untuk tiga gelas size yang macam CR guna ni. Rasa pun takde la kaw sangat  kalau kita guna untuk satu hidangan je kan. Bila kacau sebati nescafe atas tu dengan susu di bawah tu, ya allah sedapnya rasa dia. 

Mana-mana yang tak cuba lagi, boleh la cuba buat nanti. Tapi untuk yang tidak biasa mengambil cafein, tidak disarankan cuba takut ada efek lain pulak. CR buat air ni semalam dan kesannya payah nak tidur. hahaha. 



You May Also Like

8 comments

  1. Nampak anak dara wak buat kopi ni kat dapur
    tapi tak cuba rasa lagi.

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa. busyra sampai skrng tak try lagi.. nnti nk beli susu la.

    ReplyDelete
  3. malas nak try sebab susu tak ada..hehe

    ReplyDelete
  4. sana sini org dok buat kopi viral ni

    ReplyDelete
  5. Sy buat td kak sampai naik muscle (hiperbola) tak jadi2 hahahaha. Giveup minum jela tambah susu. hasilnya kepala bengong sampai skrg. lol

    ReplyDelete
  6. cantik kejadian kuppi nya.. since x minat kuppi jadi tak buat.
    cuma geram tengok gebu gebu orang share hehe..

    ReplyDelete
  7. orang yang biasa dengan caffein akan tidur selenanya dah cuba juga memang best

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.