Lagu loghat Pahang | Moh Cakak Pahang dari Chik Asan #1

by - Tuesday, February 25, 2020

Moh Cakak Pahang dari Chik Asan

Lagu loghat Pahang | Moh Cakak Pahang dari Chik Asan #1 | Assalamualaikum dan Hai. Tahun ni Cik Renex nak keluarkan segmen baru untuk blog Cik Renex iaitu berkongsi lagu-lagu rakyat Loghat Pahang. Ada tak yang tak tahu maksud "Loghat" tu apa? Loghat (loghat daerah atau dialek) ialah kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu. Istilah ini paling biasa digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat, tetapi juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti darjat sosial (Wikipedia)

Pahang adalah sebuah negeri yang luas dan loghatnya bergantung pada daerah bukan pada negerinya jadi memang pelbagai loghat yang ada di negeri Pahang. Sesuatu perkataan mungkin berbeza sebutannya mengikut daerah masing walaupun mempunyai maksud yang sama. Sebagai contoh perkataan SAYA , di Temerloh & Bera menyebut KOI , Lipis Jerantut menyebut KAS manakala Pekan pula menggunakan perkataan KAWAN. 


Antara keunikan lain loghat Pahang adalah istilah atau kelajuan pertuturan loghat Pahang itu dikatakan mengikut aliran sungai iaitu dari hulu ke hilir, pertuturan daerah terletak di hulu dikatakan lebih laju berbanding daerah di hilir. 

Jadi untuk segmen pertama ni CR nak perkenalkan lagu dari Chik Asan yang bertajuk Moh Cakak Pahang. Ciptaan sepenuhnya oleh beliau sendiri dan banyak lagi lagu lain dari beliau, nanti CR akan kongsikan pada anda semua. Lagu ini banyak menyebut perkataan loghat Pahang yang dah lama orang tidak sebut atau kita dikalangan orang Pahang. Lagu ini juga menggunakan loghat Pahang versi Chenor. Jom kita dengar.



Chik Asan
Facebook : Chik Asan
Instagram : @chikasan71
 Youtube : Chik Asan 

Moh Cakak Pahang - Chik Asan

Lirik & Lagu : Chik Asan

Entoh ingat entoh tidok cakap Pahang Jaman dulu 
Ande masenye terkenang mboh suke ngelekek lalu

Ralit sangat la bebudok main boyok tengoh maklok 
Ngelicei takut kena tangkak tak sedo ngelorot seluo 

Duduk atas kerusi rotan kerusi lame dah nak burok 
Kena duduk entak entak berengut sikit mboh tekelesok 

Duduk ngelayo bawoh rumoh nengok gelego baik terantuk 
Bincut dahi mate bepino mujo berjalan tidok encut 

Kalo meresak dalang semok berjalan kena berambi 
Bimbang terserampok ke akor tetumus karang patoh gigi 

Payoh ngat dah nok menengo ape lagi nok menyebut 
Loghat Pahang bukan senang nampok leweh bukan sedei 

Moh kite cakak loghat Pahang hat cece kite kutit balik 
Orang Pahang usoh pakei palo loghat Pahang moh kita angkit 

Bile netei atas tebing jage jage tergelence
 Kalo tak dan nok berpapoh terus ngelolo ke bawoh 

Bahu rase doh nok rebeh Ngangkut air pakei kando 
Cebet juge dalang beledi salin pulok dalang legei 

Deras berengei ujung jongkel boleh melejo ke betih 
Letok pinggan jangan copei ensot la ke tenggoh sikit 

Saloh makan pinang malai ketoyong kepale pusing mate 
Takut teperlos dalang lubang terjungkang kaki birei tangge 

Pesan orang dulu dulu usoh buat terleleng leleng 
Sebet nok bio seromei jangan tak ketawan laku 

Payoh ngat dah nok menengo ape lagi nok menyebut 
Loghat Pahang bukan senang nampok leweh bukan sedei 

Moh kite cakak loghat Pahang hat cece kite kutit balik 
Orang Pahang usoh pakei palo loghat Pahang moh kita angkit


Berbelit dok menyebutnya tu?Sejujurnya walaupun CR anak jati Pahang ada juga beberapa istilah loghat Pahang yang CR tidak faham. Kena cari kamus loghat pahang ni. hee. Ok lah, jumpa lagi untuk segmen seterusnya dan CR akan kongsikan lagu lain pulak.

You May Also Like

10 comments

  1. macam best je. nak try dengar la haha

    ReplyDelete
  2. Mohon Cik nmbuat video nyanyikan lagu ni

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam. wah best jugak dengar lagu loghat pahang ^_^

    ReplyDelete
  4. waa interesting
    dah join giveaway mama tak? jom join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. RM 1000 utk dimenangi

    ReplyDelete
  5. Saya suka benor lagu loghat pahang ni... Lagi2 lagu Gone Gamoknye (Temerloh) huhu

    ReplyDelete
  6. dulu lama duk temerloh sebab training silat kat situ, tersangkut jugak la cakap pahang

    ReplyDelete
  7. kalau ada drama loghat Pahang di TV kan best? boleh perkenalkan kpd rakyat Msia yg lain.

    ReplyDelete
  8. zaza duk sini pun tak reti loghat phg hehe..tp mmg best kalau dengar2 lagu gini

    ReplyDelete
  9. 1st time dengar.. Interesting

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.