Kita Baik Ramai Sayang - Abam Bocey

by - Thursday, February 13, 2020

(sumber gambar)

Kita Baik Ramai Sayang - Abam Bocey |
Assalamualaikum dan Hai. Dua tiga hari ni terasa sangat kehilangan seorang anak seni yang sentiasa menceriakan hari kita. Satu demi satu kebaikkan arwah Abam di perlihatkan untuk menjadi pengajaran dan ikutan kepada kita. Tagline "Kita Baik Ramai Sayang" menjadi bualan di bibir kita. Allah, demi Allah CR tak percaya yang arwah Abam dah meninggalkan kita buat selamanya. 



CR pernah contact arwah dua tahun lalu sebab nak bagi hadiah pada dia. Masa dia reply DM tu, seronoknya rasa sebab kita memang suka dia dan kumpulan Bocey. Masa dia kahwin teringin nak pergi tapi tulah, tak berkesempatan.

"Abam, dah tak seronok Maharajalawak tanpa kau Abam. Dah tak ceria tanpa lawak comel kau.Rindu abam"😭😭😭😭😭😭

Sekarang kat timeline IG,FB penuh dengan cerita kebaikan arwah. CR akan mengelak untuk baca post atau tengok video mengenai Abam sebab pasti menangis lepas baca tu. Kita yang hanya peminat pun terasa kesedihan kehilangan Abam, bagaimana la pulak dengan family dan kawan rapat dia kan. Semoga keluarga abam diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. 

Sungguh mulia hati arwah abam. Masa solat jenazah pun ramai sangat yang datang solatkan arwah. Ya Allah, sesungguhnya pemergianmu amat dicemburui. 


Lirik lagu Abam Bocey - Sikasih

Satu persatu telah pergi
Meninggalkan segala dimiiki
Yang pasti sudah pun tertulis
Di mana mulakan berakhir

Kerapkali aku memerhati
Tiap kisah hidupmu ohh kekasih

Namun takkan mungkin
Kumenjadi seperti dirimu

Terputus sudah di antara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yang kau kata
Kubawa bersama semat di jiwa


Selalunya, dia membuat kita ketawa. Kini, dia membuat kita menangis. 

Alfatihah(dibaca) untuk Arwah Syed Umar Mokhtar.
Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


You May Also Like

7 comments

  1. Innalillahwainnalillahirojiun..
    Semoga rohnya dicucuri rahmat ditempat di kalangan yang baik2

    ReplyDelete
  2. kita pun tak boleh baca pasal berita abam.sedih sangat. Terasa betul dengan kehilangan dia. Semoga abam di tempatkan di kalangan yang soleh.

    ReplyDelete
  3. Semoga ditempatkan di kalangan orang2 beriman..

    ReplyDelete
  4. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

    ReplyDelete
  5. AL-Fatihah (dibaca)

    Sungguh kan reen, orang baik ni ramai sayang, lagi2 dia seorang yang sangat friendly dengan peminatnya

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.