Sambut hari jadi Ma di Mykori Desert Cafe Bahau

by - Monday, January 27, 2020

Mykori Dessert cafe

Sambut hari jadi Ma di Mykori Bahau  Assalamualaikum dan Hai. Nak update cerita tahun lepas. Tanggal 25 Disember 1961 merupakan hari ulang tahun kelahiran Ma dan menjadi kebiasaan kami akan sambut di antara kami berlima sahaja, eh lupa berenam sebab dah tambah seorang cucu, Faris dak comel. :) Ma macam biasa, bukan suka kalau ada majlis yang over2 cukup sekadar kami2 sahaja.  Sehari sebelum birthday ma, kami ke McD Kluang sahaja untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran ma. Semoga ma diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki selalu serta bahagia bersama kami. :)

CR menghabiskan baki cuti tahunan di Kluang dan 25.12.19 tu bergerak balik ke Pahang semula. Teringat rakan CR pernah cerita dia makan Mykori Desert Cafe di Bahau, terus ajak akak singgah dan sambut birthday ma lagi. Alasan je nak sambut birthday tu padahal memang dah lama nak berhajat nak merasa Mykori. Sebelum ni kalau ke Kuantan selalu tak sempat nak singgah merasa. Jadi kali ni dah alang-alang balik satu family macam tu terus ajak singgah.


Mykori Desert Cafe Bahau

Jika di Malaysia kita ada ABC, Korea ada Bingsu dan Jepun ada Mykori. Mykori adalah sejenis pencuci mulut tradisional dari Jepun. Senang je nak cari Mykori Bahau kerana terletak berhampiran Tesco dan dari tepi jalan pun dah  nampak cafe yang comel ni. 

Mykori Desert Cafe Bahau

Kaunter untuk tempahan. Jangan risau kalau tak tahu nak order yang mana satu. Sebab menu semua ada di tampal atas meja kaunter tu. Cuma pilih je mana yang kena dengan selera. CR pun pakai pilih yang mana jer dan nampak menyelerakan.

Mykori Desert Cafe Bahau

Sementara tunggu tempahan siap,kita bergambar dulu. Acara wajib kan sampai Faris pun pandang pelik mak dia dah kenapa asyik bergambar je. Huhu. Interior decoration Cafe MyKori sangatlah cantik dan rasanya tema setiap cafe Mykori adalah unicorn dan warna pink. Comel jer tempatnya.

Mykori Desert Cafe Bahau

Masa membuat tempahan di kaunter tu rasa macam sikit je order, tapi bila da sampai rasa macam eh banyaknya siapa nak habiskan ni. Hahaha. Jom tengok apa yang CR beli.

Honeydew Kakigori

Mykori Desert Cafe Bahau

Ni pilihan CR. Nama pun Honeydew memang ada la melon dalam tu. Ais hancur tu pun rasa melon tembikai susu. Yang bulat-bulat tu honeydew dan dalam tu ada juga nata de coco dan juga badam. Harga RM26 untuk size yang besar.

Descriptio

Chocolate Banofee Kakigori

Mykori Desert Cafe Bahau

Pilihan kakak CR dan cha. Gabungan aiskrim Dark Chocolate, Oreos, Brownies, Caramel, Pisang & Coklat yang yang sangat lazat! Bila makan ni dan part nak habis2 tu lagi sedap sebab rasa brownies dan pisang dalam tu. Harga RM22 untuk size besar.

Mykori Desert Cafe Bahau
Sumber : Website Mykori


Kenko Kakigori (Yogurt Ice)


Mykori Desert Cafe Bahau

Kenko kakigori ni adalah favourite CR. Kita boleh pilih sendiri 2 Topping buah dan 3 topping bijirin. Kepada sesiapa yang ingin makanan yang lebih sihat, boleh mencuba Kenko Kakigori yang menggabungkan ais kepal, yoghurt atau susu, buah-buahan segar serta pelbagai biji-bijirin. Tak ingat harga maybe RM13.

mykori temerloh


Tak ingat nama toast yang ni. Hahahaha.

Mykori Desert Cafe Bahau

So, kesimpulannya akan repeat lagi tak makan Mykori? Yer sebab nak rasa menu lain pulak. haha. Dari lima bintang , CR bagi 4 bintang utk Mykori Bahau. :)

Lokasi :
Mykori Desert Cafe Bahau
1, Jln Margosa Maju Utama, Kampung China, 
72100 Bahau, Negeri Sembilan
(Berhampiran TESCO Bahau)

Oh Ya
Temerloh pun ada Mykori buka. Baru je lagi dan CR pun tak sempat nak kesana lagi merasa. Nanti CR dah pergi CR update. :)

You May Also Like

7 comments

  1. rindu nak makan mykori dengan kwn2

    ReplyDelete
  2. sedap ni. tempat kat kebanyakan outlet mykori ni pun instagrammable sangat :D

    ReplyDelete
  3. kat teganu ade jgk mykori..
    dkt je ngn umh.. tp tu la xsempat nk menyinggah.. haha..

    hapyy belated birthday utk ma!
    semoga ma diberi kesihatan yg baik.. =)

    ReplyDelete
  4. dap !! makan 1 tu sorang x habis. suka yang melon =D

    ReplyDelete
  5. Mrs. A pun suka honeydew kakigori

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.