Pertemuan dengan Blogger Hebat Izyan Balqis

by - Friday, November 22, 2019

Pertemuan dengan Blogger Hebat Izyan BalqisAssalamualaikum dan Hai. Tengah makan tengah hari ker tu? Seronoknya jadi anak-anak yang bersekolah sebab cuti persekolahan mereka telah pun bermula pada hari ini. Untung juga pada guru-guru sebab dapat turut cuti sekali, tapi bukan semua lah kan sebab ada jugak cikgu yang terlibat dengan kelas tambahan untuk pelajar SPM. CR masih juga bekerja seperti biasa walaupun CR kerja di sekolah. Sunyi lah sekolah nanti tetapi seronok jugak diaorang ni cuti amannn je sekolah . HAHA.

Macam dah lari point utama entri ni lah pulak. 😜 


Sebenarnya entri kali ini CR nak berkongsi kisah pertemuan CR dengan seorang blogger hebat dan otai ni iaitu Blogger Izyan Balqis atau nama penanya IQ. CR kenal blogger IQ ni pun secara kebetulan dan ada kisah disebaliknya tetapi tak perlu la cerita disini kan. hehe .  IQ pun ex UTM juga cuma tak bertemu je masa tu sebab CR dah habis study. Hampir 9 tahun dah kami kenal di alam maya dan dunia blog ini tetapi tahun ni baru jumpa.

Banyak kali juga plan nak jumpa, tetapi tak menjadi dan tiada rezeki. Ada masa dia datang temerloh Pahang, CR pulak takde. Merancang nak ke kenduri kahwin dia, tapi ada juga kekangan yang menghalang untuk berjumpa. Sedih rasa. 


Dan nak dijadikan cerita, pada 3.10.2019 yang lalu, kami akhirnya dapat berjumpa. Itupun kebetulan IQ ada kerja di Bera dan dekat dengan tempat kerja CR makanya kami pun plan nak jumpa. Selalunya yang last-minute-plan tu memang akan menjadi. 

Abis je kerja ,kami pun berjanji jumpa di McDonalds. Alhamdulillah dapat juga jumpa mak buyung ni, tapi sekejap je lepak sebab IQ kena balik awal ada urusan lain. Yang penting dapat jumpa kan. 

"Seronok dapat jumpa IQ, nanti inshaAllah kita plan hari lain pulak. Reen doakan segala urusan IQ dipermudahkan. Kirim salam pada Qa'id yang comel tuuuuu. Semoga kita dapat berjumpa lagi dan terus berkawan sampai bila-bila."



IQ

Ni link blog IQ. Jemput follow https://www.izyanbalqis.com/

You May Also Like

13 comments

  1. bestnya dpt jmpe sahabat blogger..

    ReplyDelete
  2. Huaaa..terharu ada entry khas untuk kita haa. Tq reen. Harap sangat dapat jumpa lagi. Nanti senang2 main kL, singgah la rumah pulak. Nanti kita plan lain yer.

    ReplyDelete
  3. Wah! seronoknya jumpa rakan blogger

    ReplyDelete
  4. dunia blogger mempertemukan dan merapatkan antara yang lain

    jom singgah www.hellokerja.com

    ReplyDelete
  5. seronok dapat berjumpa dengan rakan blogger kan

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya DPT jumpa Geng blogger

    ReplyDelete
  7. nie yg best kalau pergi eventm dpt jupa blogger, merapatkan sillaturrahim..

    ReplyDelete
  8. bestnya dpt jumpa..nnti giliran kita pulak jumpa yaa

    ReplyDelete
  9. Cik renex pn tak kurang hebatnya berblog

    ReplyDelete
  10. Bila kita nak jumpa pulak ni. Hehe

    ReplyDelete
  11. Bestnya best kan lama dah kenal akhirnya dapat gak jumpa .Mesti excited tu. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.