Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw Jerantut Pahang

Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw

Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw Jerantut Pahang ︱Tanggal 12 Rabiul Awal Tahun Gajah dalam bulan hijrah Islam adalah tarikh paling bermakna dalam sejarah Islam di seluruh dunia. Kelahiran Nabi Muhammad SAW merupakan satu rahmat besar kepada alam semesta ini. Kita sebagai umat islam perlu bersyukur dengan kehadiran Rasulullah saw dan berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran dan Hadis yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw kepada kita. Salam Maulidur Rasul untuk semuanya.

Pada Sabtu yang lepas, Cik Renex berpeluang ke satu program yang memang CR teringin nak pergi iaitu Pameran Artifak Rasulullah saw. Sebelum ini, CR terlepas peluang untuk berkunjung ke pameran ini yang berlangsung di Kuantan. Jadi,bila tahu ada Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw di Dewan Utama Majlis Jerantut Pahang, terus ajak Ma CR pergi. 

Bila kaki mula melangkah masuk kedalam dewan pameran itu, rasa lain sangat dan rasa itu sangat sukar nak CR gambarkan dengan kata-kata. Bila terpandang semua artifak yang dipamerkan, rasa sayu di hati tetapi bersyukur sangat diberi peluang untuk tengok dengan lebih dekat barangan peribadi Rasulullah saw . Bila tengok di depan mata, rasa macam dekat sangat dengan Rasulullah saw. 💓

Jadi, CR akan kongsikan serba sedikit gambar yang sempat CR ambil semasa pameran tersebut. Setiap artifak akan ada seorang yang jaga dan beliau akan bercerita kisah di sebalik setiap artifak yang dipamerkan. Sangat seronok mendengar penjelasan dan cerita dari mereka. Rugi pula tak rekod video. 

1. Janggut dan Rambut Rasulullah SAW


Pameran artifak

Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw

Para sahabat akan mengumpul janggut dan rambut Rasulullah SAW yang telah dipotong dan diberikan kepada Abu Talhaal. Janggut dan rambut ini dibahagikan kepada sahabat yang sudah sedia menunggu (semasa haji perpisahan). Rambut tersebut dikatakan juga semakin tumbuh panjang. 

2. Tanah dan Debu Makam Rasulullah SAW


Tanah dan Debu Makam Rasulullah SAW

Tanah dan Debu Makam Rasulullah SAW

Tanah dan debu ini diambil dari makam Nabi Muhammad saw semasa kerja-kerja pembaikan . Debu ini diambil dari makam nabi oleh seseorang dengan kebenaran apabila Sultan Uthmaniyah menaiki takhta pada tahun 1255.(1839)


3. Darah Bekam Rasulullah SAW


Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw

Malik bin Sinan (ayah kepada Abu Sa'id Al Khudri) dalam peperangan Uhud telah menelan darah Rasulullah yang keluar dari luka baginda sampai bersih dan nampak putih bekas lukanya.

Nabi SAW bersabda: "Ludahkanlah" 

Malik bin Sinan r.a menjawab: "Demi Allah Aku tidak akan memuntahkannya selama-lamanya." Bahkan, dia menelannya. 

Nabi SAW bersabda: "Barang siapa ingin melihat seorang dari ahli syurga, maka lihatlah kepada orang ini." Malik Bin Syahid kemudiannya mati syahid di peperangan.

4. Peluh Rasulullah SAW


Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw

Peluh Rasulullah saw sangat wangi seperti yang diriwayatkan. Bukan semua boleh bau wangi tersebut dan orang yang terpilih adalah orang yang selalu berselawat kepadanya dan tidak pernah ingkar dengan perintahnya dan Allah swt. Amat beruntung sesiapa yang dapat baunya.

5. Cebisan Serban Rasulullah SAW


Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw


6. Kunci Kaabah


Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw

Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw

Bahagian dalam Kaabah dicuci dua kali setahun pada hari pertama bulan Syaaban dan hari ke-15 Muharram. Bani Shaiba atau anak-anak lelaki Shaiba adalah puak yang memegang kunci Kaabah sehingga hari ini. Mereka bertanggungjawab atas 'Sudnah' Kaabah, yang bermaksud penjagaan sepenuh Kaabah, termasuk membuka dan menutupnya, membersih dan mencucinya, dan menjaga kain kiswah.

7. Tongkat Rasulullah Saw.


Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw

Tongkat yang amat baginda sukai adalah tongkat bernama Al Saaja. Tongkat Al Saaja adalahh tongkat peninggalan dari Nabi Allah Ibrahim as. Tongkat ini adalah dari kayu Al Ayusiah serta tongkat dari kayu Luz Putih. Tongkat ini berada di bawah jagaan waris-waris sahabat baginda Rasulullah SAW. 

Di bahagian tengah tongkat tersebut masih lagi kelihatan kesan getah yang keluar dari kayu tongkat tersebut. Manakala di hujung tongkat terserlah bentuk pegangan jari.


8. Kiswah @ Kelambu Kaabah 


Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw

Kiswah, atau kelambu Kaabah jika diperhatikan seninya dipenuhi dengan seni tulisan khat yang mengagungkan nama-nama Allah dan kalam-Nya. Kain kiswah yang ditenun dengan benang emas dan perak, pasti memukau sesiapa yang melihatnya. Setiap tahun, kain Kiswah Kaabah akan bersilih ganti, dipotong serta diagihkan kepada individu-individu tertentu dan sebahagian besarnya disimpan oleh Bani Syaibah, keluarga yang dipertanggungjawabkan memegang dan memelihara kunci pintu Kaabah. - sumber google

Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw

Gambar favourite CR. Tak dapat bawa ma ke Mekah lagi, tapi bagi ma merasa pegang dan cium kain kelambu Kaabah. Ma suka sangat :)

9. Gambaran peperangan 


Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw
Gambaran Perang Badar

Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw
Gambaran Perang Khaibar


Khat nama CR  iaitu Saidatul .



"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari Kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku. - Al Nasai & Ibnu Hibban"

2 comments

  1. few times ada pameran di melaka, aida x berpeluang gi.
    tapi, anak2 dpt gi.
    rombongan skola. alhamdulillah.
    diorang sgt teruja! dpt lihat artifak penting dlm islam.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex