Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand™ 2019 Bawa Mesej Nutrisi Seimbang Ke Negeri Pahang untuk Menangani Masalah Obesiti dalam Kalangan Kanak-Kanak

Ayam brand

Adakah hidangan terakhir anda ialah sepinggan 3S makanan Malaysia yang Sihat? 3S adalah singkatan kepada Suku-suku Separuh. Suku-suku Separuh menggalakkan pembahagian makanan di atas pinggan melibatkan suku protein, suku karbohidrat kompleks serta separuh buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Pinggan Sihat 3S Malaysia mungkin kedengaran asing bagi kebanyakan daripada kita, lantas menjadi punca kepada epidemik obesiti dalam kalangan golongan dewasa serta kanak-kanak. Menurut Laporan Menangani Obesiti di ASEAN oleh Unit Risikan Ekonomi, kadar obesiti di Malaysia adalah 13.3% iaitu tertinggi dalam Asia Tenggara. Malaysia juga merupakan antara tiga negara peneraju di Asia yang mempunyai peratusan tinggi, iaitu 11.5% kanak-kanak obes berusia enam bulan hingga 12 tahun. 

Ayam Brand™, jenama tempatan yang terkenal dengan rangkaian makanan dalam tin berkualiti tinggi, tanpa bahan pengawet, tiada MSG tambahan, sihat dan mudah. Jenama ini berusaha untuk menangani isu besar iaitu masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia dengan memperkenalkan konsep Pinggan Sihat 3S Malaysia ke dalam program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) yang akan dijalankan. Tahun ini, Ayam Brand berjaya mengembangkan program CSR kepada murid-murid sekolah rendah. 


Tema kempen pada tahun ini ialah ‘Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start Now’. Kempen ini bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak dari 10 buah negeri dengan maklumat untuk mengenal pasti pilihan makanan yang sihat dan melengkapkan mereka dengan kemahiran dalam menyediakan hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia. Program ini terbuka kepada kanak-kanak berusia lapan tahun dan ke atas. 


Di Pahang, seramai 32 orang kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman, Pertubuhan Anak Yatim dan Kebajikan Nurul Izzah, Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom, Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Sekolah Kebangsaan Assunta Convent, SJK (C) Chung Ching 2, Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau dan Sekolah Kebangsaan Kempadang telah mengambil bahagian dalam kempen ‘Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start Now’ yang mencabar dan menyeronokkan ini. 


Acara ini dimulakan dengan pengenalan interaktif mengenai konsep #sukusukuseparuh. Diikuti oleh pembahagian kepada lapan pasukan yang terdiri daripada empat orang kanak-kanak untuk menyediakan hidangan berdasarkan prinsip 3S. Mereka perlu menyiapkan hidangan dalam masa 30 minit dengan bantuan daripada orang dewasa dan menggunakan resepi yang disarankan oleh pakar. 



Sementara menunggu hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia dinilai, kanak-kanak itu kemudian dicabar dengan permainan yang memerlukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi untuk mengingat apa yang telah dipelajari tentang nutrisi yang baik. 

Menurut Pengurus Pemasaran Ayam Brand™, Nathan Deverre, kempen yang kini sudah memasuki tahun ke-12 telah menyumbang 1.76 juta hidangan sihat bagi tujuan kebajikan, menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih 20,000 orang dari 482 buah rumah kebajikan dan NGO. 

“Sebagai peneraju dalam industri makanan di Malaysia selama lebih 100 tahun, Ayam Brand™ sangat bimbang dengan penularan masalah obesiti di negara ini dan ingin tampil ke hadapan untuk memberi bantuan. Bermula dengan kanak-kanak kerana mereka merupakan golongan yang paling mudah diajar dan didekati. Kami membangunkan program Get Healthy Malaysia, Start Now dengan harapan agar dapat membantu mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak, menerusi pemberian pengetahuan serta kemahiran untuk memilih, membuat dan menyediakan makanan yang lebih berkhasiat,” kata Nathan Deverre. 

“Kami telah menjalankan kempen CSR selama 12 tahun. Sudah tiba masanya untuk kami mengembangkannya demi memberi manfaat kepada lebih ramai kanak-kanak dengan menyampaikan mesej 3S melalui cara yang lebih mudah difahami. Di samping tip-tip yang dapat peserta manfaatkan di rumah, mereka juga dapat berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga,” katanya lagi.


“Hari ini saya belajar bahawa saya perlu makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan protein. Selain perlu mengurangkan pengambilan nasi dan roti yang saya sangat gemari. Makanan yang saya buat hari ini cukup sedap dan sihat. Saya akan cuba untuk makan hidangan yang seimbang setiap hari untuk jadi lebih sihat dan akan lebih banyak bersenam,” kata salah seorang peserta. 

Ayam Brand™ membawakan kempen ini secara dalam talian dan menghebahkannya menerusi media sosial dengan pengaktifan peraduan Show Us Your Healthy Plate, selain berkongsi kemas kini program secara langsung. 

Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand™ 2019 Bawa Mesej Nutrisi Seimbang Ke Negeri Pahang untuk Menangani Masalah Obesiti dalam Kalangan Kanak-Kanak


Empat buah rumah kebajikan akan menerima bekalan produk Ayam Brand™ selama dua bulan yang bersamaan dengan 31,680 hidangan sihat untuk 176 orang penghuni. 


Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand™ 2019 Bawa Mesej Nutrisi Seimbang Ke Negeri Pahang untuk Menangani Masalah Obesiti dalam Kalangan Kanak-Kanak

Sekolah Kebangsaan Kempadang telah muncul sebagai juara untuk pertandingan Ayam Brand Suku-Suku Separuh Healthy Festival 2019 peringkat negeri Pahang. Pemenang menerima piala dan sijil penyertaan daripada Ayam Brand untuk hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia yang terdiri daripada telur berinti sardin, sandwich makerel dan salad kacang panggang dan jagung.

“Ayam Brand™ telah menyokong NGO selama bertahun-tahun, rumah-rumah kebajikan sentiasa ingin dipilih kerana sumbangan produk mereka dilihat penting terutama ketika kekurangan sumbangan dari orang awam. Terima kasih kepada Ayam Brand™ kerana konsisten dalam mengambil berat terhadap komuniti,” kata wakil dari Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom.

Mahu membantu komuniti di negeri anda? Sila layari Ayam Brand™ e-charity di https://www.ayambrand.com.my/e-charity.html dan beli produk Ayam Brand untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan pilihan. Ayam Brand™ e-charity menawarkan potongan sebanyak 15% daripada harga runcit dan perkhidmatan penghantaran percuma untuk memudahkan dan menjadikan Malaysia yang lebih sihat, Mulakan Sekarang.

3 comments

  1. Betul tu reen. Peratus obesiti di kalangan kanak2 semakin meningkat. Bagus ada program mcm ni utk educate mereka.

    ReplyDelete
  2. konsep yang bagus kalau rajin amalkan. Tahniah adik adik yang menang

    ReplyDelete
  3. wah terbaik lah chef-chef cilik
    kagum Hans tengok kecil-kecil dah power masak

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex