Tempat makan best di Mentakab Pahang Tuned Up Cafe

by - Monday, September 09, 2019

tempat makan hipster temerloh

Assalamualaikum dan Hai. Masih mood bercuti ke tu? Untung bulan ni sebab tiga kali berturut-turut Isnin cuti. Jadi cuti hujung minggu jadi panjang la dari biasa kan. Kali ni Cik Renex nak berkongsi satu tempat makan atau cafe yang hipster dan sedap di Mentakab Pahang.  Mana lah tahu, dah bosan-bosan makan kat rumah nak cuba makan di cafe ala-ala hipster pulak. 

Tuned Up cafe ni terletak di Mentakab Pahang. Kena ikut jalan bypass lama dan jalan jpj baru la jumpa cafe ni. Sebab bukan terletak jalan utama jadi macam payah juga nak bagi landmark pada kawan-kawan cafe ni. hiks.

tempat makan hipster temerloh
Frappe Oreo


tempat makan hipster temerloh
Chicken Chop

tempat makan hipster temerloh
Chicken Grilled

Apa yang CR order? CR order Chicken Grilled, Chicken Chop , Frappe Oreo dan Epal Asam Boi. Bagi CR, Chicken grilled dia sedap, sos dia pun okay. CR tak makan sangat mashed potato sebab tak kena selera tapi sayur Coeslow cafe ni sedap. 

Portion ayam pun boleh tahan sizenya dan cukup la untuk seorang makan kenyang. :) 


tempat makan hipster

tempat makan hipster temerloh mentakab

 tempat makan hipster temerloh

Bagi CR lah kan, sesuatu cafe tu kalau nak viral dan nak tarik lebih ramai pelanggan adalah dengan hiasan cafe tu cantik. Bila deko cantik, mesti pelanggan ramai datang. Selain makan, boleh selfi puas-puas lak kan.

Decoration Tuned Up cafe bagi CR cantik dan ada tempat yang boleh snap gambar. Suasana dalam cafe tu pun tenang je. Kalau nak sambut birthday atau anniversary pun boleh jugak kat sini. Sebab kawasan dalam tu luas juga. Staf-staf pun boleh tolong untuk suprisekan orang yang tersayang tu. hehe

Jadi, kalau ada pembaca yang tetiba sampai ke Mentakab, boleh la singgah cafe ni dan mencuba menu di sini. 


Tempat makan best di Mentakab Pahang Tuned Up Cafe

TUNED UP CAFE



12. Jalan Bukit Keramat 8, Taman Bukit Keramat
28400 Mentakab

011-1460 9500



You May Also Like

9 comments

  1. Wah nampak menarik. Deco pun cantik. Memang akan jadi tarikan utk pelanggan. Thanks sebab share :)

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2019/09/book-review-toksik-by-afiq-abruzzi.html

    ReplyDelete
  2. Betul2. Tempat2 mcm ni selalu org pegi sebab temapt dia cantik and instagram worthy hehe. Tapi kalau makanan sedap tu mmg plus point

    ReplyDelete
  3. cantik cafe ni!
    amek gmbr byk2 upload kat ig.. hihi

    ReplyDelete
  4. Hurmm... mesti dak-dak hipster suka pegi sini ehh!

    ReplyDelete
  5. Wah nnt balik temerloh kena singgah mentakab ni

    ReplyDelete
  6. menarik konsep cafe dia.. makanan pun mengancam..

    ReplyDelete
  7. sangat menarik seperti nya konsep nya
    simak juga tentang cara menjaga kebugaran

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.