Percutian Ke Bali Dengan Menggunakan Cathay Pacific

by - Friday, August 30, 2019



traveloka



Bukan senang nak pergi melancong dalam keadaan ekonomi sekarang ni yang tak menentu and of course kalau kita nak pergi bercuti kita kena kurangkan kos sebaik mungkin. Tak kisahlah kalau korang nak naik kereta atau nak naik flight, tapi yang pastinya korang kena pandai bajet. And pada zaman teknologi kini segala-gala benda senang dari nak buat online transaction kepada online booking. CR nak cerita sikit pasal salah satu airline yang ada kat dunia ni. And CR akan cerita sikit macam mana nak cari Cathay Pacific online promo kat korang semua dan juga sikit info pasal cathay pacific supaya kenal sikit siapa diorang ni. Jom mulakan! 



Bali

Tapi sebelum tu kemana destinasi kita? Hmm CR berangan-angan nak ke Bali. Tapi tak tahu la bila nak perginya. Hikss. Berangan tak perlu bayar kan. Bila sebut Bali memang kita akan terbayang keindahan pulau dan pantai yang cantik di sana kan. Untuk dapatkan harga tiket murah, pertama sekali korang kena pergi ke web atau apps Traveloka. Lepas tu korang boleh search for cheapest flight to Bali. Then, pilih tarikh yang kita nak plan, dan CR cadangkan korang pilihlah tarikh bukan cuti sekolah atau bukan musim perayaan sebab masa tu memang akan dapat harga yang menarik tertarik da boom. Pastu korang click search flight. Kalau tak dapat maksudnya takdelah kat tarikh tu so kena search tarikh lain lak. 

Cathay Pacific


Nanti akan keluar jugak result dari airline lain so masa ni kita boleh bandingkan harga senang je kat satu tempat. Tak payah pergi satu persatu dah jimat masa kita kan. Pada masa sekarang ni Cathay Pacific ni boleh pergi ke lebih kurang 90 destination, lebih kurang 35 negara so cuba anda bayangkan macam-macam tempat yang uolls boleh pergi. Cathay Pacific ni airlines dari Hong Kong, dan pernah menang award tau pada tahun 2016 sebagai pembersih dan first class terbaik dunia. 

Kalau korang nak tau lebih lanjut , boleh baca info dekat traveloka tu. Ada banyak policy yang korang leh baca berkenaan rules rules yang kita kena patuhi. Baggage maximum berapa, kalau lebih berapa kena tambah, pet takleh bawak, barang apa yang boleh bawak dalam luggage dan sebagainya. Time nak check in pukul berapa sebelum flight, kalau cancel atau reschedule macam mana nak buat semua info ada. 

Sekali sekala korang try la naik ngan Cathay Pacific ni untuk experience camne terbang dengan award winner pada tahun 2016 ni. Oh ya dekat Traveloka ni kita boleh juga book terus dan buat payment, sebab apps ni antara yang paling selamat untuk buat online transaction. Kalau ada apa-apa masalah korang boleh roger helpline diorang yang operate 24 jam. Nombor telefon local pun ada so takyah nak tunggu office hour negara luar. Kalau selalu fly dengan Cathay Pacific ni korang boleh involve dengan Marco Polo Club program. Korang boleh dapat banyak benefit kat sini, and dia ada banyak level. So kalau rasa diri tu banyak travel gunakanlah benefit ni sebaik mungkin. 


Actually ada 4 seat options dengan Cathay Pacific ni, ikutlah bajet korang, sama ada nak economy, premium economy, business atau first class. Untuk premium economy lak seat dia besar sikit and lebih selesa untuk tidur. Korang boleh request blindfold untuk tidur kalau nak. Makanan lak lebih banyak pilihan dan sedap-sedap gak tu. Business class lagi best, sebab seat dia besar and ada privacy sikit. Makanan lak datang dari chef from the top restaurant . 

Economy class ni sama jugak macam airline lain, ada tempat untuk letak barang kat depan seat dan selesa, and ada jugak in flight entertainment untuk perjalanan yang jauh. Makanan pulak ada 4 pilihan so korang boleh pilih ikut yang mana nak. Untuk first class pulak seat kita boleh tukar jadi bed so untuk flight yang jauh confirm kita nak rehat secukupnya kan. Makanan kita boleh pilih banyak pilihan dan korang siap boleh pilih time bila nak makan. Cuma kat sini CR nak pesan janganlah order time take off atau time landing, terpelanting lak makanan kita nanti. Hahaha. 

So nanti kat Bali kita boleh la enjoy puas-puas jika dapat sampai dengan selamat InsyaaAllah. Yang penting kita sampai dengan selamatnya dan baru boleh enjoy the beautiful pulau. 

You May Also Like

12 comments

  1. Bali antara destinasi tercantik juga kan kat dunia ni. Betul tu.. Nak pergi entah bila ahaha.. So jom sama2 berangan dulu.

    ReplyDelete
  2. Good sharing.. nanti boleh Kak Sue intai-intai Traveloka dengan Cathay Pacific nie..

    ReplyDelete
  3. nak ke bali juga..bestnya kalau dapat pergi..Tempat dia pun lawa je..ok nanti usha traveloka denagn cathay ni..tak pernh naik kapal terbang actually..haha

    ReplyDelete
  4. Syoknya dpt cuti jauh2..wawa xde kesempatan lagi nak bercuti sbb husband xfree sokmo.. Huhu..

    ReplyDelete
  5. Nak ushar lah flight cathay pacific ni. Kot dpt tiket murah boleh lah bercuti ke Bali.

    ReplyDelete
  6. ray teringin nak try cathay pacific ni tp xde rezeki lagi.

    ReplyDelete
  7. nice tips CR. boleh lah try lepas ni kowt2 dpt murah jugak. hee

    ReplyDelete
  8. Nice sharing 👍👍👍.. Singgah sini jap.

    ReplyDelete
  9. new website ye? boleh cuba explore nanti kot ada yang menarik kalau nak pergi travel

    ReplyDelete
  10. Thanks CR, next time nak cuba naik Cathay Pacific.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.