Ultron Kuantan New Year Run , Larian Tahun Baru

by - Tuesday, February 05, 2019

Assalamualaikum dan Hai. Sedar tak sedar dah masuk bulan Februari dah kita yer. Lamanya Cik Renex tak update blog. Sibuk dengan urusan menjahit dan urusan keluarga. Tiga minggu berturut-turut CR berulang ke Kluang sebab nak tengok kakak CR yang sakit nak bersalin. :)
Kisah tu nanti CR  ceritakan di lain entri yer sebab entri kali ni nak berkongsi tentang kisah CR menyertai larian pertama untuk tahun baru.

Larian kali ni seperti biasa anjuran dari Adham Bike Centre. Dan acara kali ni diadakan dua hari iaitu hari Sabtu dan Ahad. Sabtu malam ahad itu ada acara 'Ride' sejauh 30km kalau tidak silap manakala 'Fun Run' yang CR sertai ini pagi Ahad tu. Sabtu malam tu hari dah hujan lebat sangat tetapi acara tetap diteruskan. Risau juga pagi tu hujan sebab sampai kami tidur hujan tak berhenti lagi.


Pagi tu memang hujan lebat dan ingatkan akan terbatal Fun Run ni dan rasa macam kecewa dah. Tetapi bila sampai tempat kejadian tu, dah ramai peserta tunggu walaupun hari hujan membasahi bumi Indera Mahkota. :) Larian diteruskan bila hujan dah makin reda tapi di pertengahan larian tu, hujan turun semula mengiringi larian kami. Nak taknak teruskan juga sampai ke garisan penamat



Muka puas bila dah sampai garisan penamat. Kalau perasan, masa gambar ni diambil hari hujan lagi. Tapi rasa macam seronok pula berlari dalam hujan, tu laju je sampai dari kebiasaannya. Peluh pun tak berasa sangat sebab dah campur dengan hujan. Confius peluh ke air hujan. hahaha




So ini lah masa yang dicatat oleh CR untuk Ultron Kuantan New Year Run ni. Larian sejauh 5.4 km selama 48 minit 31 saat. Pace 8.57/km dan pace kali ni antara yang terbaik sepanjang CR sertai acara lain. Selalu 9 ke atas, dan kalau joging petang-petang lama ke teruk Pace iaitu 11 ke atas. Malu sis tengok pace sendiri. huhu. Bila time larian macam ni lah baru semangat sikit nak berlari. Bila masuk dalam group Facebook Malaysia Runner, tengok diaorang pace segan kita. Kita pace siput dieorang semua pace Arnab. Pace 5/km je masing-masing.


Gambar wajib selepas penat berlari sejauh 5KM .

Okay,sekian update untuk larian pertama tahun ni. Suka update di blog sebab nak jadikan kenangan pada masa akan datang. Tahun ni azam, satu bulan satu larian. Siapa nak join sekali, jom. :)

You May Also Like

9 comments

  1. wah seronoknya dapat join aktiviti macamni... saya tak pernah join aktiviti macamni, kalau ada pun merentas desa kat sekolah dulu je lah hahaha

    ReplyDelete
  2. Bestnya.. Lama da tak run. Dulu rajin sangat. Skg kurang da. Badan rasa fresh after run, itu yg best. Cuma x da masa. Pace 8? Kalau la tu. Nanti kalau kamu rajin buat running g, makin lama makin speed. Keep going girl :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann mmg fresh sgt,tenang rasa fikiran bila da lps join lari tu..

      Delete
  3. 'pace 8, okay lah tu..' sorry typo pula 😅

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah CR berjaya ke garisan penamat walaupun hujan.. Macam biasa geram tengok medal tu.. harap ada peluang dan rezeki nak join program macam ini satu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom join jgak nanti Husniey,ajak Husband.. syiokk..hehe

      Delete
  5. Tahniah reen. Semakin aktif join fun run ana tgk. Ana ntah bila ntah nak join. Hehe.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.