CSR TOP Menyumbangkan Pakaian Seragam Sekolah Kepada 500 Orang Pelajar Demi Masa depan yang Lebih Cerah, Dengan Kerjasama MYDIN

TOP, jenama bahan pencuci No. 1 di Malaysia kembali menceriakan 500 orang kanak-kanak dari beberapa buah NGO terpilih di seluruh negara menerusi kempen CSR Cerahi Kehidupan Bersama TOP. Memasuki tahun keempat, kempen tersebut menyediakan pakaian seragam dan keperluan persekolahan kepada lebih 1,600 orang kanak-kanak dari 18 buah rumah kebajikan. 

TOP bekerjasama dengan peruncit utama, MYDIN untuk melaksanakan kempen mengumpul dana CSR bermula 15 November hingga 15 Disember, di mana, 30 sen daripada jualan produk terpilih TOP di semua cawangan MYDIN di seluruh negara akan disalurkan untuk membeli keperluan persekolahan anak-anak yang berusia di antara 7 hingga 17 tahun dari 18 buah rumah kebajikan. 

Keperluan persekolahan itu termasuklah pakaian seragam, beg sekolah dan alat tulis yang lengkap buat semua kanak-kanak yang terlibat. 

Kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera dan Rumah Hope menerima sumbangan pakaian seragam dan keperluan lain dari Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd, Mr. Leroy Yoon (jaket kelabu) 

Kempen ini mempunyai dua objektif utama iaitu memberikan kanak-kanak pakaian seragam baharu yang boleh mereka banggakan, seterusnya memberikan motivasi untuk mereka mencapai sesuatu dengan lebih tinggi dengan menaikkan keyakinan dan harga diri mereka. Ia juga bertujuan mendidik mereka tentang pentingnya gaya hidup yang bersih. Ini termasuklah menjaga dan mencuci pakaian masing-masing agar sentiasa bersih. 

Pakaian seragam untuk kanak-kanak dari rumah kebajikan di seluruh negara ini sudah boleh diambil sebelum sekolah dibuka. Ini pasti memberi ketenangan minda kerana mereka boleh memakai pakaian baharu untuk sesi persekolahan yang baru. 

Mr. Leroy Yoon,Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd menerangkan kepada kanak-kanak dari rumah kebajikan bagaimana mereka boleh menggunakan pencuci TOP untuk membasuh pakaian seragam mereka secara berkesan. 

Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn. Bhd., Mr. Leroy Yoon berterima kasih kepada MYDIN dan para pelanggan atas sokongan mereka terhadap program yang nyata memberi harapan serta kegembiraan kepada kanak-kanak berkenaan. 

“Kami terharu dengan sokongan MYDIN dan para pelanggannya yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi dalam menjayakan kempen yang cukup bermakna ini. Sumbangan ini sangat bermakna kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sokongan mereka nyata memberi harapan dan kegembiraan kepada kanak-kanak yang tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan dengan pakaian seragam baharu, sama seperti rakan-rakan mereka yang lain. 

“Pada masa yang sama, TOP juga berbangga untuk menawarkan inovasi dan manfaat produk kami kepada semua. Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif yang dapat memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk menikmati masa depan lebih cerah. Terima kasih kepada semua pengguna TOP yang menjayakan kempen ini selama empat tahun berturut-turut,” kata Mr. Yoon. 

18 buah rumah kebajikan yang terlibat ialah:- 

Kedah/Perlis 
1 Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda 
2 Rumah Superkids 

Penang 
3 Pertubuhan Rumah Kebajikan Seri Cahaya Pulau Pinang 
4 Pusat Jagaan Persekutuan Kebajikan Anak Anak Yatim Islam Pulau Pinang 

Kelantan/Terengganu 

5 Rumah Tunas Harapan Pakatan Kasih 
6 Rumah Anak Yatim dan Dhuafa' Siti Aminah (RAYSA) 

Perak 
7 The Salvation Army Ipoh Children's Home 
8 Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Nurul Iman 

Kuala Lumpur/Selangor 
9 Rumah Hope 
10 Rumah Bakti Nur Syaheera 

Pahang 
11 Badan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Nadwah Permata Camar 
12 Pusat Jagaan Wanita dan Kanak-kanak Casa Harapan 

Negeri Sembilan 
13 Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Rhema 
14 Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA) 

Melaka 
15 Pertubuhan Kebajikan Bhagawan Sri Ramakrishna Malaysia 
16 Pusat Jagaan Kanak-Kanak Harapan Bukit Baru 

Johor 
17 Pusat Kebajikan Kalvari Johor 
18 Persatuan Kebajikan Darul Hanan 



Mengenai Southern Lion Sdn Bhd 

Southern Lion Sdn Bhd ialah syarikat kerjasama 50/50 di antara Lam Soon (M) Bhd dan LION CORPORATION, Jepun. Ia terus menambah baik kualiti kehidupan pengguna di Malaysia dengan menawarkan produk-produk isi rumah seperti penjagaan fabrik, kediaman, kecantikan dan oral yang inovatif pada harga mampu milik. Southern Lion merupakan syarikat pengeluar bahan cucian pertama yang menerima persijilan ISO 9001. 

Maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan: 1800-88-0133. 


2 comments

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex