Lirik Lagu OST Drama Pujaan Hati Kanda | Pujaan Hati Adira Suhaimi

by - Saturday, December 22, 2018

Sinopsis drama Pujaan Hati Kanda



Assalamualaikum dan Hai. Selamat menikmati cuti hujung minggu anda. Ada tak yang ambil cuti Isnin ni? Dah alang-alang Selasa tu cuti umum sempena Krismas kan, lajakkan terus cuti sampai Selasa. Cik Renex tak bercuti sebab nak simpan cuti untuk guna tahun depan. Banyak sikit cuti nanti.

Lama sebenarnya tak share drama baru dan lirik lagu OST drama baru. Kali ni CR nak kongsikan sinopsis drama baru iaitu Pujaan Hati Kanda yang ditayangkan di TV3. Darma bersiri ini lakonan pujaaan hati CR iaitu Remy Ishak dan Mira Filzah. Drama ini juga diserikan lagi dengan baby comel iaitu Aydeen Mikael. Comel sangat baby ini , nak tengok dia boleh pergi ke Instagram @aydenmikael_mz

Drama ni dah mula ditayangkan Khamis baru ni, jadi dah dua episod ditayangkan. Tak sabar nak tunggu sambungan Isnin ni pula. Drama ni sebenarnya diadaptasi dari novel juga karya daripada Aulia Iman.


SINOPSIS PUJAAN HATI KANDA

Mengisahkan Megat Danish (Danny), seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima satu hadiah iaitu bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.

Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi anak kandungnya. Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara, pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya. Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi? - sumber google

Dannn seperti biasa, CR akan tertarik dengan lagu OST drama ini. Lagu kali ini dibawakan oleh penyanyi dewi OST iaitu Adira Suhaimi. Best weh lagunya, dah lama dia diam tak menyanyi. Bila dah keluar lagu baru, best pulak tu. Jom kita dengar lagu yang diberi tajuk Pujaan Hati ini.


Sinopsis drama Pujaan Hati Kanda






Lirik Lagu Pujaan Hati 

Penyanyi : Adira Suhaimi
Lagu : Ikhwan Fatanna & Ayden Ali
Lirik : Arisz Ab Rahman & Ikhwan Fatanna
Terbitan : Nova Music (M) Sdn Bhd


Suatu masa dulu
Ku dibuai keliru
Terlena dengan dosa

Kau hadir melengkapi
Segala kekurangan
Di hati kau sejati

Biar berjuta halangan
Rela ku tempuhi
Ku genggam abadi
Demi cinta suci

Hanya dirimu pujaan hatiku
Hanya padamu ku serah cintaku
Kau segalanya bagiku terindah
Hingga ke akhirnya nafas ini

Lahir sebuah mimpi
Dari satu misteri
Dirimu menantiku

Biar berjuta halangan
Rela ku tempuhi
Ku genggam abadi
Demi cinta suci

Hanya dirimu pujaan hatiku
Hanya padamu ku serah cintaku
Kau segalanya bagiku terindah
Hingga ke akhirnya nafas ini

Andai perit luka ini
Takkan pernah ku peduli
Biarkan aku teruskan menanti

Kita pastikan bersama
Yakin dengan takdir Tuhan
Kita kan bahagia

Hanya dirimu pujaan hatiku
Hanya padamu ku serah cintaku
Kau segalanya bagiku terindah
Hingga ke akhirnya nafas ini
Nafas ini

Hanya dirimu pujaan hatiku
Hanya padamu ku serah cintaku
Kau segalanya bagiku terindah
Hingga ke akhirnya nafas ini


Sinopsis drama Pujaan Hati Kanda
(sumber IG Remy Ishak)

Hai Kanda Remy Ishak. <3 div="">

You May Also Like

7 comments

  1. Lagu dia best.. suara adira tu ohsem..

    ReplyDelete
  2. kuat sangat gandingan 2 orang ni sejak akhir2 ni.. hii..

    ReplyDelete
  3. kena tengok laaa drama ni macam best

    ReplyDelete
  4. takpernah tak sedap 😍 and gandingan remy dgn mira ni mmg bestla . semoga ada lagi gandingan remy dgn mira hehe

    ReplyDelete
  5. Thank you for the lyrics Cik Renex!! :D

    ReplyDelete
  6. Tak pernah tengok drama ni dan tak pernah dengar lagu ni

    ReplyDelete
  7. Mira filzah lah berlakon..minat dia berlakon

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.