Lipis Fun Run 2018, World Sight Day 2018

by - Sunday, October 28, 2018


Lipis Fun Run 2018, World Sight Day 2018

Assalamualaikum dan Hai. Sebelum mula entri kita belanja gambar double chin Cik Renex yang melimpah ruah ni. Tak sempat nak cover double chin, teruja sangat nak bergambar kan. Sebelum ini CR pernah update mengenai larian di IPD Temerloh sempena Hari Sukan Negara 2018. Mana yang tak baca lagi boleh klik SINI. CR berlari di Temerloh pagi tu dan petang nya pulak bertolak ke Kuala Lipis untuk berlari esoknya di Hospital Kuala Lipis.

Penat berlari di Temerloh pun tak sempat nak habis terus kena drive ke Kuala Lipis. Nampak tak betapa gigihnya kami menyertai aktiviti larian ni. Haha. Sampai kadang-kadang tu CR tanya kawan CR "Macam mana kita boleh terjebak dengan aktiviti fun run ni ye". Haha 




CR ke Kuala Lipis dengan tiga lari kawan CR iaitu Wani, Sam dan Sapik. Gerak lebih kurang jam 345 petang sampai dalam jam 6.30 macam tu ke Kuala Lipis. CR ke sana ikut jalan Jerantut - Kerambit. Walaupun jalan berliku dan berbukit-bukit akhirnya sampai juga kami dengan selamatnya ke Kuala Lipis. 



Kami menginap di Hotel Jelai Kuala Lipis je nasib ada kosong. Lepas Maghrib kami pun keluar ke bandar mencari  makan kerana perut terasa lapar. Tak tahu nak makan mana sebenarnya, bila tanya receptionist,, dia cadangkan suruh makan di area Lipis Baru. Kami pun try je la meronda2 mencari kedai yang buka dan terjumpa lah kedai Burger Boys Republic. Kami sepakat order Chicken Chop, nampak sangat sehati sejiwa. Haha. Lepas makan kembali ke hotel dan prepare baju untuk esok. Baju pun baru dapat malam tu, nasib ada kawan CR yang tolong ambilkan. Thanks Krul. ☺️

Lipis Fun Run 2018, World Sight Day 2018

Pagi esoknya, dalam jam 645 pagi kami pun bergerak ke Kuala Lipis. Jalan kaki je dari Hotel Jelai tu je sebab dekat je hospitalnya dari tempat kami menginap tu. Sampai-sampai tengok dah ramai yang datang. Cantik je suasana di hospital tu sebab semua pakai baju warna pink. Cantik! Hee


Lipis Fun Run 2018, World Sight Day 2018

Sebelum bermula larian macam biasa kena selfie. Eh silap kena berzumba dulu, panaskan badan. 😁 Tapi CR buat ala kadar je. Haha. Dalam 730 kami semua pun dilepaskan untuk berlari. Ramai kali ni yang join, ada yang datang satu family dengan anak2 dan budak2 sekolah pun ramai juga. Semangat masing-masing berlari dan berjalan. 

CR pulak macam biasa, mula-mula berlari, berjalan, berlari dan akhirnya berjalan sahaja.  Laluan larian kali ni agak mencabar juga sebab ada naik bukit dan turun bukit. Mengah jugak la bila naik bukit tu. Huhu

Jarak larian sepatutnya 5km tapi dalam apps CR jaraknya lebih kurang 5.9km. Hampir sejam berapa minit entah barulah CR berjaya tamatkan larian.

Lipis Fun Run 2018, World Sight Day 2018

Bila dah berjaya sampai ke garisan penamat ni, haruslah pergi ke orang yang menjaga medal.  Tak sabar nak tengok medal yang cantik. Bila dah dapat teruslah berselfie dengan medal. Acah-acah penat berlari padahal banyak berjalan jer. 

Lipis Fun Run 2018, World Sight Day 2018

Misi kami berempat berjaya! Semua berjaya tamatkan larian dengan selamatnya. Sebelah CR tu paling cepat sampai, hebat lah Sam!!

Lipis Fun Run 2018, World Sight Day 2018

Lipis Fun Run 2018, World Sight Day 2018

Cantik tak medalnya? Lipis Fun Run 2018 Run For Your Sight.  Medal ke Enam CR dan puas hati bila dapat medal ni. Dah habis larian, tunggu cabutan bertuah tapi kecewanya kami berempat takde yang bertuah. Hadiah dah la best, ada TV, barang elektrik dan yang paling gempak sekali adalah hadiah BASIKAL. Untung adik yang seorang tu dapat basikal. Frust rasa tak dapat hadiah pape. huhu




Lepas dah habis, maka kembali lah semula ke hotel, kemas2 barang dan pergi makan tengah hari dulu. Siap makan terus kembali ke Bera yang terchenta. :) Untuk bulan depan,inshaAllah ada lagi larian yang CR akan join nanti akan diceritakan disini ye. Jumpa lagi next post. 

You May Also Like

10 comments

  1. bestnya! takpernah join lg setakat ni huhu

    ReplyDelete
  2. Wah.. semangat betul CR joint FunRun ini.. Kagum Sha..
    Cantik betul medal dia..

    ReplyDelete
  3. Dah lama ta join apa-apa run after habis study sebab masa kat u hampir setiap minggu ada persatuan anjurkan run run ni.

    ReplyDelete
  4. Best kan? Diah pun jadi ketagih join fun run ni

    ReplyDelete
  5. hai cik renex. waahhh bestnya join funrun. ana ni lama dah teringin tp tu lah blm berkesempatan eheee~

    ReplyDelete
  6. Bestnya CR dapat join fun run macam ni. Kalau berkesempatan kita pun teringin nak join. Semoga istiqomah bersukan/bersenam yer CR.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.