Detoks dengan Zero Belly Fruitea Detox

Assalamualaikum dan Hai. Sedar tak sedar dah masuk bulan September dah kita dan sedar tak sedar misi diet untuk tahun ni dah menghilang ke dasar laut dalam. haha. Memang azam tahun ni nak misi turunkan berat badan bagi dapat bmi yang normal tapi bila tengok pada lifestyle Cik Renex ni macam jauh sangat nak sampai ke bmi normal ni

Tambahan pulak asyik makan jerrr sejak dua menjak ni. Siapa yang follow Instagram CR mesti tahu CR asyik post makanan je kan. Tak pernah lak post makanan untuk diet yang sihat. haha.

Detoks dengan Zero Belly Fruitea Detox


Tapi nasib baik lah CR jumpa satu produk ini dan CR berharap produk ni sedikit sebanyak dapat membantu CR dalam mencapai azam CR. Siapa pernah dengar produk Zero Belly Fruitea Detox produk keluaran Imaan Suci World HQ?

Sebelum kita cerita lebih lanjut mengenai produk Zero Belly ni CR nak terangkan dulu apa maksud detoks dan kenapa kita perlu detoks? Pada zaman sekarang sebenarnya banyak sumber asli kita dah tercemar. Dan yang itulah yang masuk kedalam badan kita melalui sumber makanan,minuman dan udara.

Kadang kita fikir makanan yang kita ambil sihat tapi sebenarnya ada bahan yang berbahaya. Dan semua ini akan mengumpulkan toksin di dalam badan kita. Nak membuangnya bukan perkara yang senang. Rasa-rasa berapa banyak agaknya toksin dah terkumpul dalam badan kita ni?

Toksin inilah yang membawa penyakit kepada badan kita jadi  kita perlu membuang toksin yang terkumpul dalam badan kita ni. Untuk itu, kita perlu melalui satu proses yang dipanggil Detoks.

Detoks dengan Zero Belly Fruitea Detox


Jadi, bila CR dah jumpa produk Zero Belly Fruitea Detox ni, ia menjadikan kerja detoks CR lebih mudah. Dulu produk dikenali sebagai Imaan Fruitea Daily Detox dan sekarang telah diperbaharui dengan rupa paras yang lebih menarik serta pembungkusan yang jauh lebih berkualiti dan selamat.



Detoks dengan Zero Belly Fruitea Detox

Teh detox ZERO BELLY dibungkus di dalam aluminium foil  yang mengandungi 5 uncang setiap peket yang dimasuk ke dalam tumbler yang menarik dan berteknologi tinggi dengan ciri-ciri berikut;

  • BPA FREE
  • FOOD & DRINK SAFE
  • TAHAN AIR MENDIDIH
  • KUAT & LASAK
  • TAHAN LAMA


Penambahbaikan kualiti untuk satu produk teh detox yang sememangnya terbukti berkesan. Antara kesan baik dalam mengambil Zero Belly Fruitea Detox adalah :

  • Pencernaan
  • Detoxifikasi (nyah toksin)
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Mengawal gula dalam badan
  • Anti Kanser
Nama pun Zero Belly kan, pastinya ianya juga membantu kita mengempiskan perut yang sedia mengembang dengan jayanya ni jugak. hehehe.

Zero Belly Fruitea Detox ini sangat senang untuk disediakan, hanya perlu rendam 1 uncang teh detox dalam tumbler yang berisi air panas. Tunggu beberapa minit dan siap untuk diminum. CR selalu minum sebelum tidur, bila bangun pagi sebelum kerja tu baru la lawas sedikit untuk membuang. :)

imaan world

Rasa Zero Belly ini sangatlah sedap, tak kelat dan berbeza dengan teh detox yang CR pernah rasa. Rasa macam minum air biasa dan bukannya air detox. Walaupun bertukar nama, Imaan Suci World HQ masih mengekalkan formula dan kandungan terbaik untuk teh detox seperti Durian Belanda, Malberi, Markisa, Daun Gelenggang dan Daun Teh. Diproses secara natural, ia tidak mengandungi bahan kimia dan semestinya selamat dan sedap untuk diminum.




Zero Belly Fruitea Detox boleh diminum panas atau sejuk . CR lagi suka minum masa panas-panas tu baru sedap. Dan setiap uncang tu sebenarnya boleh digunakan atau dibancuh sebanyak dua kali. Jimat dah kat situ kan, bancuh pagi kemudian guna uncang yang sama untuk malam pulak.

Kepada yang ada masalah pencernaan digalakkan untuk minum 1 atau 2 uncang setiap hari. Manakala yang nak kurangkan berat badan sesuai  minum 2 uncang 2x sehari. Indvidu yang nak kekalkan berat badan sedia ada disarankan  minum 3x seminggu.


Zero Belly Fruitea ini juga boleh di minum semua orang termasuk;
  • Yang berumur 7 tahun ke atas
  • Wanita menyusu badan
  • Pesakit diabetic &gastrik

Walaubagaimanapun, ia tidak digalakan untuk wanita yang sedang mengandung.



imaan world


Anda jangan risau dan was was untuk mengambilnya. Ini kerana Teh detox ZERO BELLY ini dikilang di premis yang mempunyai GMP & SO (9001 / 22716) dan telah mendapat pensijilan daripada MELAKA BIOTECH CORP yang diiktiraf KKM. Cik Renex dah rasa, korang tak teringin nak cuba ke? Harap-harap masalah perut buncit dan pencernaan CR akan okay sikit selepas pengambilan Zero Belly ni,

Harga Promosi : RM55 Harga Normal : RM60


Cara untuk hubungi 

Imaan Suci World Hq


Website rasmi:
http://www.imaanworld.com.my/

Instagram :

Email :
inquiry@imaanworld.com

No telefon:

019 286 2828
013 234 4848

Alamat :

Wow Mission Sdn Bhd
No 3A-08 , D' Pandan Avenue 3,
Taman Pandan Mesra, 68000
Ampang Selangor.


12 comments

  1. menarik, sesuai untuk lelaki tak ?

    ReplyDelete
  2. kalau beli teh detox ni dapat sekali botol ke? berkenan pula dengan botol air tu..hihi

    ReplyDelete
  3. lepas ni slim la cik renex adanya detoks ni

    ReplyDelete
  4. bagus betul produk ni sebab mostly guna bahan semula jadi kan. barulah tak ragu-ragu :D

    ReplyDelete
  5. terbaek.. selamat mendietkan diri :)

    ReplyDelete
  6. mudah cara nak bancuh pun dan mudah nak amalkan setiap hari gitu kan.

    ReplyDelete
  7. Senang nak detox dah lepas ni. Yang penting selamat dan halal kan Reen.

    ReplyDelete
  8. kena pi beli n cuba la..pasti mujarab!

    ReplyDelete
  9. wahh baguslah kak detox . nanti makin cantik dan sihat kan.

    ReplyDelete
  10. kita mempunyai azam yang sama dan nampaknye kelaut dalam juga haha
    salam kenal cik renex, kak Adaa here :)

    https://adaainspiration.com/harmonize-with-nature/

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex