Monday, April 30, 2018

Hadiah Hari Guru 2018

16 Mei setiap tahun memang akan dinanti2kan oleh setiap orang kerana pada hari tersebut adalah hari untuk meraikan cikgu kita. Pada masa tu juga kita akan hadiahkan guru kita dengan pelbagai jenis hadiah tanda menghargai jasa-jasa mereka.

Kebiasaanya,kita akan membeli frame gambar,mug,pen dan macam-macam lagi.

Tapi pada kali ni, Cik Renex ingin kongsikan idea atau contoh hadiah yang boleh diberi pada guru anda mahupun guru anak-anak anda.

Sebenarnya, hadiah ini adalah produk dari Bycikrenex iaitu igshop CR sendiri. Kalau ada yang berminat boleh la PM CR yer. Hadiah yang CR buat ini pastinya murah dan cantik. *pujidirisendiri hahaha


Contoh Hadiah Hari Guru 2018
Hadiah Hari Guru


CONTOH/IDEA HADIAH HARI GURU

1. Keychain Laminate & Felt Hari Guru

Contoh Hadiah Hari Guru 2018Contoh Hadiah Hari Guru 2018

Keychain ni adalah berasaskan felt dan gambar yang CR dah laminate kan. 

2. Keychain Printed Felt Hari Guru


Contoh Hadiah Hari Guru 2018

Contoh Hadiah Hari Guru 2018

Contoh Hadiah Hari Guru 2018

Untuk printed felt pulak CR print terus atas kain felt dan jadikan keychain.

3. Fridge Magnet Hari Guru

Contoh Hadiah Hari Guru 2018

Contoh Hadiah Hari Guru 2018

Untuk design2 ni adalah limited stock. 

4. Keychain Thanks Teacher Hari Guru


Contoh Hadiah Hari Guru 2018

Kalau yang ini pula boleh letak nama guru tapi limited nama cikgu hanya 10 huruf sahaja. 

5. Bantal Printed Hari Guru

Contoh Hadiah Hari Guru 2018

Printed pillow atau Bantal Printed ini ada beberapa design lagi. Jika berminat boleh whatsapp CR untuk lihat design yang lain. Anda boleh tambah nama cikgu dan juga nama anda di atas bantal tersebut. :)


Untuk Keychain , pada tahun ini CR akan sediakan plastik dan topper diatas, jadi senang untuk tulis nama guru dan penerima di topper tersebut.



Ada tak yang berkenan di hati? Kalau ingin menempah boleh terus whatsapp CR yer. Klik link di bawah . Terima kasih!


Instagram : @bycikrenexFacebook : Bycikrenex






Friday, April 27, 2018

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia ( LHDNM ) harus diberi pujian kerana sekali lagi pihak LHDNM ini telah berjaya meneruskan misi mereka untuk lebih mendekati masyarakat dalam membantu negara untuk membina satu masyarakat yang penyayang. Pendekatan yang dilakukan merangkumi pelbagai aktiviti di mana pihak LHDNM sendiri turun padang mengadakan aktviti kesedaran tentang maklumat percukaian, khidmat kemasyarakatan serta melaksanakan program tanggungjawab sosial.

Menerusi misi ini pihak LHDNM telah berusaha untuk mendekatkan diri mereka dengan masyarakat di seluruh pelosok negara dan kali ini mereka tiba di Terengganu pula. Kami, selaku warga pantaitimur sangat berbesar hati dan berterimakasih di atas keprihatinan pihak LDHNM yang sudi untuk mengadakan acara sebegini demi untuk mengeratkan ukhwah di antara pihak LDHNM dan masyarakat.
LHDNM Terus Laksana Tanggungjawab Sosial

Kesinambungan usaha Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam memperkasa aktiviti kemasyarakatan menerusi aktiviti tanggungjawab sosial (Social Responsibility) kali ini diteruskan dengan acara penyerahan sumbangan alat bantuan mengajar kepada lima buah sekolah terpilih di daerah Setiu, Terengganu.

Nama 5 (lima) buah sekolah yang terbabit adalah :

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penarik
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkap
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tong
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putera Jaya
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guntong

Di bawah ini adalah sebahagian gambar semasa penyampaian sumbangan terbabit di lakukan.

LHDNM Terus Laksana Tanggungjawab Sosial

LHDNM Terus Laksana Tanggungjawab Sosial

LHDNM Terus Laksana Tanggungjawab Sosial

LHDNM Terus Laksana Tanggungjawab Sosial

LHDNM Terus Laksana Tanggungjawab Sosial


Majlis ini telah diadakan bertempat di Laman Seri Rhu 10, Setiu, Terengganu dan program Tanggungjawab Sosial (SR) LHDNM tersebut telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Hanafi Iberahim, Penghulu Kanan Daerah Setiu.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah Datuk Noor Azian Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM, Tuan Hj. Ngah Bidin, Ketua Sektor Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Hj. Badrulhisham Hj. Shafie, Penolong Pegawai Tadbir Majlis Daerah Setiu, Puan Rozina Shaik Osman Merican, Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM, Puan, Zalina Chik, Pengarah LHDNM Cawangan Kuala Terengganu, Pegawai-pegawai Kanan LHDNM dan para guru serta pelajar dari sekolah yang terlibat.

program Tanggungjawab Sosial (SR)

program Tanggungjawab Sosial (SR) LHDN
 Datuk Noor Azian Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM

Datuk Noor Azian dalam ucapan beliau berkata “Program SR LHDNM pada hari ini merupakan bukti bahawa LHDNM komited dan tidak pernah jemu untuk berkongsi manfaat cukai kepada masyarakat serta berusaha meningkatkan kesedaran cukai dalam kalangan rakyat menerusi pengedaran risalah percukaian dan pembukaan kaunter perkhidmatan”.


Beliau juga mengharapkan agar sumbangan yang disampaikan kepada sekolah-sekolah terpilih di Daerah Setiu ini sedikit sebanyak akan membantu pihak sekolah dalam menyediakan fasiliti yang lebih selesa kepada para pelajar sekaligus dapat membantu sekolah untuk mencapai tahap akademik yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

program Tanggungjawab Sosial (SR) LHDN
Pengetua / wakil sekolah bergambar bersama-sama tetamu kehormat
program Tanggungjawab Sosial (SR) LHDN

Sebagai rekod, pada tahun ini saja sebanyak lima program tanggungjawab sosial telah berjaya dilaksanakan oleh LHDNM setakat ini bermula dengan Program Pembersihan Pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu. Di ikuti pula dengan Penyerahan Sumbangan Cermin Mata kepada 150 orang pelajar kurang berkemampuan di kawasan Bachok dan Tumpat, Kelantan.

Seterusnya penyerahan sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 32 buah sekolah dalam Parlimen Jerlun, Kedah. Penyerahan sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 5 buah sekolah terpilih di Bukit Mertajam dan penyerahan sumbangan dua unit Alat Bantuan Mengajar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa Kuala Lumpur baru – baru ini. Dimaklumkan juga bahawa masih ada destinasi lain untuk program sebegini yang akan LDHNM lakukan dan ternyata program sebegini benar-benar telah membuka minda masyarakat tentang tujuan utama pihak #hasil4u ini di tubuhkan.


program Tanggungjawab Sosial (SR) LHDN
Gambar kenangan wakil kami ke program tersebut. Sis Hawa, Husniey dan Sis Gee

Menerusi program tanggungjawab sosial ini juga, pihak LDHNM turut sama memberikan pelbagai maklumat supaya masyarakat lebih faham apa itu Lembaga Hasil Dalam Negeri, apakah tugas utama mereka dan lain-lain lagi.

Pengunjung juga boleh bertanya pelbagai soalan kepada wakil pihak LDHNM yang bertugas demi untuk membantu menjelaskan segala kemusykilan mereka. Pembahagian risalah - risalah kepada penduduk setempat juga merupakan satu inisiatif yang bagus untuk memberi maklumat percukaian dengan lebih tepat.

program Tanggungjawab Sosial (SR) LHDN

Secara kesimpulannya, pihak LDHNM ini ternyata amat komited dengan negara untuk memanfaatkan percukaian kepada masyarakat. Yang pasti, apa yang dilakukan oleh pihak LDHNM ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberi kebajikan untuk semua dari masa ke semasa.

Untuk lebih maklumat lanjut berkaitan pihak LDHNM, anda boleh berkunjung ke website utama #hasil di www.hasil.gov.my

www.hasil.gov.my

Bersama Membangun Negara #HASIL
Manfaat Cukai Untuk Semua #HASIL
Cukai Memakmurkan Malaysia #HASIL


Be a Responsible Tax Payer



Tuesday, April 24, 2018

Lazada's 6th Birthday Party!  dengan tema Bohemian


Dalam masa lebih kurang 10 jam lagi, Lazada akan mengadakan Birthday Festival sale (https://www.lazada.com.my/birthday-sale/) yang bermula dari 25 April 2018 sehingga 27 April 2018. Birthday Festival Sale ini di adakan sempena ulang tahun Lazada yang ke 6. Wah sedar tak sedar dah 6 tahun rupanya Lazada bertapak dalam bisnes online ni dan menjadi Pusat Membeli-belah Sehenti no 1 di Malaysia.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk shopping di Lazada kerana akan ada lebih dari 1,000 flash deals, diskaun sehingga 90% untuk setiap produk dan jenama,voucher khas istimewa untuk pengguna aplikasi dan banyak lagi kejutan dari Lazada.

Sempena ulang tahun Lazada kali ke 6 ni, mereka memberi peluang untuk kita menjadi party planner bagi majlis Lazada's 6th Birthday Party!. Oleh demikian, CR ingin mengadakan Lazada's 6th Birthday Party! di Taman Gelora Kuantan Pahang.


Mengapa CR pilih Taman Gelora? Kerana seperti yang kita boleh lihat dalam gambar diatas ,pemandangannya sangat cantik dan juga mempunyai ruang rata yang lebih luas jadi senang untuk jemputan yang ramai kan. Nama pun parti hari jadi mesti kena jemput ramai orang baru meriah.


Taman Gelora Kuantan Pahang
Taman Gelora Kuantan Pahang 



Tempat ini juga sesuai dengan tema yang CR pilih iaitu tema Bohemian. Gaya bohemian adalah gaya yang penuh warna dan bercampur antara gaya etnik, hippies dan juga vintage. Tempat yang lapang akan dipenuhi dengan meja makan pallet untuk tetamu makan,ruangan bergambar dan juga meja untuk letakkan makanan.


 Lazada's 6th Birthday Party!  dengan tema Bohemian (Lazada Birthday Festival Blogger Contest)

Cantik kan? Simple dan santai untuk majlis hari jadi.


 Lazada's 6th Birthday Party!  dengan tema Bohemian


Dengan adanya platform Lazada,ianya akan memudahkan saya untuk menghias tempat yang lapang itu dengan tema Bohemian. Sy boleh membeli wall decor ini untuk dijadikan tempat bergambar dan sesuai dengan tema Bohemian juga.


 Lazada's 6th Birthday Party!  dengan tema Bohemian



Manakala untuk keselesaan para tetamu,CR akan membeli bantal ini di platform Lazada. Memang sangat mudah dengan Lazada,pilihan yang ada juga sangat banyak dan cantik untuk dihiaskan di tempat duduk para tetamu nanti.


 Lazada's 6th Birthday Party!  dengan tema Bohemian (Lazada Birthday Festival Blogger Contest)

Lazada's 6th Birthday Party tidak akan sempurna tanpa kek. Jadi CR akan menempah kek yang berbeza perisa bagi setiap tingkat. Baru lah semua dapat merasa pelbagai jenis perisa seperti chocolate, blueberry dan cheese.


 Lazada's 6th Birthday Party!  dengan tema Bohemian

Dan sesuai dengan tema Bohemian, kek tersebut juga akan dihias dengan tema tersebut seperti mana gambar di atas. 


 Lazada's 6th Birthday Party!  dengan tema Bohemian

Sy juga akan membeli birthday topper dari Lazada untuk bagi mencantikkan lagi kek tersebut. Design topper ini sangat vintage dan murah. 


 Lazada's 6th Birthday Party!  dengan tema Bohemian

Sy juga akan menambahkan hiasan di sekeliling kek itu dengan fondant rama-rama. Kerja sy jadi mudah apabila membeli acuan dari Lazada dan seperti biasa harganya pasti lagi murah. Bila kek cantik,para tetamu pastinya tidak sabar untuk merasa kek tersebut. 



 Lazada's 6th Birthday Party!  dengan tema Bohemian

Untuk ke majlis Lazada 6th Birthdah Party ni ,para tetamu juga pasti takkan ketinggalan untuk memakai baju yang bertemakan Bohemian semasa menghadiri majlis tu kan. Jangam risau sekiranya anda tidak ada pakai yang sesuai kerana di Lazada semuanya ada. Kalau CR,akan pakai dress Long Red Flower Dress Retro Bohemian seperti gambar diatas (pastinya dengan tudung) kerana ianya sangat cantik dan harga yang berbaloi.


Dengan itu selesailah perancangan majlis Lazada 6th Birthday Party dari Cik Renex. Pastikan jangan lupa untuk shopping di Lazada sempena Birthday Festival sale (https://www.lazada.com.my/birthday-sale/) yang bermula dari 25 April 2018 sehingga27 April 2018 okay.

Tuesday, April 17, 2018


Minggu Sains Negara 2018

Pada awal bulan iaitu 7 April 2018, Minggu Sains Negara peringkat negeri Pahang telah berlangsung di Temerloh. Aku yang tinggal berdekatan dengan Temerloh memang tidak akan melepaskan peluang untuk hadirkan diri ke sini. Aku tahu mengenai aktiviti ini kerana perasan banner yang dipasang di sekitar bandar Temerloh.



Minggu Sains Negara 2018
Sticker yang kita akan dapat setelah selesai berdaftar.

Aku menjadi tertarik untuk ke Minggu Sains Negara ini kerana ingin berjumpa dengan Angkasawan Malaysia iaitu Dato Dr Sheikh Muszaphar

 Angkasawan Malaysia Dato Dr Sheikh Muszaphar

 Angkasawan Malaysia Dato Dr Sheikh Muszaphar

Dato Dr Sheikh Muszaphar banyak berceritakan mengenai pengalaman beliau semasa menjadi angkasawan pertama di Malaysia yang berlepas ke ISS. Beliau pergi pada tahun 2007 , masa tu CR baru abis SPM. Memang menjadi perhatian masa tu. Antara info yang dikongsikan oleh Dato Dr Sheikh Muszaphar :

1. Tidur dalam sleeping bag dan akan diikat pada dinding ISS.
2. Berada di angkasa lepas selama 12 hari.
3. Waktu kembali di bumi, mereka mengalami tekanan 9g seolah di pijak anak gajah kerana berbeza tekanan graviti di angkasa lepas.
4. Waktu solat akan mengikut tempat mereka berlepas iaitu di Kazakhstan.
5. Minum air melalui pek air dan straw. Air akan membentuk buih / bubble dan perlu berhati-hati jangan pecahkan bubble tu kalau tidak ia akan membentuk bubble yg lebih kecil dan merosakkan alat didalam tu.

Minggu Sains Negara 2018
Selfie aku bersama dengan Dato Dr Sheikh Muszaphar. Ramai sangat yang berebut2 nak bergambar dengan beliau. Jadi,aku hanya mampu  untuk selfie dari jauh sahaja sebab tak larat nak berebut2 dah, huhu. Tapi yang penting hajat tercapai untuk berjumpa dengan angkawasan malaysia, yeay! alhamdulillah.


Minggu Sains Negara 2018

Minggu Sains Negara 2018

Minggu Sains Negara 2018

Bahagian booth Explorasi Stem menjadi tumpuan para pengunjung kerana masing-masing tak sabar untuk melakukan eksplorasi dan dapatkan hadiah iaitu balang kaca yang ada ikan. 

Minggu Sains Negara 2018

Ada yang berjaya selesaikan tak? CR tak dapat nk selesaikan hari tu. Sehingga hari ni tak sempat lagi nak cuba selesaikan. Kalau ada pembaca yang tahu jawapan masalah ni, boleh tulis pada komen yer. hee

Minggu Sains Negara 2018

Upin Ipin juga menjadi tumpuan para pengunjung yang memang takkan lepaskan peluang untuk bergambar dengan kembar yang popular dan sangat comel ni. :)


Minggu Sains Negara 2018

Sekian dari Cik Renex dan Cha. Seronok sangat bila dapat sertai program yang berilmiah sebegini. Tahun depan mungkin akan ada dan dibuat di tempat lain pula. Harap ada rezeki untuk sertai lagi. :)


Sunday, April 15, 2018

Ancasa Royale, Pekan

Sedar tak sedar, lebih kurang 30 hari lagi bulan yang kita nanti iaitu Bulan Ramadan akan menjelma. Memang menjadi kebiasaan apabila menjelang bulan Ramadan, setiap hotel-hotel akan memperkenalkan menu ramadan yang terbaik dan istimewa sepanjang bulan Ramadan untuk para pelanggan mereka. Begitu juga dengan AnCasa Royale, Pekan Pahang yang tidak akan melepaskan peluang untuk memperkenalkan menu terbaik mereka. Pada tahun ini AnCasa Royale , Pekan telah memilih tema 'Kampung Boy' bertepatan dengan kempen 'Stay, Dine & Win' yang sedang berlangsung dan akan berakhir pada 14 Julai 2018 di mana tarikh akhir bagi perlawanan World Cup 2018.

Pada tahun lepas, AnCasa Royale, Pekan tetap mengekalkan konsep masakan yang bercita rasa kampung di dalam buffet Ramadan tahun ni seperti mana tahun lepas. Ini kerana citaras kampung mendapat sambutan dan respons yang menggalakkan dari pelanggan hotel.

Sempena tema 'Kampung Boy', gabungan idea chef-chef dari AnCasa Royale, Pekan yang berpengalaman dalam masakan tradisional Melayu khususnya masakan tradisional negeri Pahang yang bakal menampilkan kelainan dalam setiap resepi dan menu yang akan disajikan pada tahun ini.

Lebih dari 120 menu sajian masakan Melayu yang akan diperkenalkan. Antara sajian yang akan diperkenalkan adalah 'Seafood Kandar' ala AnCasa Royale, Ikan Patin masak Tempoyak, Gulai Kawah, Daging Opor Pahang, Kambing Golek Chef Pak Tam, satay, pelbagai jenis kerabu, Daging Salai Masak Lemak, Ayam Panggang Madu, Ikan Bawal Berlada, Lala Masak daun Selasih, Sambal tumis ikan bilis, Kailan goreng ikan masin dan pelbagai lagi. Jom kita tengok satu persatu  yang sempat CR ambil gambar.



Ancasa Royale, Pekan


Ancasa Royale, Pekan 
 Ancasa Royale, Pekan

Ancasa Royale, Pekan

Ancasa Royale, Pekan

 Ancasa Royale, Pekan

Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan
Ikan patin tempoyak!

Buffet Ramadhan
Kambing golek adalah salah satu kegemaran CR juga. Alhamdulillah dapat merasa kambing golek ni hari tu sebab memang ianya menjadi pilihan tetamu yang datang.


Nasi kandar
Kalau nak fefeling duk di utara boleh pilih nasi kandar. :)

Ancasa Royale, Pekan
Sedap sangatttttt. Lagi lagi tang petai tu dan sambal tempoyak.

Mee
Kalau dah bosan untuk makan nasi, kita boleh berbuka puasa dengan mee pulak :)



Selain itu, AnCasa Royale, Pekan turut menyajikan pelbagai aneka kuih muih tradisional seperti Sagu Gula Melaka, Kuih Bakar, Kuih Talam, Puding Raja, Lepat Pisang dan Bingka Ubi. Selalu masa berbuka puasa memang CR akan cari kuih sagu gula melaka dan ianya memang menjadi kuih kegemaran CR

Buffet Ramadhan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan


Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan


AnCasa Royale Pekan juga turut menyajikan gerai murtabak, roti canai, pisang goreng, cucur serta 'churros' dan juga pelbagai manisan seperti ais kacang, aneka bubur serta puding. CR memang serang port bahagian manisan dulu lagi-lagi bahagian kek, semua rasa nak rasa tetapi apakan daya perut ni tak mampu nak makan semua banyak2. 

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan



Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan


Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Pencuci mulut yang sangat sedap iaitu buah-buahan tempatan seperti buah mata kucing, buah naga, pisang dan pelbagai lagi untuk dinikmati.

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Sambil kita menikmati hidangan yang sedap , kita akan ditemani dengan nyanyian dari mereka yang sangat sedap suaranya. 

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Jangan risau dengan harga pakej buffet ramadan kerana pihak AnCasa Royale, Pekan menawarkan harga yang berpatutan untuk semua pelanggan mereka. Harga yang ditawarkan adalah RM68 untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak dengan harga RM40. Tetapi jika anda membeli baucar sebelum 12 Mei 2018, anda akan dapat harga yang murah iaitu RM58. Jadi moh la kita dapatkan baucar tu lebih awal, lebih murah dan jimat kan.
Untuk maklumat lanjut ataupun ingin membuat tempahan boleh layari laman sesawang mereka di www.ancasahotels.com atau hubungi 03 2026 6060 untuk mendapatkan harga yang berbaloi.

AnCasa Royale Pekan Pahang

No 2670, Jalan Pekan - Kuantan. Pahang, Pekan, 26600, Malaysia

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan
Kami yang seronok dapat menikmati hidangan buffet ramadan dari Ancasa Royale Pekan.