Monday, March 5, 2018

Lirik lagu Ewah Ewah - Wany Hasrita


Lirik lagu Ewah Ewah - Wany Hasrita | Assalamualaikum dan Hai. Siapa disini peminat lagu Irama Malaysia? Terasa macam lam dah tak dengar lagu irama malaysia kan? Atau aku yang tak alert dengan lagu irama gini? Baru-baru ni di instagram Wany Hasrita dia ada share yang dia akan keluar dengan single baru iaitu lagu Ewah Ewah yang berentak irama Malaysia. Masa dengar dia nyanyi sebahagian dari lagu tu pun CR dah tertarik dan tak sabar nak tunggu release. 






wany hasrita



Bila pagi tadi buka youtube tengok FMC Channel Youtube dah releasekan lagu ni sekali dengan music video. Wahh. Terus lah like kan. :) Bagi CR memang best lagu ni dan lagu ni adalah ciptaan Pak Ngah yang memang sinonim dengan irama malaysia kan. Akhirnya ada juga lagu baru irama Malaysia sentuhan Pak Ngah.

Jom kita dengarkan. Macam biasa CR akan sertakan sekali dengan lirik lagu Ewah Ewah ni.

Official Music Video Ewah Ewah - Wany Hasrita


Lirik Lagu Ewah Ewah - Wany Hasrita

Composer : PakNgah ( Pakngah Production Sdn Bhd )
Lirik : SISO (FMC Music Sdn Bhd)

Tak dapat aku lukiskan
Manisnya hidup denganmu
Cintamu untuk hamba
Terletak elok di kalbu

Tak sempat hati mengenang
Kau datang memujuk rindu
Sejambak mawar cinta
Mewangi kamar jiwaku

Kalau rajuk ku dipujuk
Kalau lari ku dicari
Bertaut kasih sejunjung sirih
Bertingkah rindu sama
Serentak
Bertingkah

Manis manis hidup denganmu sayang
Ewah
Tidak tidak pernah hati tersiksa
Ewah

Siang dan malam
Hidup berteman
Rasa bagai disyurga loka

Benar benar kata pujangga
Ewah
Kalau kalau cinta merasuk jiwa
Ewah

Alam terbentang menjadi taman
Taman kasih kan berdua




Dikhabarkan Wany ditahan di wad. Semoga Wany Hasrita cepat sembuh. Aminn.

9 comments:

  1. Tak pernah dengar lagi lagu baru kak Wany ni heheh ^^ thanks for the lyrics cik Renex :3

    ReplyDelete
  2. Lagu baru dia kan. Dah la suara memang sesuai nyanyi lagu tradisional haih.
    Fall in love dengan lagu ni hee https://ikashoid.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. ad hari tu skali dia nyanyi kat era tp skit je la.
    macam layan jugak lagu cam ni kan.
    lame dah tkde lagu cam ni.

    ReplyDelete
  4. Wany hasrita ada lagu baru .japgi ccl terjah utube

    ReplyDelete
  5. First time dengar memang sweet je.. Kenalah dengan suara wani..

    ReplyDelete
  6. Wahh Wany naikkan semula Irama Malaysia ni, bagusnyaa...

    ReplyDelete
  7. rentak lagu wany smuaaa best2! suka lagu dia..

    ReplyDelete
  8. aida sgt berkenan suara wany ni.
    lunak merdu.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.