Tuesday, March 20, 2018

FunRun sempena FitMalaysia #FitPahang

FunRun sempena FitMalaysia #FitPahang

Sabtu baru ni, Cik Renex telah berpeluang untuk menyertai satu aktiviti sihat iaitu Fun Run sejauh 5km sempena dengan program Fit Malaysia dan Fit Pahang. Lebih kurang 1000 peserta yang menyertai larian ni dan selain larian ada juga Fun Ride untuk aktiviti berbasikal. Ini kali pertama CR join program sebegini jadi memang teruja untuk datang. CR join funrun ni bersama-sama dengan dua lagi kawan CR iaitu Wani dan Azuwa. Kami ada misi turunkan berat badan tahun ni makanya bersemangat la nak join aktiviti keluarkan peluh cam ni.



CR tak ingat macam mana boleh tahu program ni, tapi memang dah last minit daftar. Nasib ada kawan kepada kawan yang boleh tolong ambilkan no bib tu sebab masa pengambilan tu masa CR kerja dan di Bentong. Tapi disebabkan semangat nak berlari makanya cari juga orang yang boleh tolong ambilkan. hehe

Dan, bila tiba hari kejadiannya, maka berfunrun lah kami sejauh "5km".  Tujuan utama adalah nak medal finisher ni. Boleh gitu?

FunRun sempena FitMalaysia #FitPahang


FunRun sempena FitMalaysia #FitPahang

Cantik tak medalnya. CR sangat teruja bila dapat medal ni sebab ini adalah medal pertama CR dalam aktiviti run ni. Lepas ni harap-harap dapat join lagi lah.

Selain itu, Motif utama ke program ni juga adalah sebab nak jumpa someone ni. Siapa? Jeng jeng. 

FunRun sempena FitMalaysia #FitPahang

Haruslah nak jumpa Menteri Belia dan Sukan kita ni iaitu, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin . Tall dark and handsome. Ciri-ciri lelaki idaman CR ni. 


FunRun sempena FitMalaysia #FitPahang

Fokus sangat bila dengar YB KJ beri ucapan. 


FunRun sempena FitMalaysia #FitPahang

Ini adalah kawan CR. Dah ada geng nak berlari syiok sikit. Baru lah bersemangat sebab dah ada gu orang kata. Ni lah kawan CR dari sekolah rendah lagi dan kami bertiga masih single sebab tu boleh lagi nak berhuhahuha dengan program macam ni. 

Kalau perasan di dalam gambar di atas ni, belakang kami tu ada banyak khemah kan. Nama pun program Fit Malaysia memang khemah yang dibuka pun banyak berkenaan dengan kesihatan. Kita boleh memeriksa tahap kesihatan kita dengan percuma, main permainan yang berkaitan kesihatan dan stamina dan pelbagai lagi. Selain tu juga ada senaman zumba yang sangat best. Tak lupa juga, foodtruck pun hado kalau dah penat berlari dan berzumba tu boleh la isi perut lak. :)

FunRun sempena FitMalaysia #FitPahang
Sekian kisah pertama kali CR menyertai larian FunRun . Semoga tahun depan boleh join lagi program FITMALAYSIA ni lagi.

18 comments:

  1. wahhh, seronok cik renex berfunrun..")

    ReplyDelete
  2. besnyaaa aktiviti mcm ni..why lah kat jb sangat jarang ada aktiviti cam ni..hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt jb ada jgkk..kena tgok kt website dia,,kt utm banyak :)

      Delete
  3. Alaaa mcm ana sorang je yg xpermah join larian mcm ni. Kalau ana pun sama nak collect medal tu je. Hehe

    ReplyDelete
  4. Wahhh!!! seronoknya dapat join Fit Malaysia.

    Mrs. A tak dapatlah sobs...sobss..sobs... meniscus koyak.

    ReplyDelete
  5. rajin berlari
    hohoh
    seronok x jumpa YB KJ?

    ReplyDelete
  6. Wahh gigih akak join. Mai tak pernah join aktiviti mcm ni pun lagi, kemalasan yang menebal.hahaa

    ReplyDelete
  7. IQ xpernah join mana2 run lagi. haha..xmampu nak lari jauh2...asyik terpeleot jer. huhu.

    ReplyDelete
  8. Hana rentas desa pun tak pass hahah >_< power lah CR heheh :3

    ReplyDelete
  9. seronoknyaaa berfunrun! heheee. kat kelantan belum ada lagi ni

    ReplyDelete
  10. Wah.. shonok dia.. betul fun tu

    ReplyDelete
  11. Wah.. sekali sekala join aktiviri camni best juga kan..

    ReplyDelete
  12. wahh bestnya bila dh dpt medal.. boleh jdkan koleksi..

    ReplyDelete
  13. bestnyer...seronok tgk org masuk fun run bagi tapi utk diri sendiri..alahai..penyegan sangat..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.