Cara mudah makan KayLiz Granola Oat



Cara mudah makan KayLiz Granola Oat  | Assalamualaikum dan Hai semuanya. Hari ni hari Isnin dan harapnya tiada Monday Blues la melanda pada hari ni ye. Semoga semuanya bersemangat pada hari ini dan doakan juga Cik Renex bersemangat untuk bekerja jugak. Biasanya hari Isnin hari yang sangat sibuk sebab dah cuti dua hari kan. Bila dah sibuk tu kita perlukan tenaga secukupnya , jadi kita perlu mengambil sarapan yang bagus dan mudah.

Nak tahu apa yang kita boleh makan di waktu pagi tanpa guna masa yang lama dan sangat-sangat berkhasiat? Ia adalah Kayliz Granola Oat!!! KayLiz Granola Oat adalah salah satu produk bumiputera yang dikeluarkan oleh Care Liz Resources. 


KayLiz Granola Oats

TAHUKAH ANDA? KAYLIZ GRANOLA OAT dapat membekalkan tenaga yang bagus untuk orang yang punya cara hidup sibuk seperti pelajar dan atlet kerana ia membekalkan kalori,lemak yang baik, kualiti protein,fiber tinggi, mineral dan vitamin.


Ada sesetengah orang masih belum tahu apa itu Granola. Baiklah mari CR perkenalkan apa itu Granola terlebih dahulu. Granola ialah sejenis hidangan sarapan dan makanan ringan terdiri daripada emping oat, kekacang, madu atau pemanis lain seperti gula perang, dan kadangkalanya bertih beras yang biasanya dibakar sampai garing dan berwarna coklat keemasan. Pada proses membakar, campuran dikacau untuk mengekalkan longgar sarapan sereal konsisten. Buah kering, seperti kismis dan kurma, dan manisan seperti coklat kadangkalanya juga ditambah. Penambahan biji rami ke dalam granola terutamanya sering digunakan untuk membantu pencernaan. 

Untuk produk KayLiz Granola Oat ini pulak,mereka mencampurkan bahan oat,madu,chia seed dan ubi keledek di dalam satu pack. Mari kita lihat apa khasiat untuk setiap bahan yang dicampur.

KHASIAT KAYLIZ GRANOLA OATS

1. OAT 
Mengandungi lebih banyak kalsium protein, magnesium, zat besi, zink dan vitamin E berbanding bijirin lain seperti gandum dan rai.

2. MADU
Mengantikan gula kepada madu dapat menurunkan risiko penyakit diabetis dan mengendalikan kadar gula dalam darah. 

3. CHIA SEED
Bijirin hebat yang mengandungi kalori dan karbohidrat yang baik untuk tenaga dan stamina. Selain itu mengandungi vitamin A, B12, dan C dan sangat baik untuk ketahanan sistem imunisasi tubuh.

4. UBI KELEDEK
Ubi keledek yang mengandungi zat antosianin yang berguna sebagai antioksidan dan melindungi tubuh dari kerosakan hati dan menghindarkan dari terkena serangan jantung dan stroke.


Banyak khasiat dalam satu pek KayLiz Granola Oat ni bukan? Jadi kali ni CR akan share cara CR makan oat ni. 

KayLiz Granola Oats

Ada sesetengah orang suka campur dengan buah delima , yogurt dan pelbagai lagi. Ada jugak yang suka diratah begitu sahaja. Tetapi CR suka makan dengan susu segar sebab  rasanya akan lagi bertambah lazat.


KayLiz Granola Oats

Ini adalah rupa Kayliz Granola Oat. Nampak tak warna dia menarik dengan warna purple ubi keledek. Lagi menaikkan selera untuk mencuba bukan. CR suka makan macam tu jugak, meratah macam makan jajan. SEDAP! Sedar-sedar dah tinggal separuh ,syoknya sangat meratah macam tu jer. hiks


KayLiz Granola Oats

KayLiz Granola Oat juga lagi bertambah sedap dan lazat dengan tambahan susu segar. Walaupun dah tambah susu, kerangupan bahan dalam KayLiz ni masih terasa lagi. Tak cukup rasanya makan semangkuk,rasa macam nak habiskan satu pek tu terus. Memang tak rugi kalau beli oat ni sebab pasti akan tak cukup stok di rumah. :)


Mana-mana yang ingin mencuba KayLiz Granola Oat ni boleh dapatkan di maklumat seperti di bawah. Rugi kalau tak cuba!


Kayliz Granola Oat [RM17.90/pack]
*** Sekarang ada Sales , harga hanya RM15.90


Whatsapp : 011-10906902 / 019-6255010


10 comments

  1. Ingatkan akak nak buat hantaran dengan granola tu hehe. Tapi boleh jadi jugak kan. Kena je tengok tu haa bagi bunga biasa sangat dah :)

    ReplyDelete
  2. aduihh... sedapnyo,,, nampok gaya kena beli lak ni...

    ReplyDelete
  3. nampak mula2 macam mahal, rasa macam nak amalkan rasa tak mampu, tapi tengok hrga, eh? tak ada la mahal sangat rupanya, boleh la nak try nanti!

    ReplyDelete
  4. Rasanya memang tidak dapat dinafikan, rangup dan sedap..😍

    ReplyDelete
  5. nampak sedap - faralee

    ReplyDelete
  6. Wah sedap nampaknya tu reen. Banyak khasiat pula tu. Nak cuba lah nanti.

    ReplyDelete
  7. nampak macam sedap jee. kena usha ni apa kelebihan dia. thank you sharing :D by the way, awak kena tagged kat siniii. hihi http://zaza96.blogspot.my/2018/01/segmen-blogwalking-by-miss-kepeng.html

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex